Wednesday, 31 October 2012

Penyakit Ayam

Coryza
Salah satu lagi penyakit ayam yg killer, nama dia Coryza.. Penyakit ni adalah tergolong dalam penyakit yg berkaitan dengan pernafasan, simptom2 nya adalah seperti di bawah :

1. Mata ayam akan kerap terpejam seakan mengantuk.
2. Sayap akan cenderung untuk meleret ke bawah.
3. Lubang hidung basah dan ada cairan yg keluar.
4. Selalu bersin.
5. Mulut ternganga seakan tercekik makanan.
6. Kurang nafsu makan.
7. Mata berair.
8. Menjejaskan pertumbuhan ayam.
9. Pernafasan yang berbunyi.

Beberapa ekor anak ayma saya dah mati disebabkan penyakit ini. Yang 2 ekor ayam bantam aku dah kena tapi alhamdulillah dah sembuh. Penyebab utama penyakit ini adalah dari serangan bakteria yang dikenali sebagai Heamophilus paragallinarum, namun serangan ini berlaku akibat dari faktor2 berikut :

1. Perubahan suhu yang mendadak - dari panas ke sejuk cth siang ke malam atau hujan.
2. Kawasan sangkar yang terlalu lembab.
3. Kedudukan sangkar yang terlindung dari cahaya matahari.

Kaedah untuk mengubatnya pula, kita kena pakai Tetracycline dan Tetra-Chlor, kedua2 ubat ni sangat mujarab.

Selepas guna  Tetra-Chlor yang dibeli dari kedai Pet Kilang Lama Kulim ayam bantam dah sembuh.
Setakat ini kat lain tak jumpa pun ubat ni, jadi terpaksalah saya drive ke Kulim beli ubat ini.
Terima kasih blog Aznizam Agrofarm kerana memberi tips yg berguna untuk merawat penyakit Coryza.

Cara pengunaan:
Bagi ayam dewasa yg tahap teruk 2 kapsul sehari ( satu kapsul sehari).
Bagi ayam dewasa yg tahap biasa cukup la 1 kapsul sehari .
Bagi anak pula buang kulit kapsul dan dilarut dalam 5ml air dan diberi 1ml seekor. Jadi 1 kapsul cukup untuk 5 ekor anak ayam.

Sampar/ Hawar
Penyakit ini sangat popular di kalangan penternak ayam di Malaysia, serangannya suatu ketika dulu mampu membuatkan penternak ayam di kampung-kampung menitiskan air mata kerana kurangnya pengetahuan tentang kaedah mengelak penyakit yang berpunca dari sejenis virus ini. Ia dikenali dengan nama sampar secara umum atau hawar secara khusus di utara Semenanjung Malaysia, secara saintifiknya ia dikenali dengan nama Newcastle Disease (ND) dengan nama virus penyebabnya iaitu virus paramyxovirus. Virus ini biasanya akan merosakkan organ dalaman unggas dan menyebabkan kegagalan bernafas dan pendarahan.


TANDA-TANDA:-
  • Kesukaran pernafasan
  • Kesukaran pergerakan dan tengkok melentuk
  • Tahi yang berwarna kuning kehijauan
  • Kelesuan dan bulu ayam kelihatan pudar
  • Pendarahan di dalam proventikulus dan usus kecil
  • Kesesakan darah dan cecair pada sistem pernafasan
  • Tebal karung udara (air sac)
  • Jumlah kematian yang tinggi > 50%
Gejala leher terlentuk adalah simptom yang biasa utk jangkitan ini
Jika sesebuah kawasan ternakan dihinggapi virus ini, kesan yang dapat dilihat sangat ketara di mana kematian ayam sangat tinggi hingga lebih 50%. Jika dibiarkan, kematian boleh menjangkau 100%. Namun begitu dalam kebanyakan kes, masih terdapat ayam yang selamat walaupun tidak diberikan vaksin, namun begitu peratusannya adalah sangat sedikit, mungkin hanya 1-5% sahaja dari keseluruhan jumlah ayam direban tersebut. Dalam tempoh 1 minggu, virus ini mungkin telah membunuh hampir semua ayam.
Jangkitan kepada ayam kebanyakannya sukar dikesan pada peringkat awal. Tanda-tanda awal tentang penyakit atau kematian pertama mungkin tidak disedari oleh penternak. Namun begitu, dalam kebanyakan kes, penternak hanya akan menyedari jangkitan telah berlaku apabila beliau menjumpai sebilangan bangkai ayamnya dilantai reban pada awal pagi. Ini kerana, ayam yang telah dijangkiti akan mula murung, dan cuba untuk berada ditempat yang paling selamat iaitu dikawasan tempat ia tidur, menjelang malam kesejukan akan membuatkan keadaan semakin parah dan kebanyakan ayam akan mula mati menjelang awal pagi.
Seperti yang kita tahu virus tidak dapat dibunuh dengan mudah, oleh itu hanya vaksin yang mampu menghalang jangkitan daripada terus berleluasa. Dalam kes ini, cuma ayam-ayam yang masih belum dijangkiti sahaja yang akan selamat apabila diberi vaksin, manakala ayam yang telah dijangkiti tetap akan mati walaupun telah diberi vaksin.
Kaedah pemberian vaksin adalah dengan menitiskan pada mata atau mencampurkan dengan minuman. Namun begitu, untuk menitiskan pada mata adalah mustahil jika bilangan ayam terlalu banyak, oleh itu kaedah mencampurkan dengan air minuman adalah paling praktikal. Caranya adalah dengan membiarkan ayam dalam keadaan sedikit dahaga dan masukkan vaksin dalam air minuman dan biarkan semua ayam minum campuran tersebut. Kesan-kesan vaksin akan dapat dilihat apabila kurang kadar kematian dapat dikesan pada keesokan harinya dan kadar kematian ini akan terus berkurangan dari hari ke hari sehinggalah tiada kematian langsung.

Ini bukan ubat, ia adalah mikrob iaitu sejenis pathogen yang hidup dan akan melawan virus sampar drpd membunuh ayam tersebut. Sbb tu kita terpaksa membawa ‘ubat’ tu dalam plastik berisi ais atau air batu, tujuannya untuk mengelakkan pathogen tersebut mati jika terdedah kepada suhu tinggi..
Vaksin ini elok diberi setiap 6 bulan sekali.

Terima kasih blog Aznizam Agrofarm kerana memberi tips yg berguna ini.

Friday, 26 October 2012

Agrofarm-agrofarm rangkaian kami

Hasil Reban Pak Jang ayam Permatang Keriang,  Penaga
Lusa, saya dan anak -anak akan melawat Pak Jang ayam Permatang Keriang,  Penaga. Beliau telah berjanji dgn anak saya utk memberi ayam kelabu baka terbaik. Beliau merupakan seorang penternak ayam sabung yg berpengalaman selama lebih 40 tahun. Ayam terbaik dari Bon akan dikacukkan bagi kelangsungan benih terpilih.
Saya diberi 3 ekor ayam kelabu coklat (28/10/2012). Memang ayam yg dihasilkan bermutu tinggi. Sampai sahaja dirumah anak kecil jantan yg seekor pun dah bertarung dgn ayam lain bermati-matian.. Memang darah garang, jadi terpaksalah dikurung.
Ayam yg Pak Jang beri


Angsa
 Ayam serama
 Ayam Hutan dikacuk degan ayam selasih.

Seronok sungguh anak saya bermain dgn ayam-ayam Pak Jang sampai terleka. Dua jam disana bagaikan 2 minit sahaja.

bagi sesiapa yng berminat nak beli Angsa, Ayam Sabung dan Ayam kacukan sila hubungi  Pak Jang Ayam 017-4814125
 Pada 10/11/2012 Pak Jang telah datang kerumah saya dan memberitahu bahawa kesemua angsa dia dah sold out termasuk ayam eksotik selepas saya masukkan iklan dalam mudah.com.


Hasil reban kampung Besar agrofarm
Ini merupakan pembaka utama Kg Besar Agrofarm.Warna hijau api yang menjadi penghulu reban hasil daripada ibu dan bapak ayam Thailand, tapi yg ini kerakyatan Malaysia sbb lahir kat sini.

Pembakaan dgn ibu benih bermutu telah menghasilkan pelbagai saiz yg bermutu rujuk bahagian  untuk di jual. Kaedah pasungan terkawal , dimana Induk betina akan dikurung sehingga bertelur menghasilkan benih yg bermutu.

Jika berminat sila Call Sobri: 019-5473074 ( Kg Besar Tasek Gelugor)

Usaha Farm Alor Setar
Sebuah lagi Reban ayam rangkaian kami ialah Usaha Farm yg terletak di Alor Setar diusahakan oleh Ustaz Faisal. Atas sebab keselamatan, gambar tidak baka terbaik tidak diambil . Benih ayam tebaik di biak baka disini.

Tuesday, 23 October 2012

Mencari ayam Polish / Poland.

Semalam anak saya yg sulung telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kelas. Jadi permintaan dia, jika mendapat tempat 1,2 atau 3 dia nak Ayam Poland. Jadi, saya dah tempah kat Pet shop Kg Palet . Mungkin Khamis ni ada stok. Harap harap ada.

Dah jumpa Ayam Poland.
Setelah mencari ayam poland beberapa hari akhirnya saya ber jaya mendapatkan nya pada 25/10/2012. Walaupun kacukan janji macam ayam polan. Gembira tak terkata anak saya Mohd Zikri selepas mendapat sepasang ayam ini.
Sepasang ayam poland.
Yg confius sikit sbb Jari kaki 5, kacuk ayam selasih kot.

Selepas Hawar menyerang reban kami habis ayam mati, tetapi buat sementara ni 12/11/12 ayam ni masih sihat lagi. Yang masih bertahan ayam kampung ibu hitam, ibu ayam silkie dan 3 ekor ayam sabung yang diberikan oleh Pak Jang ayam.
Harap-harap baki yg ni tak kena kot untuk kesinambungan reban kami.
Pada 15/11/2012 nampaknya yang jantan dah menunjukkan tanda terkena jangkitan, maka saya mengasing jantan dan betina bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan.
Pada 21/11/2012 yang jantan dah mati tinggal seekor saja lagi. Harap-harap dapat hidup .
Pada 14/12/2012 ayam polish ni dah start berkokok, rupanya jantan, jadi yang mati tu betina. Nanti boleh kacuk dengan ayam silkie.

Sunday, 21 October 2012

Inkubator telur @ Mesin penetasan telur/ Egg Incubator

Alhamdulillah.Kami telah melangkah setapak lagi dalam penghasilan benih terbaik dengan pengunaan inkuburator pada 20/10/2012 Sabtu yg dibeli dari Jiwaniaga.
Luaran

Dalaman 

Sekarang merupakan percubaan pertama mengunakan inkuburator bagi memastikan penetasan yg lebih baik berbanding dengan ibu. Telur ayam sabung, ayam gajah dan ayam sam-sam telah berjaya dimasukkan kedalam inkuburator. Adalah diharapkan kesemua akan menjadi. Amin.

Mulanya, selepas dua hari saya melihat titik titik air terhasil dan degan pantas saya membuang sedikit air untuk mengetahui tahap yang betul. Kesokannya masih ada titik titk air tapi makin sedikit, jadi saya membuangnya sekali lagi. Ini menunjukkan kelembapan tinggi dan akan memberi kesan kepada telur jika kita tidak mengurangkan kelembapan secepat mungkin.
Selepas hari yang ketujuh(26/10/2012) saya telah melakukan candling bagi mengetahui status telur sama ada ada benih atau tidak. Terdapat satu bintik hitam dan jaluran hitam yang menunjukan embrio berkembang. Terdapat 6 biji telur yg tiada tanda-tanda tersebut. Candling seterusnya kan dibuat minggu depan,
Pagi ni lihat inkubator secara tidak senaja di off selama sejak semalam. Harap-harap tak akan ada kesan pada telur. Kalau tak habis la.
Selepas candling dilakukan, telur ayam gajah saya tidak mempunyai embrio, mungkin bapak tengah sakit kot. Lepas ni nak kena buang bagi memberi peluang kepada telur yang baru.
Nampak nya selepas dua minggu, kelihatan embrio dalam telur makin berkembang. diharapkan dpt jadi anak hidup. Saya dah asingkan yg tarikh 20/10 supaya genap 18 hari telur tersebut tidak akan di pusing.
Menurut petua, jika hampir nak menetas kita kena lebih kan kelembapan supaya cengkerang telur menjadi lebih lembut supaya anak didalam dapat memecahkan dengan senang.
Dawai hijau yang lebih halus  diletakkan atas tray besi supaya mengelak anak ayam terjatuh.

Pada 7/11/2012 telur pertama yg menebuk telah kelihatan setelah 18 hari di dalam inkubator.

8/11/2012
Yang lain dah menebuk, 3 ekor dah bergerak bebas. Kena buang cenkerang supaya kotoran tidak terlekat pada telur yang lain dan boleh mempengaruhi penetasan telur lain. 






Berjaya juga akhirnya!!
setelah dipindahkan ke sankar yg lain bagi menggelakkan anak ayam mengotori telur yg lain. Jika tidak diasingkan kuman semasa anak ayam menetas kan mempengaruhi telur yg lain. Satu dah mati semasa menebuk kerana kedudukan telur menebuk kena dialihkan keatas untuk anak yam bernafas. Apabila terpusing kebawah, cairan akan keluar akan menyebabkan anak ayam kekerinangan . Dan satu sebab lain, anak yam akan kelemasan kerana cecair akan terkumpul di bahagian ditebuk , jika lubang masih kecil ia akan melemaskan anak ayam.

Dok melepak
Memanaskan badan. (11/11/2012)
Diharapkan anak -anak ayam ini akan meyambung zuriat rinting emas yg tlh pupus akibat hawar/sampar.
Kesian, lahir saja dah jadi anak yatim.
Oleh kerana hampir kesemua ayam saya mati, maka anak ayam tanduk saja yg tinggal.Harap benih yg tinggal akan menjadi penyeri reban dan kesinanbungan ayam sabung tanduk satu rinting emas.

Selepas selesai ada 19 ekor anak ayam berjaya ditetas, 3 ekor mati disebabkan telur terpusing kebawah menyebabkan anak kelemasan. 5 biji tak jadi dan 6 biji tiada benih.
 Bekas yg lebih besar kerana 7 ekor yg pertama dah mula membesar.
Setelah semuanya selesai saya mula cuci dan jemur spt dibawah, nasib baik jenis plastik senang dicuci.

Kemudian disimpan bagi projek seterusnya.

Anak ayam setelah 12 hari baka rinting emas


Gambar anak sebulan semasa 6/12/2012.
Pada 13/12/12 anak ayam makin membesar dan 16 ekor ini berlawan sasama sendiri menyebabkan seekor dah parah. Lidah pecah dua dan bengkak teruk dikepala.



Telur ayam kampung saiz mega
Seekor ayam kampung dara telah bertelur dgn saiz besar. Perbezaan dgn telur ayam kampung biasa dua kali lebih besar..

setelah di pecahkan ada dua telur kuning, sila lihat diatas. patut pun besar sangat saiz ia.


Maklumat untuk inkubator
Jadual Tempoh pengeraman, suhu dan hari yg tidak boleh memusing telur.
 
UnggasAyam KampungAyam TurkiAyam SeramaAyam Api-apiPuyuh DagingPuyuh telur
Tempoh Pengeraman2128212823-2417
Suhu ( Celcius)3837.238383838
Tidak boleh memusingkan telur pada hari ke 182518252015


UnggasItik TelurItik MuscovyAngsaMerakKuangGrouseMerpati
Tempoh Pengeraman2835-3728-3428-3023-282517
Suhu ( Celcius)383837.237.2383838
Tidak boleh memusingkan telur pada hari ke 25312525212215


Di copy dari laman blog sahabat lain.

APA ITU INCUBATOR ?
Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat berkenaan Incubator / Mesin Penetasan.
Incubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan tugas pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan bagi menetaskan telur haiwan tersebut.
Biasanya bagi telur unggas seperti spesis burung ( ayam, itik dsb ), suhu yang di gunakan adalah sekitar 38 – 40oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi setiap spesis.
Pada hari ini, incubator digunakan secara meluas dalam industri penternakan samada kecil, sederhana atau besar.

MENGAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN INCUBATOR ?
1.Induk/ayam betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh pengeraman, ini akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan per tahun
2.Kadar tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang menetas serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
3.Kurang ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya serta terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
4.Tiada ancaman pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dansebagainya.
5.Kurang risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak, dipatuk dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram akibat saiz badan induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan sebagainya.
6.Dapat menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika tempoh pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15 dan sebagainya.
7.Menjimatkan kos pembelian anak ayam hidup, kos pengeraman menggunakan incubator adalah satu kali ganda lebih rendah berbanding kos pembelian anak ayam.

Halaman ini adalah khas untuk para pengguna produk INCUBATOR.  Harap para pelanggan mendapat sedikit maklumat dan panduan berguna dari halaman ini. Terima kasih.

1.  PANDUAN MEMILIH DAN MENJAGA TELUR SEBELUM PENGERAMAN
 Telur-telur yang ingin dimasukkan ke dalam incubator mestilah sempurna dari segi rupabentuk, permukaan kulit dan saiz.  Telur-telur yang tidak sempurna atau cacat tidak akan menetas walaupun dieram oleh induk ayam sendiri.  Telur paling sesuai disimpan di antara 2-7 hari sebelum dimasukkan ke dalam incubator.  Penyimpanan telur di atas tray telur mestilah dengan hujung bulan ke atas dan hujung runcing ke bawah. Ini bagi mengelakkan ruang udara dalam telur daripada pecah atau bocor akibat himpitan dari cecair dalam telur itu sendiri.
 Telur yang telah dikumpul mestilah kering dan bersih, namun begitu aktiviti membasuh telur menggunakan air adalah sangat tidak digalakkan malahan dilarang terus apabila penternak ingin menggunakan incubator sebagai medium penetasan telur.
 Sebaliknya untuk membersihkan telur yang telah dikumpulkan, penternak digalakkan menggunakan span atau kain kering untuk mengesat kotoran seperti najis atau tanah yang terdapat di kulit telur.  Kaedah ini adalah selamat kepada telur dan akan menjamin kejayaan penetasan.
 Kulit telur mempunyai satu lapisan nipis bahan pelindung semulajadi yang dihasilkan bagi menghalang kemasukan bacteria ke dalam telur. Lapisan ini adalah sangat nipis sehinggakan akan terhapus sekiranya dibasuh atau dibersihkan dengan bendalir. Oleh itu, elakkan membasuh telur dan sebaliknya gunakanlah kaedah alternatif yang telah diajarkan.
 Bagi penternak yang sering memasukkan telur ke incubator dari pelbagai peringkat, sila tuliskan tarikh telur dimasukkan atau tarikh jangkaan menetas di atas kulit telur. Elakkan mengunakan marker atau seumpamanya kerana ia mungkin racun kepada telur sebaliknya gunakanlah pensel biasa sebagai bahan menanda.  Selain tarikh, baka, no. ibu, no. bapa, no. reban dan sebagainya juga boleh ditulis ke atas kulit telur sesuai dengan rujukan para penternak.
 Setelah itu masukkan telur-telur ke dalam incubator setelah pengesan suhu pelarasan dibuat, pastikan bulb pengesan suhu thermostat berada betul-betul di atas telur bagi membolehkan ia mengesan suhu sebenar pada permukaan kulit telur.  Perkara ini adalah sangat penting yang mana kebanyakan penternak tidak menyedarinya.
.
2.  PANDUAN MENYULUH TELUR / EGG CANDLING
  .  Tujuan menyuluh telur adalah bagi memeriksa keadaan emBrio / anak ayam yang ada dalam telur. Dengan cara ini, penternak dapat memastikan incubator sentiasa terlaras dengan betul dan peratus penetasan adalah tinggi.
Berikut adalah kaedah memegang telur ketika ingin melakukan suluhan telur. Lampu suluh boleh digunakan sebagai sumber cahaya. Objektif aktiviti ini samalah seperti objektif x-ray.
 Menyuluh telur mestilah dijalankan di persekitaran gelap contohnya di dalam bilik gelap jika disiang hari atau paling mudah dilakukan pada malam hari dengan memadamkan semua lampu. Ini bertujuan memastikan bayang emrio / anak ayam di dalam telur dapat dilihatj dengan jelas.

HARI PERTAMA PENGERAMAN
Telur kelihatan cerah tanpa tanda-tanda bayangan.  Ini menunjukkan telur dalam keadaan sihat dan segar.

 HARI KE-5 PENGERAMAN
Bayangan embrio semakin jelas dalam bentuk jalur-jalur darah dan membesar serta akan semakin aktif bergerak. 

 HARI KE-10 PENGERAMAN
Bayangan embrio telah memenuhi separuh ruangan telur, pada tahap ini, tubuh anak ayam telah mula kelihatan dan terdapat pergerakan aktif seolah embrio berenang di dalam telur.

HARI KE-15 PENGERAMAN

Monday, 1 October 2012

Penjaga Ayam Silkie

Ni anak saya, Muhammad Zuhdi ( Zuhud pada agama)nama nya. Dilah yg tolong jaga dan beri ayam makan, sampai ayam nak pecah tembolok. Dedak ayam saya selalu habis sbb dia tolong bg lebih dari maksimum. Ayam Silkie ni di beli dari Rare aves sepasang tapi malang nya yang jantan dah mati di sebabkan Cyroza. Setelah kematian silkie jantan tu la saya belajar cam ne nak handle bila ayam kesayangan kita dijangkiti penyakit tersebut. Saya berkongsi pengalaman tersebut di dalam post " Penyakit ayam".
Tengoklah kalau Silkie ni besar sikit mungkin akan dicari pasangan sesuai buat ia.
Selepas sampar melanda oktober 2012, si silkie ni masih boleh bertahan lagi. Masih sihat lagi . Diharap terus sihat.
Pada 12/12/12 ayam ni dah mula bertelur, disebabkan tiada bapak anak -anak saya dah buat telur goreng. Memang kecil tapi sedap. Makin lama makin banyak telur dihasilkan.