Sunday, 27 March 2016

Baka Ratu terbaru.

Setelah Pembaka 8 mati disebabkan perlawana tanpa pengadil kerana kecuai sendiri. JAA telah membawa masuk semula spesis ini bagi  tujuan pembiakkan.


Harap Ekor akan menjadi seperti  Pembaka 8 yg telah mati. Hasil dari R&D Otai  LHK pelbagai variasi warna telah dihasilkan. Warna Kuning Ekor Hitam (Lung Hang Pre Dam).


 harap dapat menbiak dgn banyak disini.

Sunday, 20 March 2016

Teknik memotong bulu untuk tumbesaran maksima baka LHK.

Sayap dan ekor hendaklah dipotong 1/3 daripada panjang asal.




Cara Memotong Sayap.


Sebelum




Selepas




Cara Memotong ekor.


Sebelum




Selepas






LHK nak muda yg telah di kurung kerana aktif mengejar ibu ganoi.







Thursday, 17 March 2016

Potong Bulu sayap dan bulu ekor untuk Tumbesaran maksima.


Menurut petua dari seorang otai, bagi memastikan tumbesaran yg maksima, anak LHK perlu dilakukan beberapa langkahnya diantaranya, dengan memotong serta buang beberapa bulu ayam. Bulu ayam yang banyak bakal menyedut zat zat makanan yg penting seperti kalsium untk pembinaan tulang yg baik dan pembesaran yg ideal. Apabila  anak ayam berumur 3 minggu keatas, hujung sayapnya di potong supaya tak tumbuh panjang. Jika ekor telah panjang juga hendaklah dipotong pendek. Bagi ayam yang berumur 2 bulan keatas bulu punggung dan leher dicabut jugak di cabut keseluruhnya,ada juga yg mencabut pangkal paha serta bahu. Salah satu kelebihan pembuangan beberapa bulu ayam juga adalah  untuk mempertebal kulit-kulit di bahagian yang dicabut itu hingga lebih tidak tipis serta menjadi keras dan kebal. Proses mencabut bulu amat tidak digalakkan kerana ia akan menyakiti ayam. Tetapi jika memotong dengan gunting , ia adalah lebih baik dan tidak menyakiti anak ayam. Bulu juga atercabut sendiri apabila ayam bersalin bulu.

Tip kedua: Kita hendaklah cuba kurangkan pergerakan ayam. Makin banyak ayam bergerak makin banyak makanan (protein/karbohidrat) yang dibakar untuk daya gerak. Cuba kekalkan kandang yg kecil dan bersih supaya sentiasa sihat. Pergerakkan ayam yg terhad akan cepat menaikkan badan. Tetapi jgn terlalu obesiti pulak kerana ayam yg obesity akan senang diserang penyakit juga . Sekali sekala cuba  lepas bebas utk stamina.





Tips ketiga, beri makan Nasi + Susu bayi + Dedak ayam. Susu bayi amat baik untuk pertumbuhan tulang anak ayam. Walaubagaimana pun tidak baik untuk poket kita kerana harganya.


Tips keempat, beri ikan rebus. Boleh beli ikan yg reject atau yg dibuang di Pasar. Campurkan bersama nasi dan Dedak .

Tip kelima, Beri Vitamin yg boleh didapati di kedai pets.

Tip ke enam,  selalu berikan rumput atau sayur hijau.
Kesemua tip diatas sebagai info sahaja , anda boleh mencuba kerana berdasarkan pengalaman dari otai otai diluar sana. Ilmu bermanafaat yg dikongsi akan lebih bermanafaat

Tuesday, 15 March 2016

Leung Hang Khau (LHK) terbaru kategori Pertandingan.











Kami telah Berjaya membawa sepasang LHK kategori ratu ke JAA. Baka dari susurgalur LHK tulen yg telah menempa nama dalam arena Ratu di Narathiwat , Thailand. Baka ini di ambil dari seorang Otai disini .



Gambar bapanya (import)




Gambar Ibunya (Import)






Diharap baka ini akan dapat menyesuaikan diri di sini dan membiak dgn banyak supaya dapat dikongsi dgn peminat lain.

Sunday, 13 March 2016

Projek LHk yg dalam proses pembiakkan.

LHK yg sedang dibiakkan telah mula galak kepada betina, masih muda. Diharapkan akan menghasilkan baka gred A sekor dua pun jadilah.
Ekor putih yg makin lama makin keluar, kebiasaan nya selepas salin bulu lebih banyak akan keluar warna putih. Mengikut petua otai, basarkan ayam sehingga kesejukkan dan cabut biulu ekor satu persatu supaya bulu yg baru akan naik. Tapi kami JAA tidak sanggup berbuat demikian, biarlah salin bulu sendiri. Konsep kami, ayam utk dibelai bukan untuk disakiti.

Thursday, 10 March 2016

Anak ekor serai yg byk menetas sekarang di Reban 1

Pada masa ini,anak ekor serai byk menetas sekarang dan kepada yg berminat boleh munghubungi kami. Stok terkini hampir 50 ekor. Setakat ini baka in telah di hantar keseluruh semenanjung .


Anak yg sedang dibela dalam kotak didik sebelum di lepaskan pada ibu .
Bg anak sebulam kebawah, kami hanya menjual kepada yg dating mengambil sendiri shj, tiada pos kerana tahap umur masih tidak sesuai utk penghantaran jauh.

Monday, 7 March 2016

Lumpuh Karena Kekurangan Vitamin

Vitamin memiliki peranan penting untuk kesihatan ayam sabung diantaranya adalah kalsium dan zat besi. Kekurangan zat besi dan kalsium dapat menyebabkan kelumpuhan pada ayam-ayam yang masih usia muda. Ayam  yang biasa dipelihara secara bebas dan  berkeliaran jarang terkena penyakit ini kerana mendapat vitamin, kalsium dan zat besi secukupnya dari tumbuh-tumbuhan yg dimakan mereka . Namun ayam sabung yang dipelihara pada kandang agak terbatas dan berkemungkinan mengalami kekurangan zat tersebut jika tidak  diberi makan berkhasiat.
Untuk mengatasi kelumpuhan karena kekurangan kalsium dan zat besi ini langkah terbaik adalah melakukan pencegahan dengan memberikan makanan cukup kalsium dan zat besi. Dedak yg berkhasiat dan rumput segar yg diberikan akan menampung kekerangan zat dan nutrient ayam.
 Untuk ayam yang sudah mendapat simptom ini,  kekurangan zat zat tersebut bisanya diberikan suplemen kalsium dan mineral tambahan yang dicampur pada makanan atau minuman. Dalam post sebelum ini JAA ada berkongsi tip memulihkan ayam yg lumpuh.

Semasa bertelur , ayam memerlukan zat kalsium yg tinggi , ini merupakan salah satu sebab mengapa ayam penelur senang mendapat penyakit ini. Bagi ayam penelur, kalsium tambahan diberikan dengan cara memberi kulit telur yg ditumbuk halus , tulang sotong, pil pil yg boleh dibeli di farmasi.

Sunday, 6 March 2016

Lumpuh makin pulih

Alhamdulillah, setelah mengikut beberapa petua dari Otai otai, kombinasi ubat Cegah lumpuh, Kalsium dan ulat roti, ayam Pilipina putih telah mula bangun dan beransur pulih.


Ayam Filipina kuning telah mula menunjukkan tanda tanda akan bertelur lagi. Kali ini ia mengikut LHK, JAA juga tenantikan hasil yg akan keluar nanti baka Filipina berwarna LHK.



LHK yg kian membesar di JAA.



Tuesday, 1 March 2016

Mencegah dan merawat ayam Filipina yg lumpuh.


 

Ayam Filipina senang menjadi kaki lumpuh dan krem. Ini disebabkan kekurangan kalsium didalam badan. Bagi yg sedang bertelur, kebarangkalian adalah lebih tinggi, setakat in ini kejadian kedua ibu ayam Filipina lumpuh ketika bertelur.

Induk Filipina putih yg lumpuh ketika bertelur.



Ubat ini amat berkesan sekiranya diberikan ketika proses pemesuman 2 pembiakkan. Ia akan mencegah daripada lumpuh semasa bertelur kerana mempunyai kalsium dan Vitamin B untik tulang dan urat saraf. 










Kalsium pula diberikan ketika ayam lumpuh, sebiji siang dan sebiji malam bg ayam dewasa.




Diharap perkongsian ini akan berguna bagi penternak lain.


Mencegah dan merawat ayam Filipina yg lumpuh.


 

Ayam Filipina senang menjadi kaki lumpuh dan krem. Ini disebabkan kekurangan kalsium didalam badan. Bagi yg sedang bertelur, kebarangkalian adalah lebih tinggi, setakat in ini kejadian kedua ibu ayam Filipina lumpuh ketika bertelur.

Induk Filipina putih yg lumpuh ketika bertelur.



Ubat ini amat berkesan sekiranya diberikan ketika proses pemesuman 2 pembiakkan. Ia akan mencegah daripada lumpuh semasa bertelur kerana mempunyai kalsium dan Vitamin B untik tulang dan urat saraf. 










Kalsium pula diberikan ketika ayam lumpuh, sebiji siang dan sebiji malam bg ayam dewasa.




Diharap perkongsian ini akan berguna bagi penternak lain.