Thursday, 30 March 2017

Ciri ciri LHK

Share Dari FB LKFarm

Harini beraso nak bg tips macam mana nak pilik pembaka Leung Hang Khao (LHK)

*Peringatan : Tips ni untuk pemilihan pembaka dulu..BUKAN SPEC PERTANDINGAN LAGI NA😊

👉 Fizikal

1. Asas tubuh LHK terbaik adalah hitam berkilat, hitam kehijauan & hitam kebiruan. Kalau ada bulu putih, kuning@oren sikit² di badan xda masalah untuk buat pembaka. ( untuk pertandingan lain cerita )

2. Berat sekurang-kurangnya 3 kg & keatas.

3. Tinggi sekurang-kurangnya 2 kaki & keatas.

4. Ekor sekurang-kurangnya sama panjang dgn tubuh ayam, lagi panjang lagi bagus.

5. Pandangan kasar tubuh, kaki & leher sama panjang. ( seimbang )

6. Bukan balong sisir @ ecer.

7. Roma bulu rambai oren kemerahan, oren sunkis @ kuning xda masalah. Sebab roma xada kelebihan pun dlm pertandingan.

8. Ekor putih banyak @ sikit xda masalah. Asalkan ada putih.

9. Ada 5 logo @ xda xjadi masalah. Cukup sekadar ada salah satu drpd 5 tu. (kepala, kepala bahu, hujung sayap, lutut & ekor)

10. Last sekali ayam mesti sihat & boleh panjat ibu untuk buat pembaka😘

# So sahabat² yg dok tnya pm n wasap sy..jgn risau..yg mana ada tu buat dulu anak banyak². Ada anak pilih yg terbaik utk next level ke pertandingan. sbb dlm byk² ada yg turun mesti akan ada yg terbaik😊.

# Bab spec pertandingan nanti kita cerita lain. Sebab bila kata pertandingan mestilah ada syarat² & spesifikasi tertentu.😃

#semogabermanfaat
#segalakekuranganmohondimaafkan

Friday, 24 March 2017

Update terkini Pertandingan Ayam Ratu Kedah

Dari sumber FB
Assalamualaikum peminat2 ayam ratu malaysia..

Sedikit makluman berkenaan PERTANDINGAN AYAM RATU KEDAH 2017.

Perancangan awal PPARK bercadang untuk menganjurkan Pertandingan Ayam Ratu pada 1 April 2017. Tetapi atas beberapa kekangan pihak PPARK terpaksa menunda tarikh pertandingan tersebut pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Antara sebab utama tarikh pertandingan tersebut ditunda adalah :

1. Pihak juri profesional dari Thailand tidak dapat hadir pada tarikh tersebut. Difahamkan ada pertandingan di Thai.

2. Penaja utama iaitu YB kawasan tidak ada kelapangan pada tarikh tersebut.

3. Beri laluan untuk Mesyuarat Agong Persatuan yang perlu diselesaikan pada bulan April jugak.

Jadi pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan ini, insyaallah dalam masa terdekat pihak PPARK akan mengumumkan tarikh Pertandingan tersebut.

Setakat hari ni belum ada confirmation tarikh untuk pertandingan tersebut. Bulan april insyaallah. Kita sama2 doakan supaya segala urusan dipermudahkan.

P/s :

1. Sebarang hebahan maklumat berkenaan Pertandingan Ayam Ratu Kedah 2017 hanya akan dilakukan oleh individu yang berautoriti dari persatuan sahaja.

- SU persatuan : Mohd Nor Yaacob
- Timb. SU : Hafizul Pijonjitra

* maklumat selain daripada 2 orang wakil persatuan tersebut adalah tidak benar.

# hint😄 dah boleh pakat2 persiap ayam dari sekarang👍😁insyaallah bulan april jugak. Tarikh?? tunggu..

Wednesday, 8 March 2017

Pertandingan ayam ratu Pertama di Kedah

Rujukan Gambar dari Group Ayam Ratu Kedah

Permullan yg baik bagi Peminat ayam ratu Malaysia dimana Pertandingan Pertama yg telah diadakan di Semeling Agro Farm.












Berikut adalah keputusan pertandingan ayam ratu di Semeliang Agro Farm pada 05 Mac 2017
KATEGORI INDUK
JOHAN : SUHAIMI ABDUL HAMID
KEDUA : MOHD ASWAD
KETIGA : AHMAD SAMSUDIN
RATU: KATEGORI A
(3.51 kg dan ke atas)
JOHAN : LB DEDAK
KEDUA : SHAHABUDIN
KETIGA : PIAN
RATU : KATEGORI B
(3.50 kg dan ke bawah)
JOHAN : FARM AFG
KEDUA : AHMAD AMIZUL
KETIGA : PIAN
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta. Sebarang kelemahan, kami susun sepuluh jari mohon maaf. In shaa Allah di lain waktu, kami akan cuba yang lebih baik.
Terima kasih.