Thursday, 22 December 2016

Hasil usaha sama bersama otai LHK telah menjadi

LHK hasil usaha sama dgn seorang otai telah Berjaya dengan menetas 8 ekor . Kami akan post gambar dalam masa terdekat. Diharapkan akan menghasilkan baka berkualiti tinggi.

Monday, 31 October 2016

Usahasama untuk menghasilkan LHK gred pertandingan.dgn Farm otai.

Bagi menghasil kan baka yg bermutu , gred untuk pertandingan JAA berkerjasama dengan seorang Otai di sini dengan menghantar ibu LHK terbaik kami untuk dipesum bersama LHK gred AAA otai.

Bagai pinang dibelah dua, sama padan dan sama saiz.

Diharap kerjasama ini akan menghasilkan baka bermutu dan bertambah rakan JAA.

Friday, 21 October 2016

LHK sudah bertelur

LHK sudah mula mengeram telur pertama, diharap akan menjejak baka dari ibu. Dimana baka ibu baka dari induk pertandingan ratu.

Wednesday, 10 August 2016

LHK kini dikurung utk pembiakkan.

Bagi mengelakkan pencampuran darah LHK, JAA kini telah mengurung ketiga tiga ekor bagi menjamin benih yg akan diturunkan nanti adalah darah LHK . Kini terdapat 2 ekor bapa Ganoi yg cuba mengorat dara LHK, Diharap anak yg akan diturun kn nanti akan berkualiti .

Semasa lepas bebas

                                                                Dalam Kurungan

Mungkin sebulan lagi akan bertelur. Insyallah anaknya nanti akan dijual dgn harga mampu mulik bagi berkongsi benih dengan peminat yang lain.

Monday, 25 July 2016

LHK semakin matang

LHK direban kami semakin matang dan dijangka akan bertelur dalam sebulan dua lagi. Kedua dua dara Baka Gred AAA ini telah mula mengikut bapa. Diharap hasil yg keluar nanti akan dapat dikongsi dengan penternak lain dgn harga mampu milik.

Saturday, 16 April 2016

Stok terkini baka ekor serai dibuka untuk jualan . STOK TERHAD.

Bg yg berminat untuk mendapatkan bak ekor serai boleh hubungi kami  012-7778510. Penghantaran boleh di uruskan bg pembelian 3 ekor keatas.
 
LHK mampu milik yg dalam proses pembiakkan.

Sunday, 27 March 2016

Baka Ratu terbaru.

Setelah Pembaka 8 mati disebabkan perlawana tanpa pengadil kerana kecuai sendiri. JAA telah membawa masuk semula spesis ini bagi  tujuan pembiakkan.

Harap Ekor akan menjadi seperti  Pembaka 8 yg telah mati. Hasil dari R&D Otai  LHK pelbagai variasi warna telah dihasilkan. Warna Kuning Ekor Hitam (Lung Hang Pre Dam).

 harap dapat menbiak dgn banyak disini.

Sunday, 20 March 2016

Teknik memotong bulu untuk tumbesaran maksima baka LHK.

Sayap dan ekor hendaklah dipotong 1/3 daripada panjang asal.

Cara Memotong Sayap.

Sebelum

Selepas

Cara Memotong ekor.

Sebelum

Selepas

LHK nak muda yg telah di kurung kerana aktif mengejar ibu ganoi.

Thursday, 17 March 2016

Potong Bulu sayap dan bulu ekor untuk Tumbesaran maksima.

Menurut petua dari seorang otai, bagi memastikan tumbesaran yg maksima, anak LHK perlu dilakukan beberapa langkahnya diantaranya, dengan memotong serta buang beberapa bulu ayam. Bulu ayam yang banyak bakal menyedut zat zat makanan yg penting seperti kalsium untk pembinaan tulang yg baik dan pembesaran yg ideal. Apabila  anak ayam berumur 3 minggu keatas, hujung sayapnya di potong supaya tak tumbuh panjang. Jika ekor telah panjang juga hendaklah dipotong pendek. Bagi ayam yang berumur 2 bulan keatas bulu punggung dan leher dicabut jugak di cabut keseluruhnya,ada juga yg mencabut pangkal paha serta bahu. Salah satu kelebihan pembuangan beberapa bulu ayam juga adalah  untuk mempertebal kulit-kulit di bahagian yang dicabut itu hingga lebih tidak tipis serta menjadi keras dan kebal. Proses mencabut bulu amat tidak digalakkan kerana ia akan menyakiti ayam. Tetapi jika memotong dengan gunting , ia adalah lebih baik dan tidak menyakiti anak ayam. Bulu juga atercabut sendiri apabila ayam bersalin bulu.

Tip kedua: Kita hendaklah cuba kurangkan pergerakan ayam. Makin banyak ayam bergerak makin banyak makanan (protein/karbohidrat) yang dibakar untuk daya gerak. Cuba kekalkan kandang yg kecil dan bersih supaya sentiasa sihat. Pergerakkan ayam yg terhad akan cepat menaikkan badan. Tetapi jgn terlalu obesiti pulak kerana ayam yg obesity akan senang diserang penyakit juga . Sekali sekala cuba  lepas bebas utk stamina.

Tips ketiga, beri makan Nasi + Susu bayi + Dedak ayam. Susu bayi amat baik untuk pertumbuhan tulang anak ayam. Walaubagaimana pun tidak baik untuk poket kita kerana harganya.

Tips keempat, beri ikan rebus. Boleh beli ikan yg reject atau yg dibuang di Pasar. Campurkan bersama nasi dan Dedak .

Tip kelima, Beri Vitamin yg boleh didapati di kedai pets.

Tip ke enam,  selalu berikan rumput atau sayur hijau.
Kesemua tip diatas sebagai info sahaja , anda boleh mencuba kerana berdasarkan pengalaman dari otai otai diluar sana. Ilmu bermanafaat yg dikongsi akan lebih bermanafaat

Tuesday, 15 March 2016

Leung Hang Khau (LHK) terbaru kategori Pertandingan.

Kami telah Berjaya membawa sepasang LHK kategori ratu ke JAA. Baka dari susurgalur LHK tulen yg telah menempa nama dalam arena Ratu di Narathiwat , Thailand. Baka ini di ambil dari seorang Otai disini .

Gambar bapanya (import)

Gambar Ibunya (Import)

Diharap baka ini akan dapat menyesuaikan diri di sini dan membiak dgn banyak supaya dapat dikongsi dgn peminat lain.

Sunday, 13 March 2016

Projek LHk yg dalam proses pembiakkan.

LHK yg sedang dibiakkan telah mula galak kepada betina, masih muda. Diharapkan akan menghasilkan baka gred A sekor dua pun jadilah.
Ekor putih yg makin lama makin keluar, kebiasaan nya selepas salin bulu lebih banyak akan keluar warna putih. Mengikut petua otai, basarkan ayam sehingga kesejukkan dan cabut biulu ekor satu persatu supaya bulu yg baru akan naik. Tapi kami JAA tidak sanggup berbuat demikian, biarlah salin bulu sendiri. Konsep kami, ayam utk dibelai bukan untuk disakiti.

Thursday, 10 March 2016

Anak ekor serai yg byk menetas sekarang di Reban 1

Pada masa ini,anak ekor serai byk menetas sekarang dan kepada yg berminat boleh munghubungi kami. Stok terkini hampir 50 ekor. Setakat ini baka in telah di hantar keseluruh semenanjung .

Anak yg sedang dibela dalam kotak didik sebelum di lepaskan pada ibu .
Bg anak sebulam kebawah, kami hanya menjual kepada yg dating mengambil sendiri shj, tiada pos kerana tahap umur masih tidak sesuai utk penghantaran jauh.

Monday, 7 March 2016

Lumpuh Karena Kekurangan Vitamin

Vitamin memiliki peranan penting untuk kesihatan ayam sabung diantaranya adalah kalsium dan zat besi. Kekurangan zat besi dan kalsium dapat menyebabkan kelumpuhan pada ayam-ayam yang masih usia muda. Ayam  yang biasa dipelihara secara bebas dan  berkeliaran jarang terkena penyakit ini kerana mendapat vitamin, kalsium dan zat besi secukupnya dari tumbuh-tumbuhan yg dimakan mereka . Namun ayam sabung yang dipelihara pada kandang agak terbatas dan berkemungkinan mengalami kekurangan zat tersebut jika tidak  diberi makan berkhasiat.
Untuk mengatasi kelumpuhan karena kekurangan kalsium dan zat besi ini langkah terbaik adalah melakukan pencegahan dengan memberikan makanan cukup kalsium dan zat besi. Dedak yg berkhasiat dan rumput segar yg diberikan akan menampung kekerangan zat dan nutrient ayam.
 Untuk ayam yang sudah mendapat simptom ini,  kekurangan zat zat tersebut bisanya diberikan suplemen kalsium dan mineral tambahan yang dicampur pada makanan atau minuman. Dalam post sebelum ini JAA ada berkongsi tip memulihkan ayam yg lumpuh.

Semasa bertelur , ayam memerlukan zat kalsium yg tinggi , ini merupakan salah satu sebab mengapa ayam penelur senang mendapat penyakit ini. Bagi ayam penelur, kalsium tambahan diberikan dengan cara memberi kulit telur yg ditumbuk halus , tulang sotong, pil pil yg boleh dibeli di farmasi.

Sunday, 6 March 2016

Lumpuh makin pulih

Alhamdulillah, setelah mengikut beberapa petua dari Otai otai, kombinasi ubat Cegah lumpuh, Kalsium dan ulat roti, ayam Pilipina putih telah mula bangun dan beransur pulih.

Ayam Filipina kuning telah mula menunjukkan tanda tanda akan bertelur lagi. Kali ini ia mengikut LHK, JAA juga tenantikan hasil yg akan keluar nanti baka Filipina berwarna LHK.

LHK yg kian membesar di JAA.

Tuesday, 1 March 2016

Mencegah dan merawat ayam Filipina yg lumpuh.

Ayam Filipina senang menjadi kaki lumpuh dan krem. Ini disebabkan kekurangan kalsium didalam badan. Bagi yg sedang bertelur, kebarangkalian adalah lebih tinggi, setakat in ini kejadian kedua ibu ayam Filipina lumpuh ketika bertelur.

Induk Filipina putih yg lumpuh ketika bertelur.

Ubat ini amat berkesan sekiranya diberikan ketika proses pemesuman 2 pembiakkan. Ia akan mencegah daripada lumpuh semasa bertelur kerana mempunyai kalsium dan Vitamin B untik tulang dan urat saraf. 

Kalsium pula diberikan ketika ayam lumpuh, sebiji siang dan sebiji malam bg ayam dewasa.

Diharap perkongsian ini akan berguna bagi penternak lain.

Monday, 29 February 2016

lagi tip membesarkan anak Ayam Filipina

Petua dari otai "PJ Sabongrama"  bahawa anak ayam Filipina yang berumur dari mula  menetas sampai 1 bln kena dibekalkan  mentol 25watt utk mereka memanas kan badan.

Manakala bagi umur 1 bln lebih sehingga  2 bln lebih tidak perlu lagi dipasang mentol tetapi perlu meletakkan didalam kotak didalam rumah manakala  waktu siang boleh la disimpan di kandang luar. Jika cuaca sejuk dan hujan tidak digalakkan  diletakkan di luar rumah walaupun siang hari kerana ayam jenis ini amat sensitif pada suhu yg sejuk bagi anak kurang dari 3 bulan. 

Tempat kandang juga  kena dijaga kebersihan, pastikan aliran keluar masuk udara cukup dan bersih.Tempat najis dr lantai kandang kena tinggi.supaya najis yg tejatuh tidak melekat pada lantai. Mankala najis yg terkumpul di bawah kena selalu dibersih. Kalau bawah kandang tu najis nya terkumpul dan tanah bertakung dgn air, itu tidak bagus kerana boleh mgundang penyakit disebabkan bakteria membiak ditempat yg lembab.

Antibiotik dan vitamin yg mencukupi perlu dibekalkan kepada anak anak ayam. Contohnya Ubat paket hijau antibakteria dan mencegah penyakit.

Ubat suntik antibiotik terramycin LA supaya ayam cepat sembuh dari sakit.

Dan yang paling penting jangan lupa untuk memberikan Vaksin ND / sampar
 
Setakat ini sudah dua ekor anak ayam Filipina ori mati kerana sakit disebabkan kurang arif mengenai spesis ini. Setelah belajar dari pengalaman dan nasihat dari otai kami berjaya mengatasi masalah ini.
 
Nota: Tip dan gambar yg berguna ini adalah dari PJ Sabong rama.

Moga meberikan manafaat kepada semua penternak ayam sabong Filipina.

Thursday, 25 February 2016

Ulat roti sebagai makanan berkhasiat anak ayam Filipina

Anak ayam Filipina agak sensitif pada persekitaran, ia perlu diberikan antibiotik dan makanan yg ber khasiat. Salah satunya ulat roti yg dijual untuk makanan ikan. Ulat ini mempunyai banyak protein untuk tumbesaran anak ayam dan dapat meningkatkan daya tahan.
Berikut merupakan ulat roti bersiaz kecil yg diberikan kepada anak anak ayam.

Monday, 22 February 2016

Tip membela anak ayam Filipina

Ramai org terfikir kenapa baka Filipina yg ori agak mahal, tapi tahukah anda untuk membesar anak ayam Filipina memerlukan tetekunan dan kesabaran.
Anak kecil yg berumur 3 bulan kebawah adalah sangat sensitif kepada persekitaran. Jadi untuk membesarkan baka ini kita perlu membesarkan didalam rumah. Anak yg kecil perlu dibekal kan lampu pada waktu malam bg menghangatkan mereka. Bg umur kurang sebulan lampu hendaklah dibekalkan 24 jam, manakala yg berumur 2 bulan keatas hanya pada waktu malam sahaja.
Pada umur 3 bulan sahaja kita boleh letak diluar rumah kerana pada waktu ini, tubuh badan ayam Filipina sudah kental.

Gambar menunjukkan anak ayam Filipina milik JAA dibela didalam akuarium  ikan

Apabila kelihatan sakit , kita hendaklah memberikan antibiotic  tetra chlor secepat mungkin. Kaedah memberikan antibiotik ini kepada anak –anak ayam telah saya kongsi pd post sebelum ini.
Pengalaman pertama apabila membeli telur dari Serawak dan membesarkan sehingga 2 bulan sahaja sebelum mati telah memberi pengalaman penting bg JAA.

Kali ini kami telah tahu cara yg sesuai bg membesarkan spesis ini dan berkongsi dgn pembaca bagi memberi manafaat pada bakal bakal penternak ayam Filipina.

LHK di JAA yg sedang di biakkan

Diharap perkongsiaan ini memberikan mnafaat pd yg lain. TQ