Saturday, 30 March 2013

Lawatan ke Rare eves

Pada 27/3/2013 akau sempat singgah sekejap di Rare Eves milik Afiez yg JAA menjadi blog beliau sebagai rujukan semasa mula-mula terlibat dalam ayam eksotik. Ada lagi beberapa blog yg menjadi rujukan JAA,tapi ini salah satu yg terbaik. Sebab itu lah blog rare eves diletakkan dalam senarai Blog list JAA.
Pertama kali terpandang D'uccle yg warna ini telah menarik perhatian saya. Sungguh cantik dan menawan. Mungkin suatu hari JAA akan cuba memiliki koleksi ayam warna ini.Kemera ni tak cukup bagus untuk  tangkap gambar yg jelas. Menurut Afiez dah menetas beberapa ekor. JAA sempat melihat akan yg comel itu sampai terlupa snap gambar. 


Pasangan Bantam Silver.
Koleksi ayam Poland Buff, tapi bukan untuk dijual.

Sangkar utk anak kecil.

Apa-apa pun JAA ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada Afiez yg ramah nie.

Tuesday, 26 March 2013

Apakah Ayam Bantam Sebright

Ramai pembaca blog bertanya mengenai Ayam bantam kepada JAA. Berikut ada sedikit penjelasan mengenai sejarah Ayam bantam yg diolah dari blog sahabat dan wikipedia.
Laced Bantam Sebright / ayam Batik emas @ perak adalah sejenis baka Ayam bantam ( kerdil) yang dinamakan sempena nama pembiaknya iaitu, Sir John Saunders Sebright. Laced Sebright adalah salah satu Bantam 'asli' (bermakna ia adalah sejenis ayam katik sebenar) yang tertua di dalam rekod Britain yang dihasilkan pada kurun ke-19 melalui pembiakkan terpilih yang direka bagi menghasilkan baka hiasan.
Baka kacukan ini dihasilkan sekitar tahun 1800. Bermula tahun 1874 ayam ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu Silver Laced Sebrights dan Gold Laced Sebrights. Walaupun ia telah berjaya dikelaskan, namun usaha utk menambahbaik ayam ini masih dijalankan sehingga tahun 1952 di mana baka ini telah disahkan.
Pada tahun 1965, The American Bantam Association Standard telah mengeluarkan standard terhadap ayam ini. Kedua-dua jenis ayam ini kekal popular hingga ke hari ini dan bakanya bertaburan di serata Negara. Bila dan bagaimana spesis ini bawa masuk ke Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya. Apa apa pun Ayam Bantam menjadi kegilaan peminat ayam dari masa kesemasa ( evergreen) dan tak lenyap dek zaman atau musim. Disebabkan malar segar spesis ini, menyebabkan JAA mengambil keputusan untuk membiak baka kan jenis ini.
 Silver Sebright - Standard of Perfection 1905.png
Ciri-ciri Ayam jantan Sebright Perak yg ideal, dari The Standard of Perfection . Berat dewasa lebih kurang 0.74 Kg.
 
 
Jantan Dewasa Golden Laced

Gambar sebenar Golden laced.
 

Gambar sebenar Silver laced.
 Silver Sebright hen - Standard of Perfection 1905.png
Ciri-ciri Ayam betina Sebright Perak yg ideal, dari The Standard of Perfection Berat dewasa lebih kurang 0.63 Kg
 

Gambar sebenar Golden laced.
 

Gambar sebenar Silver laced.
 










Sunday, 24 March 2013

Kacukkan Variasi 1 & 2 sudah bertelur.

Variasi 1
Jantan Bantam Silver Original Silver + Betina Banland (Bantam + Poland)


Menurut petua yg saya dapat, jika kacukkan antara Bantam original 100% dengan kacukkan Bantam, kita akan dapat balik 75% yg benih yg akan menghampiri original . Tujuan kacukkan ini adalah menghasilkan Ayan Bantam yg tahan lasak sebab yam bantam original berasal dari England dan daya tahan terhadap cuaca disini agak kurang . Seperti jika kita pi menetap di England mungkin kita akan tahan terhadap cuaca disana. Konsepnya sama saja. Di harapkan bulu yg keluar nanti macam Bantam Silver le.


Variasi 2
Ayam Eksotik Jantan ( Bearded Rosecomb bantam)+  Ayam Silkie Betina (Ori)
dengan Si Silkie pun dah bertelur.
Tak tua la bila keluar nanti camna??

Tuesday, 19 March 2013

Bantam emas @ Batik Emas mula menetas lagi ( sessi kedua) / Second Batch Golden Bantam Sebright hatch again.t

 Ini gambar ibu dia. Jasa dah banyak. Batch pertama menetas 9 ekor, hidup cuma 5 ekor dari 16 biji telur yg dihasilkan.

 Anak baru menetas 2 ekor , ada lagi lima biji tunggu masa. harap -harp kedua dua akan hidup sihat.


Pengajaran dari perkonsian dengan pembaca semua. Semakin kita memberi insyaallah semakin banyak kita akan dapat. 


Selepas 3 hari, makin aktif. Masa menetas kedua-duanya lemah. bedasar kan pengalaman lalu anak bantam akan mati kerana lemah. Kita kena beri sedikit bantuan untuk memberi air. Saya beri air Yaasin sempena keberkatan ayat alquran ini memulihkan malkluk Allah ini. Alhamdulillah berjaya seperti yg lalu. Walau bagaimana pun dgn izin Nya.




Berikut cara memberi anak ayam bantam yg kecil ini minum air Yassin.
Celupkan dua jari manis dan jari tengah didalam air. Kemudian letak paruh diantara kedua-dua jari seperti dibawah. Beri dua atau tiga kali ikut keadaan.Anak yg lemah akan minum sedikit sahaja tetapi hendak lah kerap.

Jika kita terus mencelup paruh kedalam air yg banyak akan melemaskan anak ayam kerana air akan masuk kedalam paru-paru dan menyebabkan lemas, seterusnya akan mati./
Selamat mencuba bagi yg pertama kali mencuba.

Anak ketiga menetas dan mati 24/3. Ada lagi 2 biji belum menetas. Bersyukur pada Allah sebab dapat juga 2 yg hidup untuk sesi nie. Kalu rezeki kita ditetapkan banyak tu jadi banyak le kita dapat.










Thursday, 7 March 2013

Projek kacukkan terbaru bermula di JAA.

 
Berikut merupakan projek kacukan terbaru JAA 
 
Variasi 1
Jantan Bantam Silver Original Silver + Betina Banland (Bantam + Poland)
Tujuan menghasil variasi Bantam yg tahan penyakit
 
Variasi 2
Jantan Ayam Serban (Serama + Bantam)
Betina Ayam kampung original bersaiz mega
 Tujuan menghasil variasi Ayam kampung yg bersaiz mega dan berbaling rosecomb.
 Jantan seperti Black rosecomb, balung rosecomb yg besar.
 
Pembaka sabung yg telah ada
 
 
Pembaka sabung yg telah ada
 
 
Anak bantam emas 
 
 
Anak ayam eksotik.
 
Si Panda, ibu dan bapak hitam tapi tersesat seekor warna putih tomok hitam. Bentuk badan seperti ayam bantam.
  Yang lain seperti ini, hitam kesemuanya.
 
 selepas dua minggu.
Si panda. Ekor makin panjang dan kaki telah naik susuh. Balung sisir dah mula naik dan kaki kuning. Ini yg muskyil. tak tau jenis apa ayam ni. Mungkin jadi spesis yg baru kot.
iHitam hampir sama tapi cuma kaki hitam.
 




Sunday, 3 March 2013

Pejantan terbaru Original Bantam Perak Sebright @ Batik Perak/ New Original Bantam Silver Sebright.

Ayam diterima pada 4/3/2013.
Diharap penyilangan dengan Bantam Emas akan menjadikan lebih bermutu.
  

 Balung Rose comb yang besar dan cantik.