Friday 19 December 2014

Ganoi 2015 .

Ayam ganoi yg makin dewasa di JAA. Diharapkan akan berjaya dibaikkan bagi menghasilkan baka Ganoi mampu milik untuk semua.

Sunday 7 December 2014

Pembaka Saigon utk 2015 dan vaksin berjadual untuk induk.


Kami cuba mebiakkan seberapa banyak yg mungkin baka saigon, Seperti yg di sasarkan oleh kami, kami akan cuba menghasilkan baka yg mampu milik dan berkongsi dengan peminat ayam sabung.
Jantan mempunyai bulu yg berkilat.
 
 Pasangan saigon .
Ayam saigon  mempunyai tulang yg besar dan keras. Ia dikatakan lebih kebal terhadap serangan. Namun , JAA membiakkan baka ini sebagai hobi dan eksotik.
Harap kami akan berjaya.


Vaksin juga kami tidak lupa sebagai pencegahan, ini amat penting kerana kami memmentingkan kualiti. Ayam yg di jual sudah di vaksin sebelum hantar kepada pembeli.Kali ini kesemua induk diberikan vaksin.

" Mencegah lebih baik dari merawat"

Wednesday 3 December 2014

Pembaka Mega Ekor panjang utk 2015

Semalam, kami telah menerima sepasang pembaka terbaru untuk tujaun pembiakkan .
 
Jantan: Ekor panjan yg meleret, tunggu bila bulu penuh balik.
 
 
 Betina: Anak anak yg dihssilkan byk yg telah ada nama.
 
Saiz besar yg menjadi tarikan istimewa.

Sunday 23 November 2014

Pembaka Ganoi terbaru utk 2015.

JAA telah menerima pembaka terbaru jenis Ganoi. Diharapkan akan berkembang biak disini.
Bagi 2015, kami mesasarkan baka Ganoi untuk dibiakan secara besar-besaran.

Monday 20 October 2014

Baka Ayam Toon 5 logo

JAA menerima seekor baka import otai yg sedang dalam pembiakkan, baka import yg telah memenangi beberapa kali kejohanan yg di bawa kesini untuk pembiakkan. 5 logo dikatakan mempunyai warna putih pada kepala, kepak kedua dua belah , paha kedua dua belah dan ekor berwarna putih.
Panduan dari Internet spt dibawah.


Saturday 18 October 2014

Ayam Fipilina Sweater telah tiba.

JAA telah menerima sepasang baka sabung terbaru iaitu Ayam Fipilina Sweater original. Baka ini dipilih kerana ekor yg menarik.Ekor pacak naik dan besar. Walaupun saiznya hanyalah sebesar ayam hutan tetapi ianya mempunyai nilai eksotik tersendiri.
Contoh induk sweater dari Blog lain.
 Kami akan cuba silang baka bagi mendapatkan Baka Hybrid terkini yg menarik utk tujuan hiasan.
Ciri ayam filipina Asli adalah seperti berikut:
a.Kepala kecil
b.Badan kecil
c.Sayap panjang
d.Kaki kecil
e.Agak agresif
f. Bertarung secara terbang.
g.Paruh yg panjang

 Diharap akan membesar dan membiak di JAA.

Tuesday 14 October 2014

Teknik Pesum yg berkesan dan Baka Filipina yg akan sampai di JAA.

Kadangkala berlaku apabila ayam yg hendak di pesum akan bergaduh sama ada  bapa memukul ibu atau ibu memukul bapa. Perkara in terjadi kerana kedua dua induk tidak saling mengenal dan mengangap sebagai musuh. Bagi menangani masalah ini JAA ingin berkonsi kaedah berkesan yg telah di gunakan sejak setahun dulu.
Reban Jodoh.
Ruang untuk kedua dua induk disebelah satu sama lain.

Iany dipisahkan dengan jaring yg boleh dilihat oleh kedua dua induk supaya saling mengenali. Jaring plastik hijau ini ada terbaik kerana lebih fleksibel dan tidak akan mencederakan induk jika bergaduh melalui jaring ini.
Selepas seminggu ambil bapa dan pindahkan ke ruang ibu. Insyaalah kedua dua nya akan lebih cool kerana sudah kenal. bak kata orang tua " Tak kenal maka tak cinta"
Selamat mencuda dengan tips yg berguna ini.

Baka Filipina juga dalam perhatian kami dan dijangka sampai sabtu ini



Diharap baka ini juga akan berkembang biak disini (JAA).

Friday 3 October 2014

Ayam sabung Baka Jambul Helang

Kini telah sampai baka terbaru kami Ayam sabung Baka Jambul Helang. Baka yg mempunyai jambul menjadi kegilaan peminat sabung setelah di Thailand seekor ayam sabung yg mempunyai jambul helang menang dalam taruhan besar. Kami bukanlah menyabung ayam , tetapi disebabkan jambul yg eksotik. Kami cuba membiak jenis ini.

Diatas kepala mempunyai jambul helang.

 Dara 4 bulan yg baru tiba.
Kini JAA telah mempunyai banyak koleksi baka ayam sabung pelbagai negara yg unik untuk haiwan kesayangan.Antara ayam unik adalah sisik tapak, sayap dua lapis, ayam baka burma, ayam baka Veitnam, ekor panjang@rau, ayam madagaskar dan terbaru ayam sabung jambul helang.
Pada 2015 kami akan cuba sekali lagi untuk Projek ayam sabung filipina yg gagal sebelum ini.

Thursday 2 October 2014

Eksperimen terbaru kami: Menghasilkan baka Saigon Botak bermutu untuk Projek 2015

Eksperimen terbaru kami: Menghasilkan baka Saigon Botak bermutu untuk Projek
Mengikut matlumat dari sumber lain (Internet):

“Ayam saigon aduan yang terlahir memiliki kepala gundul atau botak sejak lahir secara garis keturunan merupakan ayam yang berasal dari madagascar, bukan vietnam. seperti yang sudah dihak patenkan di dunia internasional perayaman, ayam ganoi ( ayam saigon aduan ) yang merupakan ayam yang berasal dari vietnam aslinya tidak berkepala gundul. dikutip dari buku buku tua GameFowl "sabung ayam seluruh dunia" yang di tulis oleh Dr. Finsterbusch, Werner Lamkemeyer mendapat informasi tentang keaslian ayam vietnam ini. di dalam buku tersebut dijelaskan bahwa sekitar 10.000 tahun yang lalu, imigran malaioiden coklat atau kuning ( orang berketurunan asia ) mengimpor ayam gundul madagascar sebagai hewan peliharaan, ke wilayah asia ( benua nusantara dan negara-negara seperti indonesia, laos, kamboja dan vietnam ) yang diambil dari pantai timur afrika selatan sampai dengan madagaskar dan beberapa pulau kecil di sekitarnya dengan menggunakan kapal layar kecil atau kano.

Adat-istiadat sabung ayam yang ada di negara vietnam mewajibkan ayam yang diadu harus digundulin atau botak dalam setiap pertandingan, dengan asumsi bahwa ayam aduan yang gundul akan sulit dipegang, mudah dirawat atau diurut leher dan pahanya sehingga kulit menjadi merah dan tebal. maka dengan adanya ayam madagascar yang memang sudah gundul sejak lahir ini, menimbulkan ketertarikan untuk menyilangkan dengan ayam keturunan asli vietnam dan keturunan juara lainnya.
Sehingga terciptalah keturunan atau darah ayam GA DON. yang terdiri dari 2 jenis yaitu :
·         Keturunan atau darah MA LAI ( sudah terlahir dalam keadaan tidak gundul )Ayam keturunan ini terkenal dengan julukan ayam vietnam atau Ganoi
·         Keturunan atau darah MA CHI ( sudah terlahir dalam keadaan gundul ) “
Berdasarkan artikel diatas kami ingin membuktikan Ayam Saigon disilangkan biak baka dengan  dengan Ayam Madagascar akan menjadi ayam Saigon Botak @ Ganoi. Kami akan meggacukkan Ayam Saigon Asli yg mempunyai bulu nipis dikepala dengan Ayam Madagascar Asli bg menghasilkan Ayam Saigon Botak JAA. Diharapkan Projek ini akan Berjaya.

Ayam Jantan Saigon Asli balung angsa


Ayam Betina Madagascar Asli


Nantikan hasilnya nanti bagi peminat ayam Botak..

Setakat ini penghasilan ayam baka ratu kami mendapat sambutan luar biasa dari peminat semua di seluruh Negara. Kami tidak dapat menampung permintaan anda, bg yg dah membuat tempahan adalah diharap bersabar.

Monday 29 September 2014

Baru tiba baka ekor keras dan Madagaskar

Kami sedang mencuba 2 jenis baka baru  untuk memenuhi permintaan pelanggan kami.
Baka ekor keras
 BakaMadagaskar

Tuesday 23 September 2014

Baka terbaru yg dalam proses

Kami JAA sedang menunggu baka ayam sabung dara utk eksperimen seterusnya.
Dijangka sampai pada jumaat ini.

Saturday 20 September 2014

Terima kasih kepada Pegunjung semua kerana blog kami telah hit 100,000

Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca dan pelanggan yg telah menjadikan blog kami sebagai rujukan anda. Sebenarnya itu lah hasrat kami JAA un menjadikan blog kami sebagai penyampai ilmu kepada rakan sehobi.

Dengan pencapai ini kami lebih bersemangat lagi untuk berkongsi ilmu kepada semua , mungkin ini sebagai saham akhirat kami.
kami juga telah menerima maklum balas dari org perseorangan dan pelajar yg menjadikan beberapa artikel kami sebagai rujukan untuk menambah ilmu dan Thesis pelajar Universiti.
Blog kami bukan terbaik , tapi kami akan buat yg terbaik bagi berkongsi ilmu dengan pembaca semua. Tanpa anda siapa lah kami.
Segala ilmu yg dikonsi adalah pemngalaman sebenar kami dan otai yg pakar dalam bidang penternakan.
Artikel mengenai perkembangan ayam Bantam dari baru menetas sehingga ayam bertelur mengambil masa hampir 9 bulan bagi menyiapkan. walau bagaimana pun kami berpuas hati kerana ia telah menjadi rujukan penternak lain yg ingin membiak ayam Bantam Emas.

http://ayamtanduksatu.blogspot.com/2013/02/proses-perkembangan-dan-tumbesaran-anak.html
 
Wasallam.

Sunday 14 September 2014

Tip menghantar ayam mengunakan bas ekspress



JAA telah berjaya menghantar anak ayam sabung ratu kepada pelanggan dibeberapa buah negeri. Berikut adalah tip berguna kpd penternak lain yg ingin mengepos ayam anda.
1. Iklankan ayam anda di internet spt mudah, FB dan lain lain.
2. Apabila mendapat pelangan yg jauh memerlukan penghataran mengunakan bas ekspress, hendak berbincang bagi menentukan jumlah harga utk pengeposan. Setelah dipersetujui pembeli, pembeli akan Bank In duit.
3. Cuba pergi dahulu ke stesen bas bagi mengetahui jadual perjalanan bas bagi memudahkan kita dan cuba cari driver yg boleh bawa barangan kita..
4. Selepas itu pada tarikh di tetapkan, Pastikan kotak yg sesuai dan mempunyai pengaliran udara yg baik dan sesuai untuk perjalanan jauh di pak ayam yg hendak dihantar. Beri makan yg keras seperti padi, gandum atau jagung utk memastikan ayam kita tidak lapar semasa dalam perjalanan.Sila tunggu Bas 15 minit awal supaya senang berurusan dgn driver. Driver akan menetapkan jumlah yg perlu dibayar. Bagi yg sudah biasa dgn kita mungkin bayaran lebih istimewa.
5. Ambil nombor bas , jangka masa sampai ke destinasi dan telefon driver, berikan pada pembeli kita.

Selamat mencuba bg penternak yg cuba untuk mengimpot ayam anda keluar dari negeri.

Sunday 24 August 2014

Cuba pulak Ayam Api Api Putih (Snow White Pintade/ Faraona)

JAA cuba membiakan baka ini pula, kerana percubaan pertama membesarkan seekor ayam mutiara biasa telah berjaya. Setelah tahu selok belok ayam ini, kami telah mengambil keputusan untuk mencuba membesarkan sepasang ayam mutiara putih. Diharapkan ia kan berkembang biak disini. ayam mutiara seperti burung kuang dan penjagaan tidak rumit kerana ia tahan lasak.

Wednesday 20 August 2014

Monday 18 August 2014

Penvaksinan Berjadual dan induk baru baka ratu & baka baik

Pada 16 August 2014 kami telah memberi vaksin kepada semua ayam direban kami. diharapkan semua ayam kami akan sihat supaya pembeli yg membeli direban kami lebih puas hati kerana ayam sedia divaksin. Pihak kami mempunyai prisip tidak akan menjual ayam yg tidak sihat kepada pelanggan. Alhamdullilah setakat ini, baka yg kami ternak mempunyai permintaan yg tinggi.

Bagi menghasilkan baka yg bermutu, kami telah menerima baka tebaru dan terkini.
Diharapkan kami akan berjaya dlm usaha ini.

Baka ratu ( jenis ekor panjang dan meleter ketanah)


Baka Susuh  (baka baik dari janis yg mempunyai rekod )

3 ekor anak muda yg bakal dibiakkan.




Thursday 14 August 2014

Induk muda Ayam sabung Siam Ratu

Seperti yg disasarkan untuk 2015, Kami JAA akan cuba membawa dan membiakan ayam baka ratu bagi memenuhi permintaan peminat ayam cantik @ ratu.

 Baka ratu Toon yg mempunyai ekor panjang dan meleret hingga ketanah telah pun dewasa dan mula utk dibiak baka.



Wednesday 30 July 2014

selamat hari raya 2014

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.


Sunday 6 July 2014

Jualan Istimewa sempena ramadan

Bagi yg berminat mendapatkan baka terkini, kami sedang mengadakan jualan sempena ramadan. Terdapat pelbagai jenis sekarang dari semua induk kami.
Anak baka esset ini juga ada, dapatkan sebelum kehabisan stok.
Kami juga dalam proses untuk mendapatkan khidmat penghantar ke KL dan JB selepas raya nanti. Pada masa sekarang pengambilan sendiri sahaja.

Wednesday 11 June 2014

Ibu Saigon

Induk Saigon yg telah sedia utk dibiakkan . Untuk 2015, kami akan membiakkan sebanyak mungkin baka ini.
 
Betina
 
Jantan muda
 
 
Diharap usaha kami akan berjaya.

Saturday 24 May 2014

Reban terbaru telah siap dan Si ekor serai jd penghulu.

Penghulu reban mega Elaw Ekor serai.Diharap akan menurukan benih yg baik-baik.
 
Eche setelah salin bulu. segak bergaya.
 
Ganoi yg makin membesar.

 
 

Friday 16 May 2014

Reban saiz Mega untuk pembiakan Baka Utama

Kami dalam proses untuk menyiapkan reban bersaiz 14 kaki x 10 kaki bagi tujuan pembiakan secara besar besar bagi baka terpilih.
 Dijangka siap pada pertengahan Jun 2014.





 Dara terpilih terbaru.
 


Jaguh yg sedang di pulihkan , tengah salin bulu.


Pekerja setia JAA yg sedang memegang induk baka kuning kumbang lilin.

Disasarkan pada 2015 kami akan dapat menampung permintaan ayam sabung yg tinggi dari Reban kami.
Terima kasih kepada pembeli yg sanggup turun dari beberapa negeri yg jauh semata-mata mendapatkan baka reban kami. Tanpa anda siapalah kami.