Friday 24 March 2017

Update terkini Pertandingan Ayam Ratu Kedah

Dari sumber FB
Assalamualaikum peminat2 ayam ratu malaysia..

Sedikit makluman berkenaan PERTANDINGAN AYAM RATU KEDAH 2017.

Perancangan awal PPARK bercadang untuk menganjurkan Pertandingan Ayam Ratu pada 1 April 2017. Tetapi atas beberapa kekangan pihak PPARK terpaksa menunda tarikh pertandingan tersebut pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Antara sebab utama tarikh pertandingan tersebut ditunda adalah :

1. Pihak juri profesional dari Thailand tidak dapat hadir pada tarikh tersebut. Difahamkan ada pertandingan di Thai.

2. Penaja utama iaitu YB kawasan tidak ada kelapangan pada tarikh tersebut.

3. Beri laluan untuk Mesyuarat Agong Persatuan yang perlu diselesaikan pada bulan April jugak.

Jadi pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan ini, insyaallah dalam masa terdekat pihak PPARK akan mengumumkan tarikh Pertandingan tersebut.

Setakat hari ni belum ada confirmation tarikh untuk pertandingan tersebut. Bulan april insyaallah. Kita sama2 doakan supaya segala urusan dipermudahkan.

P/s :

1. Sebarang hebahan maklumat berkenaan Pertandingan Ayam Ratu Kedah 2017 hanya akan dilakukan oleh individu yang berautoriti dari persatuan sahaja.

- SU persatuan : Mohd Nor Yaacob
- Timb. SU : Hafizul Pijonjitra

* maklumat selain daripada 2 orang wakil persatuan tersebut adalah tidak benar.

# hint😄 dah boleh pakat2 persiap ayam dari sekarang👍😁insyaallah bulan april jugak. Tarikh?? tunggu..

No comments:

Post a Comment