Manakala bagi umur 1 bln lebih sehingga 2 bln lebih tidak perlu lagi dipasang mentol tetapi perlu meletakkan didalam kotak didalam rumah manakala waktu siang boleh la disimpan di kandang luar. Jika cuaca sejuk dan hujan tidak digalakkan diletakkan di luar rumah walaupun siang hari kerana ayam jenis ini amat sensitif pada suhu yg sejuk bagi anak kurang dari 3 bulan.
Tempat kandang juga kena dijaga kebersihan, pastikan aliran keluar masuk udara cukup dan bersih.Tempat najis dr lantai kandang kena tinggi.supaya najis yg tejatuh tidak melekat pada lantai. Mankala najis yg terkumpul di bawah kena selalu dibersih. Kalau bawah kandang tu najis nya terkumpul dan tanah bertakung dgn air, itu tidak bagus kerana boleh mgundang penyakit disebabkan bakteria membiak ditempat yg lembab.
Antibiotik dan vitamin yg mencukupi perlu dibekalkan kepada anak anak ayam. Contohnya Ubat paket hijau antibakteria dan mencegah penyakit.
Ubat suntik antibiotik terramycin LA supaya ayam cepat sembuh dari sakit.
Dan yang paling penting jangan lupa untuk memberikan Vaksin ND / sampar
Setakat ini sudah dua ekor anak ayam Filipina ori mati kerana sakit disebabkan kurang arif mengenai spesis ini. Setelah belajar dari pengalaman dan nasihat dari otai kami berjaya mengatasi masalah ini.
Nota: Tip dan gambar yg berguna ini adalah dari PJ Sabong rama.
Moga meberikan manafaat kepada semua penternak ayam sabong Filipina.
No comments:
Post a Comment