Sunday 30 December 2012

Pembaka Ayam Sabung terbaru Jarak Atas Agrofarm (JAA)

Pada 30/12/12 JAA telah menerima sepasang pembaka terbaru dari Ustaz Faisal ( Usaha farm) sabung ekor lambak elaw. Benih jagoh bon dari Thailand . Bapa jagoh bon dan banyak kali menang. Memang cantik dan garang. Tapi tujuan JAA menternak ayam adalah sebagai hobi dan terapi minda. Harap-harap yg jantan tu bukan kaki gaduh, sebab ada 3 ekor lagi ayam jantan di JAA, susah juga kalau kaki gaduh, sbb alamatnya akan masuk kuali le.


Ekornya yang lebat . meleret dan cantik. Jantan ekor mencecah ke tanah dan betina pun ekor panjang mendongak keatas.

Add caption
Berat dalam 3.++kg. masih muda dah . Menurut pemilik asal permainan pukul rata tempat.

Setakat ni 13/1/13 dah ada 3 orang memesan jika sepasang ayam ini mempunyai zuriat . Disebab kan kecantikkan dan saiz yg besar telah menarik minat peminat sabung. 

Gambar terbaru




Setakat ni 29/12/2012 pasangan ini sudah mempunyai 5 biji telur.

Thursday 27 December 2012

Azam Tahun Baru 2013

Jarak Atas Agrofarm akan menambah beberapa jenis lagi ayam eksotik bagi menambah koleksi sedia ada. Antaranya ayam Serama, Bantam Silver , ayam Poland Original, ayam hutan original, ayam silkie hitam, ayam cochin  dan beberapa jenis lagi dalam pertimbangan.

Langkah yg akan diambil bagi merealisasikan Projek ini:
1. Langkah Pertama adalah membaiki dan membuat reban baru bagi menampung jumlah ayam.
2. Langkah Kedua, mencari benih dari kawan seangkatan dengan nya. Kalu mudah.com tu serik sikit.
3. Langkah Ketiga, membuat kajian mengenai kesesuai ayam dari segi permakanan, penyakit dan lain -lain.

Pada 29/12/12 ayam bantam emas telah selamat bertelur sebiji, gambar seperti dibawah.

Perbezaan dengan duit lima kupang, bahasa standard 50sen.


Thursday 20 December 2012

Projek Ayam kacukan pelbagai jenis / Project Chicken cross various types.

20/12/2012 setelah aku membaca blog para sahabat yg mengacuk pelbagai jenis ayam ,aku mula rasa bersemangat balik untuk  buat kacukkan ayam bantam kacuk dengan lain jenis ayam untuk melahirkan pelbagai variasi ayam.

Variasi Eksotik A
Ayam Silkie betina  + Ayam bantam kacuk jantan = Ayam Siltam
Ayam Sabung betina  + Ayam bantam kacuk jantan = Ayam Banbung

Variasi Eksotik B
Ayam Bantam Gold betina  + Ayam Poland kacuk jantan = Ayam Banland
Ayam Bantam Gold betina betina  + Ayam sabung jantan = Ayam Saban

Gambar untuk Variasi Eksotik A

Ayam bantam kacuk jantan

Ayam Silkie betina

Ayam Sabung betina

Gambar untuk Variasi Eksotik B

Ayam Poland  jantan

Ayam Bantam Gold betina


Ayam sabung jantan
Sebenarnya saya menpunyai seekor ayam hutan kacuk. Ibu sabung telah membuat hubungan sulit dengan ayam hutan yag datang kereban kami. Dalam 19 ekor yg dieram dalam inkubator satu menjadi ayam hutan, Keliru juga kau, datang dari mana baka ayam hutan. Setelah diselidiki baru tahu ada seekor ayam hutan rajin bertandang. Anak seperti dalam gambar. Warna bulu keemasan dan kaki coklat kehijauan.

Ayam hutan kacukan

Ayam hutan kacukan ayam sabung dah makin membesar seperti gambar dibawah.

Bulu ayam Hutan dan kaki berwarna kehijauan.
Kemungkinan betina kot, ok jugak sebab boleh makan telur nanti. Saiz seperti ayam sabung.

Terbaru 4/1/13 JAA telah menerima Ayam Poland Rosecomb seperti gambar dibawah.

balung Rosecomb seperti ayam bantam
Yang betina mempunyai jambul dan balung rosecomb kecil.

 
 
Sekarang, Ayam Poland kelabu jantan sedang di kacuk dengan Poland rosecomb betina bagi menghasilkan spesis baru ayam yang tahan penyakit.

Monday 17 December 2012

Tertipu dgn Ayam Bantam Emas/ Golden Bantam Chicken

Semalam 17/12/2012 saya telah menempah sepasang Batam emas dari En Mansor dari Terenganu. Ini merupak projek terbaru saya selepas semua ayam bantam mati akibat sampar.Menurut nya lebih baik ambil yg induk kerana cepat bertelur dan lebih tahan untuk penghantaran jarak jauh. Jadi, saya pun bersetuju dengan tawaran beliau induk muda baru sekali bertelur. Gambar ni dari mudah.
Harap-harap dapat yg macam ni kot



Gambar akan dimuat turun selepas saya menerima ayam tersebut.

19/12/2012 saya ambil kat stesen bas kerana penghantaran menggunakan bas. Bila sampai saya terkejut sebab ayam bantam emas yg diterima bukan original tapi kacukkan. Jadi siapa-siapa yang nak beli kat mudah.com berhati-hatilah. Cuma yg betina tu nampak keaslian sikit.
Jantan: mempunyai balung papan ,bulu lawi dan kaki hijau kekuning-kuningan.
Betina: OK tapi dah tua , ciri original balung rosecomb kaki coklat kehijauan.
Apapa-pun salah saya juga sebab tak minta gambar dulu, cuma percaya secara lisan. jadi jika ada tuan puan yg beli dari iklan mudah itu besar kemungkinan nanti mungkin macam ayam di atas.


Sunday 2 December 2012

Ayam Sabung Emas / Golden Laced Fighting Chicken

Ayam sabung yg deberikan oleh Pak jang Ayam merupakan jenis bulu golden laced macam ayam bantam emas. Jenis warna bulu bulu yang jarang didapati.
Kini kami sedang membiak kan jenis ini bagi memenuhi permintaan peminat ayam sabung yg menyukai kecantikkan dan pertarungan.

Ayam kami terbahagi kepada dua corak
1. Emas dengan kelabu / Golden with blue laced.


2. Emas dengan Hitam/ Golden with black laced.


Kelebihan ayam Sabung Emas.
1. Ayam ini mempunyai corak yang menarik seperti Bantam emas atau Polish emas.
2.Tahan terhadap cuaca.
3.Tahan terhadap penyakit.
4. Petarung yang hebat.
5. Goreng pun sodap...........

Akibat bergaduh.
Salah satu daripada anak-anak ayam sabung saya cedera parah kerana bergaduh sesama sendiri lima lawan satu, jadi yg satu lah yg parah. Kecerderaan yang dialami ialah lidah terbelah dua, kepala luka dan lenam teruk maka terpaksa duduk ICU. Selepas diberikan rawatan dan madu tualang sekarang dah makin sihat . Dah boleh makan sendiri. Gambar bawah tu . harap harap boleh hidup lagi.

Salah satu faktor yg membosankan bila bela ayam sambung ialah bertarung sampai mati. Sebelum ini ada jugak kes ayam saya mati bila bergaduh. Bukan jantan sahaja macam itu , malahan yang betina sama juga.