Monday, 28 December 2015

Hasil pertama anak reban.

Ini lah hasil pertama anak reban yg tinggal, Ganoi Batik.
Diharap kami akan menghasilkan lebih banyak lagi baka ini utk menjadikan bakan JAA mampu milik.

Saturday, 26 December 2015

Ayam Filipina yg telah dipesum telah berjaya menghasilkan telur

JAA amat gembira dengan kejayan menghasilkan telur ayam Filipina Cross dan asli. Pada masa sekarang 6 biji telur Ayam Filipina x Ayam sabung Ratu ekor panjang Berjaya dihasilkan dan dalam proses pengeraman. Dijangkan minggu pertama akan menetas.
Manakala baka ayam Filipina Ori juga telah menghasilkan 5 biji telur. Dan masih bertelur lagi. Pihak kami tidak tahun berapa biilangan telur dihasilkan semasa proses bertelur ayam Filipina. Kami akan cuba membuat kajian sedikit utk rujukan penternak lain pada masa akan datang.
 
Bapa
 
 
Ibu
 
 
 
Telur yg dihasilkan semasa 4 biji.

Monday, 21 December 2015

Kaedah Penyilangan Baka ( Line Breeding) utk hasil yg bermutu.















Bagi penternak, baka bapa merupakan salah satu yg penting untuk diambil kira bg tujuan pembiakkan , walaubagaimanapun darah ibu juga perlulah diambil kira. Bagi ibu yg baik, ia akan mampu meghasilkan anak anak yg mempunyai sifat yg sama seperti bapa atau lebih dikenali mesin Photostat.


Kaedah penyilangan bagi mengekalkan keaslian darah bapa. Seperti carta di atas seekor bapa  akan di pesum dengan 4 ibu yg ber beza .  Bapa A dan Ibu a, b, c, dan d. Ini akan melahirkan generasi pertama yg di panggil anak .


Bapa A dan Ibu a  akan meghasilkan anak Aa


Bapa A dan Ibu b  akan meghasilkan anak Ab


Bapa A dan Ibu c  akan meghasilkan anak Ac


Bapa A dan Ibu d  akan meghasilkan anak Ad


Nota: pesum bg anak yg sama bapa dan ibu tidak digallakan kerana akan menghasilkan baka yg kurang bermutu.


Seterusnya, anak yg dari ibu yg berbeza tetapi sama bapa akan dipesum sekali lagi bagi menghasilkan Cucu atau F1.


Aa dan Ab akan meghasilkan Anak F1 (Aa + Ab)


Ac dan Ad akan meghasilkan Anak F1 (Ac + Ad)


 


Kemudian , cucu dari hasil


Anak F1 (Aa + Ab)   dan      F1 (Ac + Ad) kan menghasilkan F2 (A)


 


Bagi kaedah diatas tidak akan berlaku penyilangan benih yg sama  (adik beradik ) dan dapat menghasilkan baka yg lebih bermutu


 

Wednesday, 16 December 2015

Sejarah keturunan Ayam Filipina Juara dan sifat Fizikal




 

Roundhead : Ada beberapa strain dari jenis ini antara lain Allen Roundhead, Bruner Roundhead, Alabama Roundhead, Boston Roundhead, Cowan Roundhead dan yang paling banyak adalah Lacy Roundhead. Lacy Roundhead dihasilkan oleh Judge Ernest Lacy dari Jasper, Alabama pada sekitar tahun 1916. Secara umum karakteristik dari gaya bertarungnya smart, kuat dengan akurasi pukulan yang sangat bagus.

 

Fizikal :  Warna bulu merah dengan sebahagian besar balungnya pendek/ balung batu (ada beberapa sub strain seperti Dan Gray yg kadang berbalung lebar/ sisir), Warna kaki putih dan kuning dengan sedikit hitam pada tajinya,

 

Hatch : Jenis ini dihasilkan pertama kali oleh Sandy Hatch pada tahun 1900-an dari hasil persilangan Whitehackle dan Brownred, selanjutnya jenis ini berkembang sangat banyak menjadi beberapa sub strain seperti Mclean Hatch, Ruble Hatch, Givens Hatch, Gilmore Hatch, dll. Gaya bertarungnya agresif dengan pukulan yang keras, ground fighter and deep gameness.

 

Fizikal: Warna bulu merah dan berkaki gelap (Hijau atau Biru)  terkecuali Yellow Leg Hatch sebagai sub strain tersendiri.

 

Kelso : Jenis ini dihasilkan pertama kali oleh Walter Kelso dengan menyilangkan beberapa jenis seperti Typewriter, McClanahan, Murphy's, Whitehackle dan Clipper. Sekarang ini susur galur yg terkenal adalah Jumper Kelso dan Cardinal Kelso.

Fizikal: Warna bulu merah gelap dan berbalung sisir, kaki sebahagian besar berkaki kuning.

 

Gaya bertarungnya cepat dan memiliki breaking yang bagus.

 

 

Fizikal: Warna bulu merah dengan kaki putih dan kuning, balung sebahagian besar balung sisir dan ada beberapa yg balung batu

 

Claret : Jenis ini pertama kali diperkenalkan oleh Col. Madigin dan sekarang ini sub strain claret yang terkenal adalah Ray Alexander Claret, Joe Walcott Claret, H.H. Moore Claret dan Griffin Claret.

Gaya bertarungnya clever, single strokers dan akurasi pukulan yang bagus.

 

Fizikal: Warna bulu merah gelap dan berbalung sisir, kaki sebagian besar putih dengan beberapa sub strain yg berkaki kuning.

 

Grey : Jenis ini berasal dari England dan kemudian oleh beberapa breeder disilangkan dengan jenis lain yang membentuk beberapa strain dan sub strain sampai sekarang seperti Harold Brown Grey, Law grey, Frost grey, Joe Goode grey, Madigin grey dll.

Fizikal: Warna bulu hijau dan lebih banyak yang straight comb dengan warna kaki yang beragam.

Gaya bertarungnya smart dengan pukulan keras dan akurat, grey juga dikenal memiliki nyali yang besar.

                   

Lemon : Jenis ini dihasilkan pertama kali oleh Duke Hulsey dengan menyilangkan Bucher, Claret dan Hatch, kemudian pada tahun 1960-an dikembangkan oleh Paeng Araneta di Philippine, sejak itu jenis ini sangat terkenal sampai sekarang. Ada beberapa strain dari lemon seperti Lemon 84, Bachoy lemon, Guapo Lemon, Trebol Lemon, Lancey Lemon, Thypoon Lemon, dll .

Gaya bertarungnya smart dengan pukulan yang sangat akurat.

 

 

Fizikal: Warna bulu merah terang dengan sebagian besar berkaki kuning, sebagian besar balung sisir.

 

Butcher : Jenis ini dihasilkan oleh Phil dan Bill Marsh tahun 1915 dari hasil persilangan Speeders dan Whitehackle,

Keunggulan utamanya adalah akurasi pukulan yg sangat baik.

 

Fizikal: Warna hitam/brassback atau merah dan kadang rinting, dengan kaki kuning atau putih dan hampir semuanya straight comb.

 

Whitehackle : Jenis ini merupakan salah satu bloodlines tua yang masih bertahan sampai sekarang, sebagian besar bloodlines yang ada saat ini mengandung 'darah' dari jenis ini. Whitehackle dipercaya berasal dari Irlandia yang kemudian dikembangkan di USA pada tahun 1800-an.

Keunggulan utamanya adalah akurasi pukulan dan gameness.

 

Fizikal: Warna bulu merah, merah bitnik putih dan rinting dengan banyak warna putih disayap, leher dan ekor.

 

Mcrae : Jenis ini dikembangkan oleh William Mcrae dari hasil persilangan Nigger Roundhead dengan Kelso, jenis ini memiliki 2 strain yaitu Red Mcrae dan Black Mcrae, tetapi black mcrae lebih banyak dikembangkan sampai sekarang. Mcrae yang terkenal saat ini banyak dihasilkan oleh breeder dari negara bagian Texas (Bobby Jones dan Mel Sims) dan Hawai (R. Torres).

Gaya bertarungnya agresif dengan banyak pukulan tetapi sedikit lemah dari sisi akurasi pukulan.

 

Fizikal: Warna bulu hitam dengan sedikit merah disekitar leher atau merah dengan sayap berwarna hitam atau merah gelap dan Kaki berwarna hitam.

 

Sweater : Nama Sweater berasal dari breeder bernama Sweater Mcginnis, jenis ini dikembangkan melalui tangan beberapa orang breeder seperti Walter Kelso, Cecil Davis, Ira Parks, Roy Brady, Sonny Ware, Odis Chappell dan kemudian Carol Nesmith. Sweater mulai sangat terkenal ditangan Carol Nesmith (Blackwater Farm) yang berhasil memenangkan banyak kejuaraan di USA dan terutama di Philippine, jenis inilah yang menggusur kejayaan Lemon di Philippines pada awal tahun 1990-an dan bertahan menjadi bloodlines yang paling banyak digemari sekarang ini. Breeder lain yang juga mengembangkan sweater adalah Bruce Barnett, Dink Fair dan Joe Sanford. Ada 2 jenis sub strain sweater yaitu Possum line dan 5K line.

Sweater memiliki gaya bertarung agresif dan cepat, sangat baik dicross dgn jenis yang memiliki pukulan akurat.

Fizikal: Warna bulu merah terang, sebagian besar balung batu dan berkaki kuning.

 

Diharapkan suatu hari nanti baka dari  JAA akan termasuk dalam senarai diatas.

 

JAA: Nama berasal dari Jarak Atas Agrofarm. Baka kurik emas di kembangkan bersama betina putih , Coklat gelap dan Kuning di biakkan di reban Jarak Atas oleh saya En Zaki, ayam yg sangat cantik dgn ekor pacak  dan panjang. Sesusai untuk dibela sebagai hobi dan haiwan peliharaan.

 

Fizikal: Warna bulu merah terang, Kurik, Putih dan Oren. Berbalung batu dan sisir dan berkaki kuning , Hitam  dan Putih.

 

Berdasarkan  kajian yg dibuat melalui pemerhatian kami , warna ayam Filipina yg paling digemari majoritinya berwarna bulu merah terang berekor hitam dan berbalung sisir. Walaubagaimana pun ada juga warna lain yg diminati kerana bukan semua dipertandingkan.

 

Ramai disemananjung Malaysia membiak baka ini untuk sebagai haiwan kesayangan (pet). Di JAA kami cuba mambiak baka ini bg menghasilkan baka Filipina original yg bermutu dan mempunyai nilai estetika.

Kaedah penyilangan dengan baka yg lain telah menghasilkan baka-baka yg bermutu dan berkualiti.

 


 

Monday, 14 December 2015

Apakah itu ayam batang kaki, hujung dan pisau?


Ramai yg bertanya tentang maksud batang kaki , hujung dan pisau.


Sebagai matlumat kepada semua, berikut adalah Jenis-jenis ayam laga Di Malaysia


  • Ayam Hujung Tanduk: mengunakan tanduk kambing hutan yang dibentuk menjadi seakan taji asli. Sudah jarang di mainkan.
  • Ayam Hujung Besi/ Nike: mengunakan besi yang dibentuk menjadi seakan taji . Ayam akan mudah rosak walaupun menang kerana kecerderaan. Pertarungan juga cepat kerana besi yg dipasang akan menyebabkan lawan mengalami kecerderaan teruk. Yg kalah akan lebih berpeluang untuk mati. Akan tetapi yg menang juga akan mati selepas kemenangan disebabkan kecerderaan yg parah.
  • Ayam Taji Asal: hanya menggunakan taji asli yang terdapat pada kaki ayam laga (tidak dipotong atau ditambah dengan taji buatan tetapi kadang kadang diasah menjadi tajam).
  • Ayam Batang Kaki: ayam ini pula tergolong dalm 2 jenis iaitu ayam yang tidak mempuyai taji dari asal (ayam gusi) dan ayam yang tajinya dipotong. Pertarung juga lambat habis dan memerlukan stamina yg tinggi bagi meneruskan pertarungan yg panjang. Ayam tidak rosak dan boleh dipulihkan balik melalui rawatan yg betul.

  • Ayam Pisau: hanya mengunakan pisau yg diletakkkan pada kaki. Ayam filipina merupakan jenis ayam pisau. . Pertarungan juga cepat kerana pisau besi yg dipasang akan menyebabkan lawan mengalami kecerderaan teruk seterusnya mati. Pertarungan hidup mati.
    Nasihat kami: Ayam untuk dibelai, bukan untuk disakiti.
Nota: Rujukan dari internet dan diolah kembali

Saturday, 12 December 2015

Perkembangan terkini Projek Ganoi Mampu milik.

Seperti biasa kami akan menghasil kan baka bermutu untuk dikongsi bersama peminat ayam sabung dengan harga mampu milik. Ganoi antara baka yg berharga tinggi. Tapi kami di JAA cuba menghasilkan baka ini secara banyak dan harga mampu utk dikongsi dgn peminat ayam sabung.
 
 Bapa utama yg merupakan penghulu reban di Reban 2 (R2).
 
 

 
Ibu ibu yg melayani bapa



 
Padang Ragut utk ragut rumput bagi ayam yg dibela secara lepas bebas.
 
 
Bapa Ganoi yg sedang meragut rumput.
 
 
Telur yg berada didalam incubator
 
Telur yg telah ditempah sedang dikutip utk pelanggan.

Lawatan ke Zoo Taiping , Perak.

Pada minngu lalu kami telah melawat Zoo Taiping bagi menambah ilmu mengenai binatang dan unggas.
 
Makan dulu sebelum masuk supaya tidak lapar semasa lawatan.
 
 
Begambar didepan pintu masuk
 
 
 
Naik keretapi Zoo
 
 
Melihat binatang dengan lebih dekat.
 

Monday, 7 December 2015

Induk Betina ayam Filipina Texas Original / Sabong Pilipin.

Kami telah berjaya membawa masuk induk betina Texas berwarna putih dan Coklat bagi tujuan pembiakkan di Reban II JAA.
Diharap pada masa hadapan Farm kami merupakan Farm yg dikenali pengeluaran baka Filipina bermutu tinggi untuk tujuan haiwan kesayangan.
Pihak kami tidak terlibat dalam pertarungan cuma matlamat kami adalah ayam utk "pet".

Induk Putih mulus ( Wjhite clarets)
 
 
 
Coklat Perang ( Biring)
 
 
 Merah Oren
 
 
 
 Penghulu Pilipina @ Texas ( Burik )
 

Pihak kami cuba untuk menghantar telur ayam sabung siam  & Ganoi ke Sabah dan Serawak kerana kami menerima banyak pangilan dan sms bertanya mengenai penghantaran keSabah dan Serawak.

Wednesday, 25 November 2015

Awas penipu ini. Asmawi bin Muhamad Nor

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua .
 Sila berhati hati dengan penjual ayam eksotik yg bernama Asmawi b Muhamad Nor .Seorang sahabat dah terkena. Modus operandi. Mengiklan di mudah.Apabila di telefon akan mengatakan stok ready dan akan hantar sendiri secepat mungkin. Diminta buyer untuk bank in secepat mungkin kerana stok terhad. Dia akan whatapps gambar dia untuk yakinkan buyer. Sila lihat dibawah. Selepas itu tiada ayam yg dihantar kepada buyer walaupun selepas seminggu. Bila di telefon iakan mengatakan akan refund balik duit, tetapi sampai beberapa hari masih tidah berbuat demikian. selepas itu talian telefon beliau juga tidak di aktif. sehingga sekarang gagal dihubungi.
Nama: Asmawi b Muhamad Nor
Maybank: 1641 6498801
Bagi yg ada matlumat sila PM saya.



Alamat tempat tinggal: Rumah Murah PKNS Beranang, Selangor.


Nama nama yg digunakan adalah nama adik perempuan beliau . Beberapa orang sahabat telah telefon adik beliau dan mereka tidak mahu masuk campur kerana ramai yg sedang mencari. Gambar diatas disah kan betul oleh beberapa kenalan beliau.
 Nota: Post ini kan terus berada di blog saya sehingga dia memulangkan duit kepada sahabat tersebut..
 
 Pada 1 Disember 2015 , satu laporan polis telah dibuat untuk tindakkan selanjutnya bagi mengelakkan beliau terus menipu orang lain.



Bunga raya untuk dijual

Ayam milik otai untuk dilepaskan
RM 250 siap pos.



Fasa 2: Ayam Filipina Baka Texas untuk di kacukkan dengan baka Sweeter ( Pure battle stag) utk 2016

JAA telah Berjaya membawa masuk baka Ayam Filipina Texas untuk tujuan pembiakkan pada masa hadapan. Ayam Filipina menjadi kesukaan kerana ekornya yg pacak dan dibela sebagai haiwan kesayangan.




Betina baka Ayam sabung Filipina Sweeter (Serawak) hasil anak reban sebelum ini.


Jantan  baka Ayam sabung Filipina  Texas ( Serawak)










jantan mempunyai ekor yg pacak dan menarik.

Diharap akan menghasilkan baka ayam filipna yg cantik dan menarik.





Sunday, 15 November 2015

terima kasih kerana melayari blog saya 200,000 pelawat.

Sudah lama tidak membuka dan meng up date  blog ini , terkejut juga bila lawatan pelawat mencecah 200, 000 . Sebelum ini pihak kami menghadapi masalah dalam meng update blog ini kerana ada pop up yg menghalang.
walaupun cuma 200K ini merupakan pencapaian terbaik kami.


Sila add friend di Facebook: Jarak Atas Agrofarm


Program vaksin berjadual Nov 2015 .

Alhamdulillah telah selamat dan selesai memberi vaksin di Reban Kg Besar dan Jarak Atas. Vaksin secara berjadual penting untuk kesihatan ayam dan kepuasan hati pelanggan kami. Ayam yg di vaksin akan lebih kebal terhadap Sampar (ND) dan IB.

Wednesday, 7 October 2015

Monday, 16 March 2015

Jenis jenis utama ayam Saigon/ Ganoi:



Bagi 2016 kami (JAA) mensasarkan, kami akan menghasilkan baka Saigo/ Ganoi mampu milik bagi pasaran semenanjung Malaysia. Pihak kami telah berjaya mendapat 3 jenis dari 4jenis utama Saigon/ Ganoi bagi tujuan pembiakkan. Hasil rujukan dari internet JAA mendapat info yg berguna.


 
Dewasa ini penampilan ayam Saigon/ Ganoi dibezakan kepada 4 jenis utama :


1.    Ayam Saigon/ Ganoi Gundul @ Botak ( Sejak lahir memang sudah gundul) kadang kala di panggil Madagascar. Ada di JAA 3 ekor dara yg dalam proses tumbesaran.


2.    Ayam Saigon/ Ganoi Berbulu Normal (Bulu seperti ayam sabung yg lain). Ada di JAA seekor induk Jantan untuk pembiakkan.


3.    Ayam Saigon/ Ganoi Berbulu nipis Normal (bulu disekitar leher sangat nipis sehingga kulit boleh terlihat.) Telah menjadi pembaka utama @ penghulu reban.


4.    Ayam Saigon/ Ganoi Berbulu Betina . dalam perhatian kami untuk pencarian benih seterusnya.


Harapan kami agar semua pembaka akan Berjaya dibiakkan.




1.    Ayam Saigon/ Ganoi Gundul @ Botak .




2.    Ayam Saigon/ Ganoi Berbulu Normal.




3.    Ayam Saigon/ Ganoi Berbulu nipis Normal.





Saturday, 7 March 2015

Reban 2 utk pembaka Ayam Ganoi Ori dan Madagascar.

Di JAA kami telah mengasingakan baka Ganoi ori direban 2 bagi memberi peluang kepada baka ini berkembang biak utk menghasilkan baka Ganoi mampu milik. Pada masa sekarang 10 ibu import dan local diletakkan untuk tujuan pesum bg menghasilkan anak anak ganoi dalam kuantiti yg banyak.
Diharapkan baka ini akan berjaya dikembang biakkan.

Monday, 16 February 2015

Induk ayam Ganoi Ori untuk pembakaan.

JAA dalam proses membiak baka baka Ganoi Ori , diharapkan baka ini akan membiak dengan baik disin.



Thursday, 5 February 2015

Induk Ganoi Ori import dr otai

Bg menghasilkan baka Ganoi yg bermutu, JAA telah berjaya mendapat Induk Ganoi Ori import dr otai. Walaupun agak hodoh, baka ini menjadi pilihan pengemar batang kaki kerana tubuh dan tulang yg mantap. Sekarang dlm proses bertelur dan harap dapat sekor dua utk pembiakkan.



Ekor ayam ratu yg makin penuh sekarang.

Tuesday, 3 February 2015

Ayam Induk Filipin ( Baka Sabah)

JAA telah menerima baka Filipina ( Made in Sabah)  bg tujuan silang baka untuk menghasilkan baka terbaru dan menarik.Pada masa sekarang baka Filipina Sweater (Made in Sarawak) semakin membesar dan dijangka akan bertelur lg sebulan.

Filipina Sweater (Made in Sarawak)



Filipina ( Made in Sabah). Sedang bertelur dan dikumpulkan utk dieram.
Diharap akan membiak di JAA.

Saturday, 24 January 2015

Ayam hutan hijau kacukkan @ ayam berkisar ori utk 2016

Semalam JAA telah menerima dua ekor anak betina ayam berkisar dari seorang rakan penternak yg berasal dr Indonesia. Ayam berkisar hitam dan merah.

Ayam berkisar Hitam

Ayam Berkisar Merah

Bagi menghasilkan baka baru, ayam ini akan cuba dikacukkan dengan ayam Filipina , Siam dan Malaysia supaya akan dapat dihasilkan baka antarbangsa.

 Sumber Wikipedia:

Ayam bekisar adalah hasil perkawinan antara ayam hutan hijau jantan (Gallus varius) dan ayam kampung/ayam buras betina (Gallus gallus domesticus).

Ada tiga tipe ayam bekisar, yaitu :

    Gallus aenus yang berjengger bergerigi 8 kecil, pial berukuran sedang, warna bulu pada lapisan atas ungu dengan plisir kuning emas.
    Gallus temminckii memiliki jengger bergerigi enam, pial berwarna jambu, bulu merah mengkilap dan berplisir merah kecoklatan.
    Gallus violaceus dengan jengger bergerigi bagus, ukuran pial sedang, warna bulunya ungu dengan permukaan yang halus.

Ayam bekisar memiliki ukuran lebih kecil dibandingkan ukuran ayam kampung jantan, tetapi lebih besar daripada induk jantannya. Warna bulunya hitam kehijauan dan mengkilap. Memiliki suara yang halus dan khas: tersusun dari dua nada.

Ayam bekisar, karena ia hasil persilangan antara dua jenis yang berbeda, biasanya mandul. Namun, tidak semuanya demikian. Ada pula ayam bekisar (jantan atau betina) yang bila dikawinkan dengan ayam kampung menghasilkan keturunan.

Ciri-ciri khusus dari ayam bekisar yang paling menonjol adalah bentuk bulu leher yang ujungnya bulat/lonjong bukan lancip. Jika dibandingkan dengan ayam jago biasa maka akan terlihat jelas. Bentuk ayam yang mirip sekali dengan bekisar adalah hasil silangan ayam bekisar dengan ayam kampung yang dinamakan bekikuk. Bentuk dan posturnya sama, hanya kadang-kadang pial dan bulu lehernya yang berbeda.

Ayam bekisar merupakan hewan khas Pulau Kangean, Kabupaten Sumenep, hewan ini merupakan fauna maskot provinsi Jawa Timur.

Contoh dari sumber internet:
Berkisar Hitam


Berkisar Merah

Ayam Hutan Hijau Asli.