Monday, 14 December 2015

Apakah itu ayam batang kaki, hujung dan pisau?


Ramai yg bertanya tentang maksud batang kaki , hujung dan pisau.


Sebagai matlumat kepada semua, berikut adalah Jenis-jenis ayam laga Di Malaysia


  • Ayam Hujung Tanduk: mengunakan tanduk kambing hutan yang dibentuk menjadi seakan taji asli. Sudah jarang di mainkan.
  • Ayam Hujung Besi/ Nike: mengunakan besi yang dibentuk menjadi seakan taji . Ayam akan mudah rosak walaupun menang kerana kecerderaan. Pertarungan juga cepat kerana besi yg dipasang akan menyebabkan lawan mengalami kecerderaan teruk. Yg kalah akan lebih berpeluang untuk mati. Akan tetapi yg menang juga akan mati selepas kemenangan disebabkan kecerderaan yg parah.
  • Ayam Taji Asal: hanya menggunakan taji asli yang terdapat pada kaki ayam laga (tidak dipotong atau ditambah dengan taji buatan tetapi kadang kadang diasah menjadi tajam).
  • Ayam Batang Kaki: ayam ini pula tergolong dalm 2 jenis iaitu ayam yang tidak mempuyai taji dari asal (ayam gusi) dan ayam yang tajinya dipotong. Pertarung juga lambat habis dan memerlukan stamina yg tinggi bagi meneruskan pertarungan yg panjang. Ayam tidak rosak dan boleh dipulihkan balik melalui rawatan yg betul.

  • Ayam Pisau: hanya mengunakan pisau yg diletakkkan pada kaki. Ayam filipina merupakan jenis ayam pisau. . Pertarungan juga cepat kerana pisau besi yg dipasang akan menyebabkan lawan mengalami kecerderaan teruk seterusnya mati. Pertarungan hidup mati.
    Nasihat kami: Ayam untuk dibelai, bukan untuk disakiti.
Nota: Rujukan dari internet dan diolah kembali

1 comment: