Alhamdulillah.Kami telah melangkah setapak lagi dalam penghasilan benih terbaik dengan pengunaan inkuburator pada 20/10/2012 Sabtu yg dibeli dari Jiwaniaga.
Luaran
Dalaman
Sekarang merupakan percubaan pertama mengunakan inkuburator bagi memastikan penetasan yg lebih baik berbanding dengan ibu. Telur ayam sabung, ayam gajah dan ayam sam-sam telah berjaya dimasukkan kedalam inkuburator. Adalah diharapkan kesemua akan menjadi. Amin.
Mulanya, selepas dua hari saya melihat titik titik air terhasil dan degan pantas saya membuang sedikit air untuk mengetahui tahap yang betul. Kesokannya masih ada titik titk air tapi makin sedikit, jadi saya membuangnya sekali lagi. Ini menunjukkan kelembapan tinggi dan akan memberi kesan kepada telur jika kita tidak mengurangkan kelembapan secepat mungkin.
Selepas hari yang ketujuh(26/10/2012) saya telah melakukan candling bagi mengetahui status telur sama ada ada benih atau tidak. Terdapat satu bintik hitam dan jaluran hitam yang menunjukan embrio berkembang. Terdapat 6 biji telur yg tiada tanda-tanda tersebut. Candling seterusnya kan dibuat minggu depan,
Pagi ni lihat inkubator secara tidak senaja di off selama sejak semalam. Harap-harap tak akan ada kesan pada telur. Kalau tak habis la.
Selepas candling dilakukan, telur ayam gajah saya tidak mempunyai embrio, mungkin bapak tengah sakit kot. Lepas ni nak kena buang bagi memberi peluang kepada telur yang baru.
Nampak nya selepas dua minggu, kelihatan embrio dalam telur makin berkembang. diharapkan dpt jadi anak hidup. Saya dah asingkan yg tarikh 20/10 supaya genap 18 hari telur tersebut tidak akan di pusing.
Menurut petua, jika hampir nak menetas kita kena lebih kan kelembapan supaya cengkerang telur menjadi lebih lembut supaya anak didalam dapat memecahkan dengan senang.
Dawai hijau yang lebih halus diletakkan atas tray besi supaya mengelak anak ayam terjatuh.
Pada 7/11/2012 telur pertama yg menebuk telah kelihatan setelah 18 hari di dalam inkubator.
8/11/2012
Yang lain dah menebuk, 3 ekor dah bergerak bebas. Kena buang cenkerang supaya kotoran tidak terlekat pada telur yang lain dan boleh mempengaruhi penetasan telur lain.
setelah dipindahkan ke sankar yg lain bagi menggelakkan anak ayam mengotori telur yg lain. Jika tidak diasingkan kuman semasa anak ayam menetas kan mempengaruhi telur yg lain. Satu dah mati semasa menebuk kerana kedudukan telur menebuk kena dialihkan keatas untuk anak yam bernafas. Apabila terpusing kebawah, cairan akan keluar akan menyebabkan anak ayam kekerinangan . Dan satu sebab lain, anak yam akan kelemasan kerana cecair akan terkumpul di bahagian ditebuk , jika lubang masih kecil ia akan melemaskan anak ayam.
Dok melepak
Memanaskan badan. (11/11/2012)
Diharapkan anak -anak ayam ini akan meyambung zuriat rinting emas yg tlh pupus akibat hawar/sampar.
Kesian, lahir saja dah jadi anak yatim.
Oleh kerana hampir kesemua ayam saya mati, maka anak ayam tanduk saja yg tinggal.Harap benih yg tinggal akan menjadi penyeri reban dan kesinanbungan ayam sabung tanduk satu rinting emas.
Selepas selesai ada 19 ekor anak ayam berjaya ditetas, 3 ekor mati disebabkan telur terpusing kebawah menyebabkan anak kelemasan. 5 biji tak jadi dan 6 biji tiada benih.
Bekas yg lebih besar kerana 7 ekor yg pertama dah mula membesar.
Setelah semuanya selesai saya mula cuci dan jemur spt dibawah, nasib baik jenis plastik senang dicuci.
Kemudian disimpan bagi projek seterusnya.
Anak ayam setelah 12 hari baka rinting emas
Gambar anak sebulan semasa 6/12/2012.
Pada 13/12/12 anak ayam makin membesar dan 16 ekor ini berlawan sasama sendiri menyebabkan seekor dah parah. Lidah pecah dua dan bengkak teruk dikepala.
Telur ayam kampung saiz mega
Seekor ayam kampung dara telah bertelur dgn saiz besar. Perbezaan dgn telur ayam kampung biasa dua kali lebih besar..
setelah di pecahkan ada dua telur kuning, sila lihat diatas. patut pun besar sangat saiz ia.
Maklumat untuk inkubator
Jadual Tempoh pengeraman, suhu dan hari yg tidak boleh memusing telur.
Unggas | Ayam Kampung | Ayam Turki | Ayam Serama | Ayam Api-api | Puyuh Daging | Puyuh telur |
Tempoh Pengeraman | 21 | 28 | 21 | 28 | 23-24 | 17 |
Suhu ( Celcius) | 38 | 37.2 | 38 | 38 | 38 | 38 |
Tidak boleh memusingkan telur pada hari ke | 18 | 25 | 18 | 25 | 20 | 15 |
Unggas | Itik Telur | Itik Muscovy | Angsa | Merak | Kuang | Grouse | Merpati |
Tempoh Pengeraman | 28 | 35-37 | 28-34 | 28-30 | 23-28 | 25 | 17 |
Suhu ( Celcius) | 38 | 38 | 37.2 | 37.2 | 38 | 38 | 38 |
Tidak boleh memusingkan telur pada hari ke | 25 | 31 | 25 | 25 | 21 | 22 | 15 |
Di copy dari laman blog sahabat lain.
APA ITU INCUBATOR ?
Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat berkenaan Incubator / Mesin Penetasan.
Incubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan tugas pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan bagi menetaskan telur haiwan tersebut. Biasanya bagi telur unggas seperti spesis burung ( ayam, itik dsb ), suhu yang di gunakan adalah sekitar 38 – 40oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi setiap spesis.
Pada hari ini, incubator digunakan secara meluas dalam industri penternakan samada kecil, sederhana atau besar.
1.Induk/ayam betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh pengeraman, ini akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan per tahun
2.Kadar tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang menetas serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
3.Kurang ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya serta terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
4.Tiada ancaman pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dansebagainya.
5.Kurang risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak, dipatuk dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram akibat saiz badan induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan sebagainya.
6.Dapat menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika tempoh pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15 dan sebagainya.
7.Menjimatkan kos pembelian anak ayam hidup, kos pengeraman menggunakan incubator adalah satu kali ganda lebih rendah berbanding kos pembelian anak ayam.
Halaman ini adalah khas untuk para pengguna produk INCUBATOR. Harap para pelanggan mendapat sedikit maklumat dan panduan berguna dari halaman ini. Terima kasih.
1. PANDUAN MEMILIH DAN MENJAGA TELUR SEBELUM PENGERAMAN
Telur-telur yang ingin dimasukkan ke dalam incubator mestilah sempurna dari segi rupabentuk, permukaan kulit dan saiz. Telur-telur yang tidak sempurna atau cacat tidak akan menetas walaupun dieram oleh induk ayam sendiri. Telur paling sesuai disimpan di antara 2-7 hari sebelum dimasukkan ke dalam incubator. Penyimpanan telur di atas tray telur mestilah dengan hujung bulan ke atas dan hujung runcing ke bawah. Ini bagi mengelakkan ruang udara dalam telur daripada pecah atau bocor akibat himpitan dari cecair dalam telur itu sendiri.
Telur yang telah dikumpul mestilah kering dan bersih, namun begitu aktiviti membasuh telur menggunakan air adalah sangat tidak digalakkan malahan dilarang terus apabila penternak ingin menggunakan incubator sebagai medium penetasan telur.
Sebaliknya untuk membersihkan telur yang telah dikumpulkan, penternak digalakkan menggunakan span atau kain kering untuk mengesat kotoran seperti najis atau tanah yang terdapat di kulit telur. Kaedah ini adalah selamat kepada telur dan akan menjamin kejayaan penetasan.
Kulit telur mempunyai satu lapisan nipis bahan pelindung semulajadi yang dihasilkan bagi menghalang kemasukan bacteria ke dalam telur. Lapisan ini adalah sangat nipis sehinggakan akan terhapus sekiranya dibasuh atau dibersihkan dengan bendalir. Oleh itu, elakkan membasuh telur dan sebaliknya gunakanlah kaedah alternatif yang telah diajarkan.
Bagi penternak yang sering memasukkan telur ke incubator dari pelbagai peringkat, sila tuliskan tarikh telur dimasukkan atau tarikh jangkaan menetas di atas kulit telur. Elakkan mengunakan marker atau seumpamanya kerana ia mungkin racun kepada telur sebaliknya gunakanlah pensel biasa sebagai bahan menanda. Selain tarikh, baka, no. ibu, no. bapa, no. reban dan sebagainya juga boleh ditulis ke atas kulit telur sesuai dengan rujukan para penternak.
Setelah itu masukkan telur-telur ke dalam incubator setelah pengesan suhu pelarasan dibuat, pastikan bulb pengesan suhu thermostat berada betul-betul di atas telur bagi membolehkan ia mengesan suhu sebenar pada permukaan kulit telur. Perkara ini adalah sangat penting yang mana kebanyakan penternak tidak menyedarinya.
.
2. PANDUAN MENYULUH TELUR / EGG CANDLING
. Tujuan menyuluh telur adalah bagi memeriksa keadaan emBrio / anak ayam yang ada dalam telur. Dengan cara ini, penternak dapat memastikan incubator sentiasa terlaras dengan betul dan peratus penetasan adalah tinggi.
Berikut adalah kaedah memegang telur ketika ingin melakukan suluhan telur. Lampu suluh boleh digunakan sebagai sumber cahaya. Objektif aktiviti ini samalah seperti objektif x-ray.
Menyuluh telur mestilah dijalankan di persekitaran gelap contohnya di dalam bilik gelap jika disiang hari atau paling mudah dilakukan pada malam hari dengan memadamkan semua lampu. Ini bertujuan memastikan bayang emrio / anak ayam di dalam telur dapat dilihatj dengan jelas.
HARI PERTAMA PENGERAMAN
Telur kelihatan cerah tanpa tanda-tanda bayangan. Ini menunjukkan telur dalam keadaan sihat dan segar.
HARI KE-5 PENGERAMAN
Bayangan embrio semakin jelas dalam bentuk jalur-jalur darah dan membesar serta akan semakin aktif bergerak.
HARI KE-10 PENGERAMAN
Bayangan embrio telah memenuhi separuh ruangan telur, pada tahap ini, tubuh anak ayam telah mula kelihatan dan terdapat pergerakan aktif seolah embrio berenang di dalam telur.
HARI KE-15 PENGERAMAN
Tq atas maklumat2 berguna ini.Saya akan cuba praktikkan.Tp di mana boleh didapati jualan incubator? area Johor?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteEn Alyahya boleh order kat Jiwa niaga, penghantaran disediakan oleh merekan.
ReplyDeletePusing cari Link Update S128???
ReplyDeleteKlik >>>>>>> Link S128
Belum punya akun ID S128???
Klik >>>>>>> DaftarSabung Ayam
Hubungi Segera:
WA: 087785425244
Cs 24 Jam Online