Ini ada satu tip berguna ketika nak menjodohkan pejantan dan induk betina yg tidak pernah mengenali satu sama lain. Kata orang tua tak kenal maka tak cinta, begitulah ayam juga. JAA ada pengalaman dimana si jantan membelasah si betina sehingga hampir mati. Si bantam Silver jantan memukul si Bantam gold betina teruk sekali. Inilah cabaran utama bg penternak utk mengacuk pelbagai variasi. Dalam proses untuk hasilkan variasi ayam kacukkan pelbagai jenis,Tip dibawah mungkin berguna untuk penternak. Lain padang lain belalang dan lain jenis ayam lain perangainya.
Berikut tip yg sangat berguna bagi mengatasi masalah dia atas:
1. Asing kedua dua induk selama satu minggu di tempat berasingan.
2. Pastikan si betina berada di sangkar utama yg hendak ditempatkan kedua-dua induk iaitu Reban pembiakan.
3. Manakala yg jantan pula berada disangkar sementara.
4. Setelah tempoh seminggu, masukkan si jantan kedalam sangkar betina, si betina akan agresif tetapi sementara sahaja sebab yg jantan lebih gagah.
5. Setelah sehari, kedua-dua akan mula berinteraksi satu sama lain. Seterusnya Si jantan akan mula mengawan apabila sudah serasi. Dan Si Betina akan mula bertelur kemudian.
Selamat mencuba. Insyaalah akan berjaya mengatasi jodoh ayam.
No comments:
Post a Comment