Laced Bantam Sebright / ayam Batik emas @ perak adalah sejenis baka Ayam bantam ( kerdil) yang dinamakan sempena nama pembiaknya iaitu, Sir John Saunders Sebright. Laced Sebright adalah salah satu Bantam 'asli' (bermakna ia adalah sejenis ayam katik sebenar) yang tertua di dalam rekod Britain yang dihasilkan pada kurun ke-19 melalui pembiakkan terpilih yang direka bagi menghasilkan baka hiasan.
Baka kacukan ini dihasilkan sekitar tahun 1800. Bermula tahun 1874 ayam ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu Silver Laced Sebrights dan Gold Laced Sebrights. Walaupun ia telah berjaya dikelaskan, namun usaha utk menambahbaik ayam ini masih dijalankan sehingga tahun 1952 di mana baka ini telah disahkan.
Pada tahun 1965, The American Bantam Association Standard telah mengeluarkan standard terhadap ayam ini. Kedua-dua jenis ayam ini kekal popular hingga ke hari ini dan bakanya bertaburan di serata Negara. Bila dan bagaimana spesis ini bawa masuk ke Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya. Apa apa pun Ayam Bantam menjadi kegilaan peminat ayam dari masa kesemasa ( evergreen) dan tak lenyap dek zaman atau musim. Disebabkan malar segar spesis ini, menyebabkan JAA mengambil keputusan untuk membiak baka kan jenis ini.
Ciri-ciri Ayam jantan Sebright Perak yg ideal, dari The Standard of Perfection . Berat dewasa lebih kurang 0.74 Kg.
Gambar sebenar Golden laced.
Gambar sebenar Silver laced.
Ciri-ciri Ayam betina Sebright Perak yg ideal, dari The Standard of Perfection Berat dewasa lebih kurang 0.63 Kg
Gambar sebenar Golden laced.
Gambar sebenar Silver laced.
No comments:
Post a Comment