Sunday 26 May 2013

Ayam sabung kaki dua warna. Sabung Dewata

Kepada peminat ayam sabung, pernah ke anda melihat ayam sabung mempunyai kaki yg berlainan warna. Di JAA terdapat seekor ayam sabung yang mempunyai kaki 2 warna. sebelah hitam semua dan sebelah kaki lagi berwarna kuning sepenuhnya. Diambil masa dlm telur lagi hasil pemberian KB agrofarm. Banyak gambar tidak dapat diupload kerana kecurian handphone. Kalua ada masa nanti JAA akan upload gambar anak yg berusia sebulan.

Tuesday 21 May 2013

Pengeluaran Ayam bantam berhenti sementaraa.

Salam, untuk pengetahuan shabat pengeluaran bantam emas dan silver di berhenti kan sementara disebabkan oleh pembelian peminat bantam sehingga kesemua induk terpaksa di jual. ramai yg datang memujuk untuk mebeli induk JAA terpaksa menjualnya kerana berdasarkan pengalaman dulu. Ayam bantam mati kesemua nya kerana hawar/ ND , sebelum itu JAA menolak utk menjual induk-induk tersebut. Disebabkan fobia sebegitu ,maka ada peminat yg begitu teruja utk memiliki maka JAA terpaksa menjualnya. Wallahulam. Sekarang hanya tinggal gambar dan kenangan.

Tuesday 7 May 2013

Baka terbaru ayam sabung Siam di KB Agrofarm.

Kerjasama antara KB Agro farm dengan JAA berterusan dengan meminjam ayam Sabung Siam kepada KB Agrofarm bagi tujuan menghasilkan ayam sabung yg lebih bermutu. KB mempunyai induk betina yg berkualiti tinggi di pasungkan dgn sabung siam jaguh . Diharap ini akan menambah kapasiti baka. Setakat ini banyak permintaan ayam sabung siam, disebabkan peratus yg menetas agak rendah maka permintaan tidak dapat dipenuhi. Dgn kerjasama ini akn diharapkan akan dapat memenuhi permintaan peminat ayam sabung.
Baka jantan terbaru akan diupload nanti.