Tuesday, 24 October 2017

Kelebihan LHK Naresuan

Kalau diSiam dia dikira kategori asing
pengiraan markah ada 28 perkara lbh drp lhk biasa cuma 22 markah.
Lebih kerana 5 logo dgn kuning emas

Selain itu bulu putih dominasi ekornya, beberapa helai bulu sayap serta tompok-tompok uban pada kepala dan bahu (lihat contoh gambar) Baka LHK diriwayatkan adalah baka yg ditemukan oleh Raja Thai yg terkenal iaitu Raja Nareesuan,yg berpusat di Ayyuthaya
Ayam baka ini melonjak namanya apabila Raja Nareesuan menjadikan ayam sabungnya untuk bertarung dengan ayam sabung Raja Burma. LHK telah berjaya mengalahkan ayam sabung Raja Burma. LHK merupakan lambang keutuhan dan maruah kerajaan beraja Thai pada masa itu.

Sehingga kini ayam ini tetap masyhur dan dianugerah baka roma paling teratas di thailand.(rujukan dari internet)


Lulusnya penubuhan Kelab Ayam Ratu Pulau Pinang ( KARPP)

Hari ini tercipta satu sejarah bg peminat ayam ratu di Pulau Pinang dimana lulusnya penubuhan  Kelab Ayam Ratu Pulau Pinang ( KARPP)


Dalam group juga mempunyai beberapa orang yg telah menghadiri kursus mengenai ayam Ratu. Diharapkan segala ilmu akan dicurahkan kepada KRAPP.



Sunday, 22 October 2017

Kebaikan kacang hijau untuk ayam

Rujukan whatapp Rendang LHK
Kacang hijau digunakan oleh breeder Ayam sabung Dan Ratu. Berikut adalah
sedikit kupasan kelebihan kacang hijau dari segi sains.

Kacang hijau mengandungi

1. Asid folik membantu dan bertindak bersama2 Vit. B12 utk mengelak kelumpuhan dan mengelak bulu warna pucat.

2. Riboflavin, B6, serta niasin, yang berguna membantu fungsi metabolisme dan organ tubuh.

3. Kaya Protein

4. Magnesium - Berperanan dalam metabolisme karbohidrat dan sistem saraf. Sangat penting ketika ayam sedang bertelur.

5. Mineral - fungsi pembiakkan pada kadar tetasan.

6. Vit. B1 - Metabolisme karbohidrat, selera dan mencegah serangan penyakit.

7. Vit. B2 sama seperti vit. B1 cuma B2 mencegah kelumpuhan.

8. Asid Pantonik- sama seperti vit. B1, B2 dan asid nikonik dan untuk saraf.

9. B6 - Metabolisme asid amino

10. B12 - Menbantu pertumbuhan Embrio dan pembentukan sel darah merah

11. Niasin - untuk sistem pernafasan, perumbuhan otot dan mengelak dari kelumpuhan.

Dan ada beberapa lagi kelebihannya.. Kalau penerangan sy ada kesilapan kita kongsikan bersama ye ☺

Objektif KARPP

Tujuan persatuan KARPP ditubuhkan:
1.       Untuk mengeratkan perpaduan dan siratulrahim antara peminat peminat ayam ratu di Pulau Pinang
2.       Untuk meningkat kan pengetahuan mengenai spesifikasi ayam ratu di peringkat tinggi iaitu spesifikasi Ayam ratu Thailand.
3.       Membina kumpulan yg dapat mewakili Pulau Pinang keperingkat yg lebih tinggi atau pertandingan luar.
4.       Mungubah persepsi org luar mengenai membela ayam hanya untuk tujuan sabung atau judi.
5.       Menghasilkan benih yg terbaik bagi mengurangkan import ayam ratu luar
6.       Meningkatkan pengetahuan penjagaan yg betul bagi ayam ratu untuk pertandingan.
7.       Berkongsi pengetahuan mengenai penyakit dan rawatan bagi ayam ratu
Idea JAA sendiri.



Kesan ubatan manusia jika digunakan keatas haiwan

Rujukan Rendang LHK.
Perubatan secara tradisional herba Selagi mengunakan berasakan tumbuh2an dan berkesan teruskan.

Sebab ada penternak mengunakan ubat manusia tanpa membuat perician pengiraan dan bahan kepada haiwan ternakan sama ada sesuai atau tidak.. atau suppliment atau multivitamin dicampurkan dengan antibiotik.. yg ni lagi bahaya sebenarnya sebab

DVS Malaysia telah mengharamkan beberapa jenis Multivitamin sebagai contoh Nopstress merah yg mengandungi antibiotik kimia.. kesannya

1. Terlebih dos boleh menyebabkan organ2 tertentu tidak berfungsi dan akhirnya mati.. dalam kaedah sains dipanggil dose independent aplastic anaemia.

2. Boleh mengakibatkan tumor pada ayam

3. Yg paling utama dorang tak tau selepas bagi makan ubat manusia berapa lama tempoh waktu bertenang untuk disembelih baru boleh makan.. sekiranya kita tidak mengikut prosidur boleh mengakibat 3 pekara yg berlaku

a. Tuan ayam akan lali dgn sebarang ubat sekiranya tuan ayam tu sendiri yg sakit.

b. Tuan ayam berkemungkinan akan mendapat kancer.

c. Ayam, Tuan Ayam dan persekitaran reban akan memjadi "Superbug".. superbug adalah tranfomasi bakteria kepadka superbug dimana  tiada satu ubat pun boleh membunuh superbug ni 😊

Jenis THK Kelabu



Thaw Hang Khaw (THK) – 6 jenis
1. Thaw Thong (emas)
- Kuning emas
- Macam LHK naresuan
- 5 logo tak boleh ada
- Hujung sayap putih atau kelabu, meah tak boleh
- Mataa, paruh, susuh sama macam LHK
- Dada kelabu dan bersih
2. Thaw Thong Deng
- Merah keemasan
3. Thaw Sowat
- Badan dan bulu rambai semua kelabu
- Ekor putih
4. Thaw Mor (Puyuh)
- Badan kelabu gelap
- Rambai merah gelap macam PHD
5. Thaw Ngen Yau ( Abu kayu)
- Kelabu muda (silver)
6. Thaw Ki Kuwai (Taik Kerbau)
- Kelabu gelap

Saturday, 21 October 2017

Jenis Pradu Lau Hang Khaw


Pradu Lau Hang Khaw (Merah Kambu)
1. Pradu Lau Yai (Besar)
- Ada 5 logo macam LHK
2. Pradu Lau Lek
- Sama macam Yai tapi taka da logo
3. Pradu Lau Deng
- Roma merah cerah sikit
4. Pradu Lau Dam
- Merah gelap macam biji asam jawa
- Bulu tengkuk dan rambai merah
- Bulu putih di bawah
- Kaki kuning cerah
- Bulu atas dan bawah sayap ada putih lagi bagus

Friday, 20 October 2017

Pameran Ayam Ratu Kedah

*PAMERAN AYAM RATU*
Sempena Hari Koperasi & Keusahawanan SMKAPD

Tarikh : 28.10.2017
Tempat : SMK AYER PUTEH DALAM, PENDANG
Masa : 8.30 pg - 1.30 ptg

Sehubungan dengan perkara di atas, adalah dialu alukan kepada semua untuk meyertai pameran ini.

Ayam, perkup, karpet dan keperluan ayam disediakan oleh peserta sendiri.

Nak datang untuk kenal2, sembang2 pun ok. Dialu alukan.

Thursday, 19 October 2017

Jenis PHD


Pradu Hang Dam (PHD)
1. Pradu Meknakam (Merah biji asam jawa)
a) Merah gelap
b) Merah air sirih (pradu deng)
c) Muka – Merah
d) Kaki – Hitam cerah
e) Mata – Putih berrsih, tak hitam
2. Pradu Semedam
a) Bulu sama macam pradu meknakam
b) Muka – Hitam
c) Semua hitam, macam ayam selasih
3. Pradu Keng Kiaw Ta Lai (Kaki Hijau Mata Kurik)
a) Muka – Merah
b) Mata – Bintik hitam putih
c) Paruh dan kaki – Lebih hijau
- Kuku putih boleh diterima (Selain dari pradu semedam)
- Susuh putih tak boleh

Jenis TDHD


Thong Daeng Hang Dam (Emas Merah Ekor Hitam)
1. Thong Daeng Jai (Merah gelap)
2. Thong Daeng Tak Pao Thong (Badan emas)
3. Thong Daeng Kiaw Ta Lai (Kaki hijau mata kuik)
4. Thong Daeng Oon (Kuning tua, gambir)

Jenis Nok Dang


Nok Deng Hang Deng
1. Deng Chat (Merah tua)
2. Deng Tak Tim (Delima)
3. Deng Pleng (Cucur api @ fajar pagi)
4. Deng Nat (Memerang)
- Semua bulu sama kaler sampai ekor
- Mata merah @ kuning tua
- Paruh, kaki kuning nak merah-merah sikit

Jenis Super green

Kiaw Hang Dam (Super Green) – 6 jenis

1. Kiaw Pa li (Beruk besar gagah)

2. Kiaw Morokot (Mata zamrud)

3. Kiaw Pratrot (Dewa siam)

4. Kiaw Kai Ka (Telur gagak)

- Mata dan kaki hitam macam PHD semedam)

5. Kiaw Nim Sarika (Burung Gembala Kerbau)

- Kaki dan paruh kuning

6. Kiaw Maleng Tap (Kumbang hijau)

- Kaki dan Paruh kuning

Thursday, 12 October 2017

Jenis lhk

Jom kita belajaq jenis2 LHK, apa yang diajar hari tu ada 6 jenis :

1. Leung Yai (Oren kemerahan)
2. Leung Rwak (Oren daun kering)
3. Leung Naresuan (Kuning emas 5 logo)
4. LHK Kambu (Ada bulu putih)
5. LHK Delima (Setiap bulu ada bintik putih, tp bukan kurik)
6. LHK Kuning biasa (Tiada 5 logo)

Monday, 9 October 2017

Penubuhan Persatuan Peminat Ayam Ratu Pulau Pinang .

Pada 8/9/2017 merupakan harga bersejarah bg  group ayam ratu Penang kerana hari ini tertubuh nya Persatuan Peminat Ayam Ratu Pulau Pinang .
Langkah yang jauh adalah bermula dari langkah yg pertama.
Perjumpaan pertama di rumah saudara Wan.



Duta JAA bersama ataoi untuk menubuhkan Persatuan Ayam Ratu P. Pinang

Sunday, 1 October 2017

Pertandingan Ayam Ratu Di Terengganu

Making meriah arena Ayam Ratu negara dengan penganjuran di Terengganu pulak. Moga terus maju  Ayam ratu

Kursus mengenai ayam ratu di Kedah

Gambar Dan info Dari group Ayam Ratu Kedah.
Kursus telah dijalankan dengan baik, para persrta akan mendapat manafaat.