Wednesday 31 October 2012

Penyakit Ayam

Coryza
Salah satu lagi penyakit ayam yg killer, nama dia Coryza.. Penyakit ni adalah tergolong dalam penyakit yg berkaitan dengan pernafasan, simptom2 nya adalah seperti di bawah :

1. Mata ayam akan kerap terpejam seakan mengantuk.
2. Sayap akan cenderung untuk meleret ke bawah.
3. Lubang hidung basah dan ada cairan yg keluar.
4. Selalu bersin.
5. Mulut ternganga seakan tercekik makanan.
6. Kurang nafsu makan.
7. Mata berair.
8. Menjejaskan pertumbuhan ayam.
9. Pernafasan yang berbunyi.

Beberapa ekor anak ayma saya dah mati disebabkan penyakit ini. Yang 2 ekor ayam bantam aku dah kena tapi alhamdulillah dah sembuh. Penyebab utama penyakit ini adalah dari serangan bakteria yang dikenali sebagai Heamophilus paragallinarum, namun serangan ini berlaku akibat dari faktor2 berikut :

1. Perubahan suhu yang mendadak - dari panas ke sejuk cth siang ke malam atau hujan.
2. Kawasan sangkar yang terlalu lembab.
3. Kedudukan sangkar yang terlindung dari cahaya matahari.

Kaedah untuk mengubatnya pula, kita kena pakai Tetracycline dan Tetra-Chlor, kedua2 ubat ni sangat mujarab.

Selepas guna  Tetra-Chlor yang dibeli dari kedai Pet Kilang Lama Kulim ayam bantam dah sembuh.
Setakat ini kat lain tak jumpa pun ubat ni, jadi terpaksalah saya drive ke Kulim beli ubat ini.
Terima kasih blog Aznizam Agrofarm kerana memberi tips yg berguna untuk merawat penyakit Coryza.

Cara pengunaan:
Bagi ayam dewasa yg tahap teruk 2 kapsul sehari ( satu kapsul sehari).
Bagi ayam dewasa yg tahap biasa cukup la 1 kapsul sehari .
Bagi anak pula buang kulit kapsul dan dilarut dalam 5ml air dan diberi 1ml seekor. Jadi 1 kapsul cukup untuk 5 ekor anak ayam.

Sampar/ Hawar
Penyakit ini sangat popular di kalangan penternak ayam di Malaysia, serangannya suatu ketika dulu mampu membuatkan penternak ayam di kampung-kampung menitiskan air mata kerana kurangnya pengetahuan tentang kaedah mengelak penyakit yang berpunca dari sejenis virus ini. Ia dikenali dengan nama sampar secara umum atau hawar secara khusus di utara Semenanjung Malaysia, secara saintifiknya ia dikenali dengan nama Newcastle Disease (ND) dengan nama virus penyebabnya iaitu virus paramyxovirus. Virus ini biasanya akan merosakkan organ dalaman unggas dan menyebabkan kegagalan bernafas dan pendarahan.


TANDA-TANDA:-
  • Kesukaran pernafasan
  • Kesukaran pergerakan dan tengkok melentuk
  • Tahi yang berwarna kuning kehijauan
  • Kelesuan dan bulu ayam kelihatan pudar
  • Pendarahan di dalam proventikulus dan usus kecil
  • Kesesakan darah dan cecair pada sistem pernafasan
  • Tebal karung udara (air sac)
  • Jumlah kematian yang tinggi > 50%
Gejala leher terlentuk adalah simptom yang biasa utk jangkitan ini
Jika sesebuah kawasan ternakan dihinggapi virus ini, kesan yang dapat dilihat sangat ketara di mana kematian ayam sangat tinggi hingga lebih 50%. Jika dibiarkan, kematian boleh menjangkau 100%. Namun begitu dalam kebanyakan kes, masih terdapat ayam yang selamat walaupun tidak diberikan vaksin, namun begitu peratusannya adalah sangat sedikit, mungkin hanya 1-5% sahaja dari keseluruhan jumlah ayam direban tersebut. Dalam tempoh 1 minggu, virus ini mungkin telah membunuh hampir semua ayam.
Jangkitan kepada ayam kebanyakannya sukar dikesan pada peringkat awal. Tanda-tanda awal tentang penyakit atau kematian pertama mungkin tidak disedari oleh penternak. Namun begitu, dalam kebanyakan kes, penternak hanya akan menyedari jangkitan telah berlaku apabila beliau menjumpai sebilangan bangkai ayamnya dilantai reban pada awal pagi. Ini kerana, ayam yang telah dijangkiti akan mula murung, dan cuba untuk berada ditempat yang paling selamat iaitu dikawasan tempat ia tidur, menjelang malam kesejukan akan membuatkan keadaan semakin parah dan kebanyakan ayam akan mula mati menjelang awal pagi.
Seperti yang kita tahu virus tidak dapat dibunuh dengan mudah, oleh itu hanya vaksin yang mampu menghalang jangkitan daripada terus berleluasa. Dalam kes ini, cuma ayam-ayam yang masih belum dijangkiti sahaja yang akan selamat apabila diberi vaksin, manakala ayam yang telah dijangkiti tetap akan mati walaupun telah diberi vaksin.
Kaedah pemberian vaksin adalah dengan menitiskan pada mata atau mencampurkan dengan minuman. Namun begitu, untuk menitiskan pada mata adalah mustahil jika bilangan ayam terlalu banyak, oleh itu kaedah mencampurkan dengan air minuman adalah paling praktikal. Caranya adalah dengan membiarkan ayam dalam keadaan sedikit dahaga dan masukkan vaksin dalam air minuman dan biarkan semua ayam minum campuran tersebut. Kesan-kesan vaksin akan dapat dilihat apabila kurang kadar kematian dapat dikesan pada keesokan harinya dan kadar kematian ini akan terus berkurangan dari hari ke hari sehinggalah tiada kematian langsung.

Ini bukan ubat, ia adalah mikrob iaitu sejenis pathogen yang hidup dan akan melawan virus sampar drpd membunuh ayam tersebut. Sbb tu kita terpaksa membawa ‘ubat’ tu dalam plastik berisi ais atau air batu, tujuannya untuk mengelakkan pathogen tersebut mati jika terdedah kepada suhu tinggi..
Vaksin ini elok diberi setiap 6 bulan sekali.

Terima kasih blog Aznizam Agrofarm kerana memberi tips yg berguna ini.

1 comment:

  1. PROMO NEW MEMBER 15%

    DewaZeus merupakan partner dari situs ZeusBola, yg merupakan agen bandar taruhan judi bola, Casino, Poker, taruhan sabung ayam online S128, CF88 DewaPoker, Live Casino Dealer Resmi Lisensi Filipina Paling Terpercaya di Indonesia, hanya di bolazeus.

    Sbg Kantor Cabang Bola Sbobet Indonesia Terpercaya, ZeusBola telah berkerja sama bersama kongsi Sbobet beroperasi di Asia yg dilisensikan oleh First Cagayan Leisure & Resort Corporation, Manila-Filipina dan di Eropa dilisensikan oleh presiden Isle of Man untuk beroperasi juga sebagai juru taruhan sport sedunia.

    https://dewazeus.site/cara-bermain-poker-online-deposit-via-pulsa/
    https://dewazeus.site/situs-agen-taruhan-online-terpercaya-deposit-pulsa/
    https://zeus365.net

    Ayo daftar sekarang di dewazeus.site

    ReplyDelete