Sunday 19 November 2017

Ilmu breed ayam

Rujukan FB LK farm
🌟ILMU BREEDING🌟

Boring² malam ni kita kongsi cerita ilmu breeding ayam okey kot no..

Bukan nak kata pandai tapi nak berkongsi dengan sahabat² semua..kalaw boleh diterima akal buleh kita pakat² cuba buat..kalaw tak betul abaikan ja😃
.
.
1. Dalam kurungan 1 bilik
👉Boleh kurung sekali 1 bapak & 3 induk. Ukuran keluasan reban biarlah bagi keselesaan pada ayam untuk bergerak bebas. keluasan reban jugak penting supaya ayam tak stress😊

2. Dalam kurungan 3 bilik
👉 Buat 3 bilik berasingan. Then gilir² bapak dengan induk setiap hari. Dah bermadu kena la adil bro😂Induk pun gersang elok sementara nak sampai gilir😜

3. Lepas induk kurung bapak
👉 Yang ni kena rajin sikit. Setiap pagi @ petang kena pegang induk bagi bapak tenggek. Nak buat di dalam reban bapak @ lepas bapak di luar tu terpulang pada masing²😃

Sambil² tu bagi la apa² vitamin yang patot untuk breeding, supaya bapak & induk sentiasa sihat cargas💪💪😍

Otai² sahabat yang ada pengalaman breeding buleh la kongsi² untuk rujukan kita bersama😊

Sunday 12 November 2017

Basmi punca penyakit dahulu

Rujukan dari Rendang LHK,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat bukan muslin serta Selamat pagi semua..

Sy doakan semoga ayam kita semua sihat dan cergas..

Kat sini sy nak tegur sikit sebab weekend ni sy dihujani whatsapp dari berbagai jenis penternak bertanyakan ubat inject yg paling "Power" kikiki kalau boleh ayam yg lumpuh lepas inject terus boleh belari anak..

Banyak kali sy menulis dalam mana2 group langkah pertama cari punca penyakit dulu.. bersihkan atau musnahkan punca dengan pembasmi bateria dan pembasmi virus.. sebab kadang2 sy pening ubat ditangan penternak dah ada yg power.. cuma langkah pertama tidak dibuat.. hebat macam mana pun ubat yg tuan2 ada ditangan selagi langkah pertama tak buat ayam akan

1. Diserang penyakit semula
2  Ayam yg sihat pun akan berjangkit..

Bagilah ubat yg termahal dan terbaik sekali pun atau 1 kontena ubat pun tuan bagi tetap tak dapat menyelesaikan masalah selagi langkah pertama tak dibuat..

Tak pasal2 peniaga ubat tu jual ubat kurang power.. peniaga ubat ni jual power.. Pening sy jap weekend ni kikiki

Tuesday 24 October 2017

Kelebihan LHK Naresuan

Kalau diSiam dia dikira kategori asing
pengiraan markah ada 28 perkara lbh drp lhk biasa cuma 22 markah.
Lebih kerana 5 logo dgn kuning emas

Selain itu bulu putih dominasi ekornya, beberapa helai bulu sayap serta tompok-tompok uban pada kepala dan bahu (lihat contoh gambar) Baka LHK diriwayatkan adalah baka yg ditemukan oleh Raja Thai yg terkenal iaitu Raja Nareesuan,yg berpusat di Ayyuthaya
Ayam baka ini melonjak namanya apabila Raja Nareesuan menjadikan ayam sabungnya untuk bertarung dengan ayam sabung Raja Burma. LHK telah berjaya mengalahkan ayam sabung Raja Burma. LHK merupakan lambang keutuhan dan maruah kerajaan beraja Thai pada masa itu.

Sehingga kini ayam ini tetap masyhur dan dianugerah baka roma paling teratas di thailand.(rujukan dari internet)


Lulusnya penubuhan Kelab Ayam Ratu Pulau Pinang ( KARPP)

Hari ini tercipta satu sejarah bg peminat ayam ratu di Pulau Pinang dimana lulusnya penubuhan  Kelab Ayam Ratu Pulau Pinang ( KARPP)


Dalam group juga mempunyai beberapa orang yg telah menghadiri kursus mengenai ayam Ratu. Diharapkan segala ilmu akan dicurahkan kepada KRAPP.



Sunday 22 October 2017

Kebaikan kacang hijau untuk ayam

Rujukan whatapp Rendang LHK
Kacang hijau digunakan oleh breeder Ayam sabung Dan Ratu. Berikut adalah
sedikit kupasan kelebihan kacang hijau dari segi sains.

Kacang hijau mengandungi

1. Asid folik membantu dan bertindak bersama2 Vit. B12 utk mengelak kelumpuhan dan mengelak bulu warna pucat.

2. Riboflavin, B6, serta niasin, yang berguna membantu fungsi metabolisme dan organ tubuh.

3. Kaya Protein

4. Magnesium - Berperanan dalam metabolisme karbohidrat dan sistem saraf. Sangat penting ketika ayam sedang bertelur.

5. Mineral - fungsi pembiakkan pada kadar tetasan.

6. Vit. B1 - Metabolisme karbohidrat, selera dan mencegah serangan penyakit.

7. Vit. B2 sama seperti vit. B1 cuma B2 mencegah kelumpuhan.

8. Asid Pantonik- sama seperti vit. B1, B2 dan asid nikonik dan untuk saraf.

9. B6 - Metabolisme asid amino

10. B12 - Menbantu pertumbuhan Embrio dan pembentukan sel darah merah

11. Niasin - untuk sistem pernafasan, perumbuhan otot dan mengelak dari kelumpuhan.

Dan ada beberapa lagi kelebihannya.. Kalau penerangan sy ada kesilapan kita kongsikan bersama ye ☺

Objektif KARPP

Tujuan persatuan KARPP ditubuhkan:
1.       Untuk mengeratkan perpaduan dan siratulrahim antara peminat peminat ayam ratu di Pulau Pinang
2.       Untuk meningkat kan pengetahuan mengenai spesifikasi ayam ratu di peringkat tinggi iaitu spesifikasi Ayam ratu Thailand.
3.       Membina kumpulan yg dapat mewakili Pulau Pinang keperingkat yg lebih tinggi atau pertandingan luar.
4.       Mungubah persepsi org luar mengenai membela ayam hanya untuk tujuan sabung atau judi.
5.       Menghasilkan benih yg terbaik bagi mengurangkan import ayam ratu luar
6.       Meningkatkan pengetahuan penjagaan yg betul bagi ayam ratu untuk pertandingan.
7.       Berkongsi pengetahuan mengenai penyakit dan rawatan bagi ayam ratu
Idea JAA sendiri.



Kesan ubatan manusia jika digunakan keatas haiwan

Rujukan Rendang LHK.
Perubatan secara tradisional herba Selagi mengunakan berasakan tumbuh2an dan berkesan teruskan.

Sebab ada penternak mengunakan ubat manusia tanpa membuat perician pengiraan dan bahan kepada haiwan ternakan sama ada sesuai atau tidak.. atau suppliment atau multivitamin dicampurkan dengan antibiotik.. yg ni lagi bahaya sebenarnya sebab

DVS Malaysia telah mengharamkan beberapa jenis Multivitamin sebagai contoh Nopstress merah yg mengandungi antibiotik kimia.. kesannya

1. Terlebih dos boleh menyebabkan organ2 tertentu tidak berfungsi dan akhirnya mati.. dalam kaedah sains dipanggil dose independent aplastic anaemia.

2. Boleh mengakibatkan tumor pada ayam

3. Yg paling utama dorang tak tau selepas bagi makan ubat manusia berapa lama tempoh waktu bertenang untuk disembelih baru boleh makan.. sekiranya kita tidak mengikut prosidur boleh mengakibat 3 pekara yg berlaku

a. Tuan ayam akan lali dgn sebarang ubat sekiranya tuan ayam tu sendiri yg sakit.

b. Tuan ayam berkemungkinan akan mendapat kancer.

c. Ayam, Tuan Ayam dan persekitaran reban akan memjadi "Superbug".. superbug adalah tranfomasi bakteria kepadka superbug dimana  tiada satu ubat pun boleh membunuh superbug ni 😊

Jenis THK Kelabu



Thaw Hang Khaw (THK) – 6 jenis
1. Thaw Thong (emas)
- Kuning emas
- Macam LHK naresuan
- 5 logo tak boleh ada
- Hujung sayap putih atau kelabu, meah tak boleh
- Mataa, paruh, susuh sama macam LHK
- Dada kelabu dan bersih
2. Thaw Thong Deng
- Merah keemasan
3. Thaw Sowat
- Badan dan bulu rambai semua kelabu
- Ekor putih
4. Thaw Mor (Puyuh)
- Badan kelabu gelap
- Rambai merah gelap macam PHD
5. Thaw Ngen Yau ( Abu kayu)
- Kelabu muda (silver)
6. Thaw Ki Kuwai (Taik Kerbau)
- Kelabu gelap

Saturday 21 October 2017

Jenis Pradu Lau Hang Khaw


Pradu Lau Hang Khaw (Merah Kambu)
1. Pradu Lau Yai (Besar)
- Ada 5 logo macam LHK
2. Pradu Lau Lek
- Sama macam Yai tapi taka da logo
3. Pradu Lau Deng
- Roma merah cerah sikit
4. Pradu Lau Dam
- Merah gelap macam biji asam jawa
- Bulu tengkuk dan rambai merah
- Bulu putih di bawah
- Kaki kuning cerah
- Bulu atas dan bawah sayap ada putih lagi bagus

Friday 20 October 2017

Pameran Ayam Ratu Kedah

*PAMERAN AYAM RATU*
Sempena Hari Koperasi & Keusahawanan SMKAPD

Tarikh : 28.10.2017
Tempat : SMK AYER PUTEH DALAM, PENDANG
Masa : 8.30 pg - 1.30 ptg

Sehubungan dengan perkara di atas, adalah dialu alukan kepada semua untuk meyertai pameran ini.

Ayam, perkup, karpet dan keperluan ayam disediakan oleh peserta sendiri.

Nak datang untuk kenal2, sembang2 pun ok. Dialu alukan.

Thursday 19 October 2017

Jenis PHD


Pradu Hang Dam (PHD)
1. Pradu Meknakam (Merah biji asam jawa)
a) Merah gelap
b) Merah air sirih (pradu deng)
c) Muka – Merah
d) Kaki – Hitam cerah
e) Mata – Putih berrsih, tak hitam
2. Pradu Semedam
a) Bulu sama macam pradu meknakam
b) Muka – Hitam
c) Semua hitam, macam ayam selasih
3. Pradu Keng Kiaw Ta Lai (Kaki Hijau Mata Kurik)
a) Muka – Merah
b) Mata – Bintik hitam putih
c) Paruh dan kaki – Lebih hijau
- Kuku putih boleh diterima (Selain dari pradu semedam)
- Susuh putih tak boleh

Jenis TDHD


Thong Daeng Hang Dam (Emas Merah Ekor Hitam)
1. Thong Daeng Jai (Merah gelap)
2. Thong Daeng Tak Pao Thong (Badan emas)
3. Thong Daeng Kiaw Ta Lai (Kaki hijau mata kuik)
4. Thong Daeng Oon (Kuning tua, gambir)

Jenis Nok Dang


Nok Deng Hang Deng
1. Deng Chat (Merah tua)
2. Deng Tak Tim (Delima)
3. Deng Pleng (Cucur api @ fajar pagi)
4. Deng Nat (Memerang)
- Semua bulu sama kaler sampai ekor
- Mata merah @ kuning tua
- Paruh, kaki kuning nak merah-merah sikit

Jenis Super green

Kiaw Hang Dam (Super Green) – 6 jenis

1. Kiaw Pa li (Beruk besar gagah)

2. Kiaw Morokot (Mata zamrud)

3. Kiaw Pratrot (Dewa siam)

4. Kiaw Kai Ka (Telur gagak)

- Mata dan kaki hitam macam PHD semedam)

5. Kiaw Nim Sarika (Burung Gembala Kerbau)

- Kaki dan paruh kuning

6. Kiaw Maleng Tap (Kumbang hijau)

- Kaki dan Paruh kuning

Thursday 12 October 2017

Jenis lhk

Jom kita belajaq jenis2 LHK, apa yang diajar hari tu ada 6 jenis :

1. Leung Yai (Oren kemerahan)
2. Leung Rwak (Oren daun kering)
3. Leung Naresuan (Kuning emas 5 logo)
4. LHK Kambu (Ada bulu putih)
5. LHK Delima (Setiap bulu ada bintik putih, tp bukan kurik)
6. LHK Kuning biasa (Tiada 5 logo)

Monday 9 October 2017

Penubuhan Persatuan Peminat Ayam Ratu Pulau Pinang .

Pada 8/9/2017 merupakan harga bersejarah bg  group ayam ratu Penang kerana hari ini tertubuh nya Persatuan Peminat Ayam Ratu Pulau Pinang .
Langkah yang jauh adalah bermula dari langkah yg pertama.
Perjumpaan pertama di rumah saudara Wan.



Duta JAA bersama ataoi untuk menubuhkan Persatuan Ayam Ratu P. Pinang

Sunday 1 October 2017

Pertandingan Ayam Ratu Di Terengganu

Making meriah arena Ayam Ratu negara dengan penganjuran di Terengganu pulak. Moga terus maju  Ayam ratu

Kursus mengenai ayam ratu di Kedah

Gambar Dan info Dari group Ayam Ratu Kedah.
Kursus telah dijalankan dengan baik, para persrta akan mendapat manafaat.




Tuesday 26 September 2017

jadual kursus dan maklumat-maklumat berkenaan Pertandingan Ayam Ratu Terbuka Terengganu 2017

Sumber FBManir Farm, Admin Ayam Baka Baik Malaysia.
Moga boleh dishare bersama.





Harap semua pakat pakat turun.

Pertandingan Ayam Ratu Kelantan anjuran KARAK

Sumber FB Pok lie dan rakan KARAK.
Pertandingan yg telah berlansung di Negeri Kelantan secara Tertutup.
Moga Ayam Ratu akan lebih mendapat tempat di Malaysia.






Tuesday 5 September 2017

Kursus pengenalan ayam ratu

Dari FB LK Farm

Fuhh dapat khabar gembira dari Mr.Mitr Photong yang akan bagi kursus nanti...

Dia berbesar hati nak sponser 6 ekor ayam ratu berumur 5-6 bulan kepada peserta² bertuah sepanjang kursus tu nanti..dibawa khas dari bangkok😱

Alhamdulillah beruntungnya sapa yang dapat join kursus ni nanti😘😘

📣 TUNGGU UPDATE SETERUSNYA NA...

📣 PADA YANG BERMINAT BULEH WASAP MAI 0126415132 UNTUK PENDAFTARAN.

Tuesday 29 August 2017

Betina simpan benih

Info dari fatah farm

INFO BERKAITAN AYAM BETINA.

Ayam betina matang boleh simpan benih/air mani jantan dalan rahimnya selama lebih kurang dua (2) minggu.
Oleh itu seekor ayam betina berpotensi hasilkan telur yg ada benih (telur boleh menetas) walaupun sudah 10 hari tidak mengawan. Sejak ia mengawan (dapat benih jantan/air mani) kali terakhir.

APLIKASI:
Ayam jantan dan betina yg subur tidak perlu selalu berada bersama dalam satu tempat kurungan. Jantan dikahwinkan dgn betina sekali sahaja dalam seminggu sudah mencukupi, lepas tu asingkan.

Kaedah ini boleh diaplikasi pada ayam hiasan/unik/show-bird seperti serama supaya bulu jantan dan betina sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersedia dibawa untuk bertanding bila-bila sahaja.

Sumber info : group whatsap

Pertandingan ayam ratu Merdeka

Keputusan Pertandingan Ayam Ratu di Kedah

Sumber LK Farm
Tahniah.
🎊🎉KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN AYAM RATU SEMPENA AMBANG MERDEKA🎉🎊

🇲🇾29 OGOS 2017 DI TASIK DARULAMAN, JITRA KEDAH🇲🇾

☑ Jumlah penyertaan 52 ekor ☑

🏆 BEST OF THE BEST 🏆
➡ Penaga Farm dari Pulau Pinang

🔎 KATEGORI LHK
1. Sidam Lhk Farm dari kedah
2. Jimmy Nokdang dari pahang
3. Sidam Lhk Farm dari kedah
4. 3A Farm dari Perlis
5. Asmawi Hashim dari kedah

🔎 PELBAGAI ROMA
1. Penaga farm dari pulau pinang
2. Muhammad Ashraf ExoFarm dari kedah
3. Saufi dari kedah
4. Suhaimi dari kedah
5. Amir dari pulau pinang

🔎 KATEGORI MUDA (5-7 BULAN)
1. Nazri dari kedah
2. Muhd Kamal dari kelantan
3. Afiq dari kelantan
4. Nazri dari kedah
5. Megat dari kedah

🔎 AYAM TAK SIAP
1. Ahmad Shauki Aziz dari kedah
2. Zainudin Osman dari melaka
3. Rawa Farm dari kedah
4. Hafizul Pijonjitra (LK Farm) dari kedah
5. Faizal Rizal dari kuala lumpur

🔎 INDUK
1. Muhd Kamal dari melaka
2. Nor Azhar Mohd Noor dari kedah
3. Mazlan dari kedah
4. Dee Cee Mohamed Nor dari kelantan
5. Rawa Farm dari kedah

💥 TAHNIAH kepada semua pemenang, peserta dan pengunjung yang sudi turun dari jauh untuk support pertandingan ayam ratu buat kali kedua dianjurkan di malaysia.

💥 Kami dari pihak penganjur mohon ampun dan maaf andai ada terkurang, kesilapan teknikal dan sebagainya. Insyaallah pada masa hadapan kita akan buat penambahbaikan untuk lebih grand dan teratur.

💥 Terima kasih jugak pada semua sahabat yang sentiasa mendoakan dan support dari jauh walaupon tidak dapat turun serta pertandingan kali ni.

Kalau ada sumur diladang bolehlah hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang sampai masa kita berjumpa lagi😘

Monday 14 August 2017

Pertandingan ayam ratu di Jitra diambang merdeka

assalamualaikum sahabat semua....
hasil dari mesyuarat semalam dgn jawatan kuasa Ambang Merdeka Kedah..keputusan telah dibuat..
pertandingan ayam ratu terbuka utk rakyat malaysia dan thai peringkat negeri Kedah...Sempena menyambut merdeka
tarikh : 29hb Ogos 2017 (HARI SELASA)
masa : bermula 9pagi - 11.30 pagi (pendaftaran)
tempat : Dataran Tasek Darulaman ..Tanah Merah Jitra ..Kedah..
kategori yg dipertandingkan.
1.LHK
2. Pelbagai Warna.
3.  Ayam tak siap matang
4. Ayam muda
5. Indok Pelbagai Warna...

SEMUA PEMINAT RATU DIJEMPUT HADIR UTK MERAMAIKAN...DEMI UTK INDUSTRI AYAM RATU MALAYSIA..PENGADIL DARI THAI DAN DIBANTU OLEH PENGADIL TEMPATAN. INSYAALLAH

Friday 28 July 2017

Pertandingan Ayam Ratu di Kubor Panjang Jitra

💥Kuboq panjang yang dinanti, Jitra yang sampai dulu..hehe

📣Save the date!!

➡ 29/8/2017
➡ Tasik Bandar DarulAman, Jitra Kedah.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan 🇲🇾

Buleh dah pakat² persiap perkakas masing² untuk pertandingan😘

🔎 Pertandingan Ayam Ratu
🔎 Pertandingan Ayam Serama
🔎 Seni Suara Merbok
🔎 Seni Murai Batu & Jambul

Info berkenaan pertandingan ayam ratu insyaallah saya akan update dari masa ke semasa👌

Pertandingan lain boleh rujuk dengan persatuan masing²😃

Saturday 22 July 2017

Jejak Kasih

Semasa pertanding, si Andra Dokmak JAA telah berjumpa kembali abangnya yg telah terpisah lama.

Owner President farm

Duta JAA bersama Owner President farm di mana baka asal Dokmak ini.



Gambar sepanjang pertandingan berjalan.

Gambar di ambil semasa pertandingan berlangsung.
Ramai otai otai yg terlibat. Terima kasih kepada Penganjur, Juri Malaysia dan Thailand serta AJK yg terlibat. Memang pua hati disana.