Pelbagai cara kita untuk melepas kan tekanan termasuk dengan cara membelai binatang peliharan anda. Tetapi dengan kita membela binatang seperti ayam kita akan merasa dapat melepaskan tekanan terutama bila balik kerja. Saya dan anak-anak akan memberi makanan pada semua ayam sabung. Mereka sangat teruja dan sangat menyukai ayam yg dibela. Ia juga merapatkan kasih saying antara saya dan anak-anak. Anak saya amat menyukai ayam teruna esset ekor lambak ini kerana kami membela sejak dari dalam telur. Telur dieram dalam incubator dan selepas menetas kami membela dalam rumah diletakkan (didalam bakul dgn bekalan mentol 5 watts). Apabila mencecah sebulan keatas barulah diubah ke luar dengan cahaya mentol dibekalkan sehingga 2bulan. Sepanjang tempoh ini anak-anak saya akan bermain dgn anak ayam ini sehingga mereka semua menjadi jinak. Bayangkan ayam ini menghargai kita jika kita memberi makan pada nya, mereka akan berjinak –jinak dgn kita. Demikian juga kita , patut bersyukur padaNya Allah yg sentiasa memberi rezeki pada kita. Kita kena sentiasa beringat padaNya.
Terdapat permintaan bagi megadu ayam-ayam sabung
pelihaaran kami sebelum pembeli membeli bakanya. Tetapi kami menolak
kesemuanya kerana ayam sabung dibela bukan untuk diseksa, tetapi utk
dibelai. Cuma kadang ayam kami terlepas dan bergaduh
sesama sendiri secara tidak senaja.
Terapi haiwan peliharaan atau dinamakan pet therapy
atau animal assisted therapy (AAT) ini sudah menjadi satu fenomena baru
di Barat setelah para saintis yang melakukan kajian mendapati para
pesakit yang memiliki haiwan peliharaan lebih
terurus ketika berhadapan dengan tekanan perasaan berbanding dengan
pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan.
Satu dokumentari tentang merawat remaja liar dan
bermasalah dengan terapi binatang telah berjaya menjadikan mereka
manusia semula. Setiap pelajar sekolah pemulihan akan diberikan pilihan
untuk mebela binatang yg menjadi kesukaan mereka.
Mereka akan bertanggung jawab dalam permakanan, pembersihan dan
penjagaan. Dengan meberi kasih sayang pada binatang mereka dapat
membuang sifat yg buruk seperti mencuri, memukul dan lain-lain.
Bahkan kajian di Hospital Bandaraya New York telah
mendapati para pesakit jantung yang memiliki haiwan peliharaan lebih
panjang usianya setelah keluar daripada hospital berbanding dengan
pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Kewujudan
haiwan peliharaan juga didapati lebih berkesan untuk memberikan semangat
dan belaian kasih sayang berbanding dengan kehadiran teman hidup dan
sahabat handai.
Selain itu, pemilikan haiwan peliharaan bukan
sahaja boleh mengubati rasa kesunyian, malah mampu mendidik pemiliknya
rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap entiti lain serta menjadi
platform awal untuk bergaul secara lebih sihat dengan
masyarakat. Dengan menyayangi binatang pemilik juga akan lebih
menyayangi org sekeliling. Bg anak-anak kecil ia merupakan latihan utk
menyayangi org lain apabila dewasa nanti. Apabila diperhatikan insan yg
menyayangi haiwan akan menghargai dan menyayangi orang
lain.
No comments:
Post a Comment