Saturday 22 February 2014

Baka sabung ara terbaru feb 2014

Kami telah membawa Baka terbaru utk pembiakkan bg menghasilkan Baka yg bermutu dan telah mempunyai rekod . Baka terkini dengan pattern semasa. Fokus kami adalah lebih kepada saiz yg di katogeri heavyweight. Adalah diharapkan Baja ini akan berkembang Biak dgn Baik di reban kami.
Saiz yg besar dan ekor yg menarik.
 
Kaki yg bersissik menarik dan kemas.
 
Muka yg garang dan cool.
 
Diharapkan akan dapat memenuhi permintaan peminat sabung pada masa depan.

Sunday 16 February 2014

Baka dan reban terbaru di JAA Feb 2014

 Seperti yg telah disasarkan kami telah membawa pelbagai variasi benih ayam sabung baka terpilih bagi tujuan kacukan untuk menghasilkan baka yg bermutu. Berikut adalah variasi warna yg terbaru sedang dibesarkan.

Bunga Raya (Jantan).

 

Kelabu (Betina)

 

Putih (jantina tak tau lagi)



Kami mendapatkan anak kecil dari baka terpilih kerana amat mudah menjinakkan dan kos juga agak rendah untuk membeli Bapa atau induk demi menjimatkan kos kami. Walaupun kecil anak –anak ini datang dari baka yg baik. Lihatlah baka esset kami, anak-anak memegangnya tanpa rasa takut dan ia duduk diam apabila dipegang oleh mereka. Inilah salah satu sebab penting kami memilih anak yg berusia 3 bulan kebawah. Bak kata pepatah “Melentur buluh biar dari rebungnya” anak ayam akan lebih manja dan jinak jika dibela dari kecil.

 Diharapkan kami akan Berjaya membiak baka-baka terpilih ini untuk kepuasan pelanggan dimasa akan datang.

Sasaran kami yg terakhir adalah mendapatkan baka anak Ganoi @Saigon Botak .

 
Pada Ahad yg lalu kami telah menambah satu lagi ruang untuk induk yg diubah suai dari ruang antara  dua reban bagi memaksimumkan ruang yg ada.


 

Sunday 9 February 2014

Baka baru untuk Jun 2014

Kami sedang dalam proses untuk mendapatkan baka ekor panjang dan lurus. Bulan Depan dijangka akan menerima baka ini.

Diharapkan kamia akan berjaya membiak baka ini pada masa hadapan.