Thursday, 4 April 2013

Ayam perlu rumput untuk sihat.

Pengalaman JAA apabila ayam, didapati tidak sihat, saya kan memberikan rumput bagi memberi vitamin pada ayam. Seperti makhluk lain,ayam memerlukan tumbuhan bagi membekalkan vitamin yg diperlukan olehnya. Oleh itu langkah yg paling senang dan murah. JAA memberikan kesemua ayam yg dewasa rumput selaput tunggul dan rumput israel. Kedua-dua jenis rumput ini senang didapati kerana tumbuh meliar dekat tepi rumah.Sila lihat dibawah. 
 
Rumput Selaput tunggul, mungkin dapat nama disebabkan semua tunggul diselaputinya kot?
 
 
Rumput israel, tak tau la cam na boleh dapat nama ni. Nama ganas tapi berguna.
 
 
 

Hubungan antara Manusia,Tumbuhan dan Haiwan saling berkaitan.Ketiga komponen alam ini saling berinteraksi antara satu sama lain..Saling memerlukan antara satu sama lain.Interaksi biologi menjalin dengan antara komponen ini.Itulah bukti kekuasaan Allah dan aturanNya.
Walau pun kita memberi makan dedak saja, itu masih belum cukup kerana ayam masih memerlukan tumbuhan hijau sebagai gizi seimbang. Sama seperti kita yg memerlukan sayuran hijau untuk kesihatan.
Proses fotosintesis tumbuhan ialah proses di mana tumbuhan membina makanannya sendiri. Makanan dibina oleh daun hijau dengan syarat terdapat kehadiran gas karbon dioksida dan cahaya matahari.
 
Ayam bantam kacuk sedang menikmati rumput segar hasil tepi rumah.
 
Para penternak, cubalah cara in insyaallah ayam anda akan sihat .
Wasallam.
 
 
 

1 comment:

  1. Rumput Israel dpt nama sbb kalau tanam rumput Tu, rumput lain X mampu hidup... Kn kejam tindakan Tu... Sama la mcm Israel...hahaha

    ReplyDelete