Tuesday, 19 March 2013

Bantam emas @ Batik Emas mula menetas lagi ( sessi kedua) / Second Batch Golden Bantam Sebright hatch again.t

 Ini gambar ibu dia. Jasa dah banyak. Batch pertama menetas 9 ekor, hidup cuma 5 ekor dari 16 biji telur yg dihasilkan.

 Anak baru menetas 2 ekor , ada lagi lima biji tunggu masa. harap -harp kedua dua akan hidup sihat.


Pengajaran dari perkonsian dengan pembaca semua. Semakin kita memberi insyaallah semakin banyak kita akan dapat. 


Selepas 3 hari, makin aktif. Masa menetas kedua-duanya lemah. bedasar kan pengalaman lalu anak bantam akan mati kerana lemah. Kita kena beri sedikit bantuan untuk memberi air. Saya beri air Yaasin sempena keberkatan ayat alquran ini memulihkan malkluk Allah ini. Alhamdulillah berjaya seperti yg lalu. Walau bagaimana pun dgn izin Nya.




Berikut cara memberi anak ayam bantam yg kecil ini minum air Yassin.
Celupkan dua jari manis dan jari tengah didalam air. Kemudian letak paruh diantara kedua-dua jari seperti dibawah. Beri dua atau tiga kali ikut keadaan.Anak yg lemah akan minum sedikit sahaja tetapi hendak lah kerap.

Jika kita terus mencelup paruh kedalam air yg banyak akan melemaskan anak ayam kerana air akan masuk kedalam paru-paru dan menyebabkan lemas, seterusnya akan mati./
Selamat mencuba bagi yg pertama kali mencuba.

Anak ketiga menetas dan mati 24/3. Ada lagi 2 biji belum menetas. Bersyukur pada Allah sebab dapat juga 2 yg hidup untuk sesi nie. Kalu rezeki kita ditetapkan banyak tu jadi banyak le kita dapat.










No comments:

Post a Comment