Monday 22 February 2016

Tip membela anak ayam Filipina

Ramai org terfikir kenapa baka Filipina yg ori agak mahal, tapi tahukah anda untuk membesar anak ayam Filipina memerlukan tetekunan dan kesabaran.
Anak kecil yg berumur 3 bulan kebawah adalah sangat sensitif kepada persekitaran. Jadi untuk membesarkan baka ini kita perlu membesarkan didalam rumah. Anak yg kecil perlu dibekal kan lampu pada waktu malam bg menghangatkan mereka. Bg umur kurang sebulan lampu hendaklah dibekalkan 24 jam, manakala yg berumur 2 bulan keatas hanya pada waktu malam sahaja.
Pada umur 3 bulan sahaja kita boleh letak diluar rumah kerana pada waktu ini, tubuh badan ayam Filipina sudah kental.

Gambar menunjukkan anak ayam Filipina milik JAA dibela didalam akuarium  ikan

Apabila kelihatan sakit , kita hendaklah memberikan antibiotic  tetra chlor secepat mungkin. Kaedah memberikan antibiotik ini kepada anak –anak ayam telah saya kongsi pd post sebelum ini.
Pengalaman pertama apabila membeli telur dari Serawak dan membesarkan sehingga 2 bulan sahaja sebelum mati telah memberi pengalaman penting bg JAA.

Kali ini kami telah tahu cara yg sesuai bg membesarkan spesis ini dan berkongsi dgn pembaca bagi memberi manafaat pada bakal bakal penternak ayam Filipina.

LHK di JAA yg sedang di biakkan

Diharap perkongsiaan ini memberikan mnafaat pd yg lain. TQ

1 comment: