Menurut
petua dari seorang otai, bagi memastikan tumbesaran yg maksima, anak LHK perlu
dilakukan beberapa langkahnya diantaranya, dengan memotong serta buang beberapa
bulu ayam. Bulu ayam yang banyak bakal menyedut zat zat makanan yg penting
seperti kalsium untk pembinaan tulang yg baik dan pembesaran yg ideal. Apabila anak ayam berumur 3 minggu keatas, hujung
sayapnya di potong supaya tak tumbuh panjang. Jika ekor telah panjang juga hendaklah
dipotong pendek. Bagi ayam yang berumur 2 bulan keatas bulu punggung dan leher
dicabut jugak di cabut keseluruhnya,ada juga yg mencabut pangkal paha serta
bahu. Salah satu kelebihan pembuangan beberapa bulu ayam juga adalah untuk mempertebal kulit-kulit di bahagian yang
dicabut itu hingga lebih tidak tipis serta menjadi keras dan kebal. Proses
mencabut bulu amat tidak digalakkan kerana ia akan menyakiti ayam. Tetapi jika
memotong dengan gunting , ia adalah lebih baik dan tidak menyakiti anak ayam.
Bulu juga atercabut sendiri apabila ayam bersalin bulu.
Tip kedua: Kita hendaklah cuba kurangkan pergerakan ayam. Makin banyak ayam bergerak makin banyak makanan (protein/karbohidrat) yang dibakar untuk daya gerak. Cuba kekalkan kandang yg kecil dan bersih supaya sentiasa sihat. Pergerakkan ayam yg terhad akan cepat menaikkan badan. Tetapi jgn terlalu obesiti pulak kerana ayam yg obesity akan senang diserang penyakit juga . Sekali sekala cuba lepas bebas utk stamina.
Tips ketiga, beri makan Nasi + Susu bayi +
Dedak ayam. Susu bayi amat baik untuk pertumbuhan tulang anak ayam. Walaubagaimana
pun tidak baik untuk poket kita kerana harganya.
Tips keempat, beri ikan rebus. Boleh beli
ikan yg reject atau yg dibuang di Pasar. Campurkan bersama nasi dan Dedak .
Tip kelima, Beri Vitamin yg boleh didapati
di kedai pets.
Tip ke enam, selalu berikan rumput atau sayur hijau.
Kesemua tip diatas sebagai info sahaja , anda
boleh mencuba kerana berdasarkan pengalaman dari otai otai diluar sana. Ilmu
bermanafaat yg dikongsi akan lebih bermanafaat
No comments:
Post a Comment