Monday 15 April 2013

Induk serama pertama telah tiba di JAA dan kaedah menambah koleksi ayam anda.? How to increased your your variation of your chicken.

Semalam JAA telah menerima seekor induk serama berwarna kuning dari seorang penternak yg telah lama melibatkan diri dalam ayam hiasan. Pertukaran degan ayam bantam emas secara suka sama suka. kaedah inilah yg selalu diguna pakai oleh penternak bagi  menambah koleksi variasi ayam mereka. Disamping itu juga kaedah ini berkesan untuk kesinambungan baka. Jika ada ancaman penyakit atau lain yg menyebabkan kepupusan , kita boleh mendapat kan kembali baka dari penternak lain yg telah membuat tukaran dgn kita jika keturunan ayam tersebut masih ada. Disamping itu juga ia lebih menjimatkan dan dapat mengeratkan siratul rahim dgn penternak lain. Ada beberapa kaedah yg digunakan oleh penternak:
1. Sistem ini di panggil sistem barter, tapi anda perlu lah sama sama redha dgn pertukaran ayam. .
Sistem barter merupakan sejenis sistem yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak dengan persetujuan bersama.
Sistem ini memberi manafaat kepada penternak bagi menambah koleksi ayam tanpa mengeluarkan wang yg banyak.
2. Sistem Pawah adalah satu sistem penternakan yang telah diamalkan sejak sekian lama di Malaysia,dimana tuanpunya ternakan akan memilih penternak untuk menternak dan membiakkan ternakan mereka dengan syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sebagai contoh, sepasang ayam bantam di berikan kepada penternak A dari penternak B sebagai pawah. Kedua-dua bersetuju bila menetas anak ayam , pembahagian 50:50. Apabila penternak A membela sehingga ayam bantam bertelur dan menetas , jika menetas 10 ekor maka 5 ekor akan menjadi milik penternak A dan 5 ekor menjadi milik penternak B. Kelemahannya ialah, jika ayam itu mati maka penternak A terpaksa menangung kerugian kerana ayam itu milik beliau.
3. Beli sendiri, habis cerita. Tapi kelemahan nya pula terpaksa mengeluarkan duit yg byk.

Apa-apa pun pilihan di tangan anda. Pilah dengan bijak.

No comments:

Post a Comment