Sunday, 28 April 2013

Ternakan di vaksin sekali lagi.

Semalam, 28/4/2013 semua ayam di reban saya divaksin bagi sampar(ND) dan Broncitis . Vaksin di tempah dari Pet Kg Pelet. Seperti yg lepas ramai akan bertanya dimana lokasi kedai pet tersebut. Jika anda pernah ke Restoran Puncak Mutiara, mungkin anda akan sedar berdekatan  simpnag "T" ada sebuah kedai Pet disitu. JAA merupakan pelanggan tetap dan antara yg terawal membeli dedak dan ubatan ayam disitu.
Cara membancuh / menyediakan ubat pernah di siarkan di blog ini. Sila rujuk artikel terdahulu.
Vaksin semua ayam JAA

Monday, 15 April 2013

Induk serama pertama telah tiba di JAA dan kaedah menambah koleksi ayam anda.? How to increased your your variation of your chicken.

Semalam JAA telah menerima seekor induk serama berwarna kuning dari seorang penternak yg telah lama melibatkan diri dalam ayam hiasan. Pertukaran degan ayam bantam emas secara suka sama suka. kaedah inilah yg selalu diguna pakai oleh penternak bagi  menambah koleksi variasi ayam mereka. Disamping itu juga kaedah ini berkesan untuk kesinambungan baka. Jika ada ancaman penyakit atau lain yg menyebabkan kepupusan , kita boleh mendapat kan kembali baka dari penternak lain yg telah membuat tukaran dgn kita jika keturunan ayam tersebut masih ada. Disamping itu juga ia lebih menjimatkan dan dapat mengeratkan siratul rahim dgn penternak lain. Ada beberapa kaedah yg digunakan oleh penternak:
1. Sistem ini di panggil sistem barter, tapi anda perlu lah sama sama redha dgn pertukaran ayam. .
Sistem barter merupakan sejenis sistem yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak dengan persetujuan bersama.
Sistem ini memberi manafaat kepada penternak bagi menambah koleksi ayam tanpa mengeluarkan wang yg banyak.
2. Sistem Pawah adalah satu sistem penternakan yang telah diamalkan sejak sekian lama di Malaysia,dimana tuanpunya ternakan akan memilih penternak untuk menternak dan membiakkan ternakan mereka dengan syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sebagai contoh, sepasang ayam bantam di berikan kepada penternak A dari penternak B sebagai pawah. Kedua-dua bersetuju bila menetas anak ayam , pembahagian 50:50. Apabila penternak A membela sehingga ayam bantam bertelur dan menetas , jika menetas 10 ekor maka 5 ekor akan menjadi milik penternak A dan 5 ekor menjadi milik penternak B. Kelemahannya ialah, jika ayam itu mati maka penternak A terpaksa menangung kerugian kerana ayam itu milik beliau.
3. Beli sendiri, habis cerita. Tapi kelemahan nya pula terpaksa mengeluarkan duit yg byk.

Apa-apa pun pilihan di tangan anda. Pilah dengan bijak.

Tuesday, 9 April 2013

Tip ketika membuat penyesuaian induk jantan dan betina.

Ini ada satu tip berguna ketika nak menjodohkan pejantan dan induk betina yg tidak pernah mengenali satu sama lain. Kata orang tua tak kenal maka tak cinta, begitulah ayam juga. JAA ada pengalaman dimana si jantan membelasah si betina sehingga hampir mati. Si bantam Silver jantan memukul si Bantam gold betina teruk sekali. Inilah cabaran utama bg penternak  utk mengacuk pelbagai variasi. Dalam proses untuk hasilkan variasi ayam kacukkan pelbagai jenis,Tip dibawah mungkin berguna untuk penternak. Lain padang lain belalang dan lain jenis ayam lain perangainya. 
Berikut tip yg sangat berguna bagi mengatasi masalah dia atas:
1.       Asing kedua dua induk selama satu minggu di tempat berasingan.
2.       Pastikan si betina berada di sangkar utama yg hendak ditempatkan kedua-dua induk iaitu Reban pembiakan.
 
3.       Manakala yg jantan pula berada disangkar sementara.
 
4.       Setelah tempoh seminggu, masukkan si jantan kedalam sangkar betina, si betina akan agresif tetapi sementara sahaja sebab yg jantan lebih gagah.
 
5.       Setelah sehari, kedua-dua akan mula  berinteraksi satu sama lain. Seterusnya Si jantan akan mula mengawan apabila sudah serasi. Dan Si Betina akan mula bertelur kemudian.

 

Selamat mencuba. Insyaalah akan berjaya mengatasi jodoh ayam.  

Sunday, 7 April 2013

Terima kasih kepada pembaca.

Disini saya inginn megucapkan terima kasih kepada semua pembaca, bloger dan lain lagi yg telah menjadikan Blog JAA mencapai 10,000 pononton. Walaupun bukan 1 Juta, sekurang-kurangnya ia satu pencapaian baik buat saya. Dimasa hadapan JAA akan lebih memuatkan lebih banyak rencana yg berguna pada semua. Dengan perkongsian dengan penonton berdasarkan pembacaan dan pengalamanan sebenar JAA telah mendapat maklum balas positif dari semua. banyak juga pangillan telefon dan e-mail untuk bertanya mengenai ternakan ayam. Setakat ini semua comment, feedback, mail dan telefon dijawab dgn jayanya. 
Terima kasih semua

Thursday, 4 April 2013

Ayam perlu rumput untuk sihat.

Pengalaman JAA apabila ayam, didapati tidak sihat, saya kan memberikan rumput bagi memberi vitamin pada ayam. Seperti makhluk lain,ayam memerlukan tumbuhan bagi membekalkan vitamin yg diperlukan olehnya. Oleh itu langkah yg paling senang dan murah. JAA memberikan kesemua ayam yg dewasa rumput selaput tunggul dan rumput israel. Kedua-dua jenis rumput ini senang didapati kerana tumbuh meliar dekat tepi rumah.Sila lihat dibawah. 
 
Rumput Selaput tunggul, mungkin dapat nama disebabkan semua tunggul diselaputinya kot?
 
 
Rumput israel, tak tau la cam na boleh dapat nama ni. Nama ganas tapi berguna.
 
 
 

Hubungan antara Manusia,Tumbuhan dan Haiwan saling berkaitan.Ketiga komponen alam ini saling berinteraksi antara satu sama lain..Saling memerlukan antara satu sama lain.Interaksi biologi menjalin dengan antara komponen ini.Itulah bukti kekuasaan Allah dan aturanNya.
Walau pun kita memberi makan dedak saja, itu masih belum cukup kerana ayam masih memerlukan tumbuhan hijau sebagai gizi seimbang. Sama seperti kita yg memerlukan sayuran hijau untuk kesihatan.
Proses fotosintesis tumbuhan ialah proses di mana tumbuhan membina makanannya sendiri. Makanan dibina oleh daun hijau dengan syarat terdapat kehadiran gas karbon dioksida dan cahaya matahari.
 
Ayam bantam kacuk sedang menikmati rumput segar hasil tepi rumah.
 
Para penternak, cubalah cara in insyaallah ayam anda akan sihat .
Wasallam.