Wednesday, 27 November 2013

Ayam betina berkokok.

Di JAA kami mempunyai seekor ibu ayam yg pandai berkokok seperti ayam jantan. Gambar seperti dibawah.
Ibu ini dipadankan dengan Bapa Kamji kerana saiznya yg heavyweight.
Bagi Otai yg diluar sana minta pendapat atau info mengenai ibu ayam boleh berkokok seperti ayam jantan. Telah cuba utk ambil video, tapi bila bersedia ibu tu pulak tak mau bunyi.

Monday, 25 November 2013

Anak kecil baka Esset penuh untuk dijual. Bapa+ ibu dan tok + wan mereka seperti gambar dibawah.

JA telah berjaya membiak baka Esset ini dengan menetasnya anak baka ini dalam 15 ekor. Bagi sesiapa yg berminat untuk mendapat benih ini boleh hubungi kami segera.

Ciri Esset penuh:
Ekor lambak yg panjang dan besar.Boleh panjang dan besar lagi kerana masih muda.

Bulu kuning penuh

Kaki yg mempunyai sisik yg cantik.

Ibu dari baka terpilih.

Baka asal dari kedua-dua induk dibawah.Tok dan Wan mereka.

Sunday, 24 November 2013

Lawatan ke Zoo Taiping

Hari ini kami telah mengadakan lawatan ke Zoo Taiping sempena cuti sekolah.

 Perjalanan bermula disini.










Thursday, 21 November 2013

Projek bagi 2014

Bagi 2014 JAA telah mensasarkan seperti dibawah.

1. Pembinaan reban terbaru  yg saiz nya lebih besar dari sekarang. Status dalam pembinaan di jangka pertengahan Disember 2014.Kapasiti tempat untuk induk 4 pasang dan seterusnya reban anak 5 petak untuk anak pelbagai saiz bagi tahun depan 2014.


Setelah Siap pertengahan Disember 2013.


2. Baka terbaru ayam Filipina original  yg cantik bagi belaan sebagai hobi.
    Status: Telah dapat dan masih dalam peringkat pembelajaran mengeai ayam sabung Pilipina.
 Anak kecil yg berada di JAA.Akan di update perkembangan ayam pilipina dari kecil hingga dewasa.


Seminggu
Dua minggu


Gambar dr blog sahabat.

 3. Menambah kapasiti ayam bagi pelbagai variasi selaras dengan penambahan reban. Variasi dibawah didalam perancangan kami.
     a. Ayam sabung warna Bunga Raya.
         Status: Akan Datang.Gambar dr blog sahabat.
     b. Ayam sabung warna Kelabu.
         Status: Akan Datang..Gambar dr blog sahabat.

    c. Ayam sabung warna Rinting Emas.
        Status: Akan Datang.Gambar dr blog sahabat.

     d. Ayam sabung Saigon/ Vietnam.
         Status: Akan Datang..Gambar dr blog sahabat.

Di harap pada awal Jan 2014, kami akan merealisasikan impian kami bg mendapatkan baka bermutu.
Doa kan kami. Insyallah.



  

Sunday, 17 November 2013

Projek pembiakan terbaru kami, lain sikit dari yg lain .

Baka terbaru kami.
 Di beri nama Tom and Jerry oleh anak-anak. Harap dapat di biak baka kan. Banyak pokok rambutan , pelam dan lain-lain habis di belasah oleh ibu bapa Tom and Jerry ni.

 Tom


Jerry

Terjatuh dari pokok pinang semasa JAA sedang memberi makan ayam sabung. Tinngi jugak tapi selamat.

Sayang nya pada 29 Dec kedua dua nya sudah tiada di dunia ini.

Monday, 11 November 2013

Apa itu Kemin ? Kenapakah ia digunakan pada ayam sabung yg diimport.


 Bulu pada pangkal akan berwarna kuning kunyit.




Bulu juga kelihatan kuning  seperti dibawah hasil dari pengunaan Kemin.
Merawat kulit dan bulu ayam laga merupakan hal yg sangat diperhatikan oleh penggemar ayam laga dan ayam aduan di negeri asalnya, Thailand. Salah satu cara yang digunakan adalah penggunaan KEMIN yg membuat warna bulu menjadi kuning, dimana penggunaan KEMIN ini menjadi salah satu ciri khas ayam laga IMPORT asli dari Thailand. Beranggapan penggunaan kemin hanya mempertebal kulit sahaja, padahal kemin juga bertujuan untuk mempermudah peredaran udara pada bulu ayam.

Kulit ayam yg tidak mempunyai kelenjar keringat dipisahkan menjadi 2 bagian penting yaitu Epidermis dan Dermis. Epidermis merupakan bagian luar dari kulit yg terdiri dari Stratum Germinativum dan berikutnya Stratum Corneum. Stratum corneum merupakan bagian kulit paling luar yang terdiri dari sel yg pipih, mengeras dan disertai beberapa sel yg mati.
Alasan ayam dikemin adalah sesuai dengan manfaat kemin itu sendiri yaitu untuk kesihatan kulit ayam dimana bulu itu tumbuh menancap,juga menghindari penyakit kulit dan kutu.

Bulu ayam menutup seluruh tubuh sebetulnya berfungsi untuk menjaga suhu badan dari udara dingin, terutama bulu halus yg menyelimuti seluruh tubuh, sedangkan bulu sayap dan bulu ekor sebagai alat terbang dan kemudi. Pada ayam laga, bulu halus diubah fungsinya sebagai alat pendingin, bukan sebagai penjaga suhu tubuh agar keseimbangan suhu tubuh ayam laga dapat terjaga dan tidak terbuang keluar.

Sebagai yang telah diinformasikan di atas, tujuan pemberian kemin adalah utk mempertebal kulit, pemberian kemin dapat dilakukan dengan mencampurkannya dengan kapur sirih sehingga dapat memberikan hasil yang lebih maksimal. Selain itu pemberian kombinasi ramuan ini juga ditujukan untuk melarutkan lemak yg ada pada bulu halus yg menutupi tubuh ayam, sehingga air akan mudah menyerap ketika bulu dibasahi dan juga mudah menguap ketika suhu tubuh meningkat seiring dgn meningkatnya aktivitas tubuh ketika ayam laga diadu.

Ayam akan melakukan pernapasan sangat cepat ketika merasa kepanasan, hal ini adalah satu-satunya cara bagi ayam untuk membuang panas tubuh, karena ayam tidak mempunyai kelenjar keringat. Pembuangan lemak pada bulu halus tubuh ayam akan mempermudah sirkulasi udara yg mengandung uap panas dari badan ayam ke udara. Dengan tanpa hambatan lemak yg melindungi bulu halus ayam, maka akan sangat membantu bagi ayam laga untuk menurunkan kembali suhu tubuhnya dan akan membuat ayam tdk terlalu terengah-engah ketika bertarung.


Dirujuk pada blog sahabat



Tuesday, 5 November 2013

Pembaka utama kami.

1. Kamji bulu singa.

 2. Si Esset

 3. Si Rambo Eche / balung sisir

 Penghulu reban Kg Besar Agrofarm.

 Untuk mengetahui jenis baka dan salasilah sila hubungi kami.

Sunday, 3 November 2013

Lawatan ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah.

Permandangan di Jambatan Tasik Beris
Bergambar di depan Galeri jualan

Anggur di atas kepala

Cara pokok ditanam

Rehat sekejap

Angur hitam ada dan putih pun ada.

Friday, 1 November 2013

Ayam sebagai terapi minda


Pelbagai cara kita untuk melepas kan tekanan termasuk dengan cara membelai binatang peliharan anda. Tetapi dengan kita membela binatang seperti ayam kita akan merasa dapat melepaskan tekanan terutama bila balik kerja. Saya dan anak-anak akan memberi makanan pada semua ayam sabung. Mereka sangat teruja dan sangat menyukai ayam yg dibela. Ia juga merapatkan kasih saying antara saya dan anak-anak. Anak saya amat menyukai ayam teruna esset ekor lambak ini kerana kami membela sejak dari dalam telur. Telur dieram dalam incubator dan selepas menetas kami membela dalam rumah diletakkan (didalam bakul dgn bekalan mentol 5 watts). Apabila mencecah sebulan keatas barulah diubah ke luar dengan cahaya mentol dibekalkan sehingga 2bulan. Sepanjang tempoh ini anak-anak saya akan bermain dgn anak ayam ini sehingga mereka semua menjadi jinak. Bayangkan ayam ini menghargai kita jika kita memberi makan pada nya, mereka akan berjinak –jinak dgn kita. Demikian juga kita , patut bersyukur padaNya Allah yg sentiasa memberi rezeki pada kita. Kita kena sentiasa beringat padaNya.
Terdapat permintaan bagi megadu ayam-ayam sabung pelihaaran kami sebelum pembeli membeli bakanya. Tetapi kami menolak kesemuanya kerana ayam sabung dibela bukan untuk diseksa, tetapi utk dibelai. Cuma kadang ayam kami terlepas dan bergaduh sesama sendiri secara tidak senaja.
Terapi haiwan peliharaan atau dinamakan pet therapy atau animal assisted therapy (AAT) ini sudah menjadi satu fenomena baru di Barat setelah para saintis yang melakukan kajian mendapati para pesakit yang memiliki haiwan peliharaan lebih terurus ketika berhadapan dengan tekanan perasaan berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan.
Satu dokumentari tentang merawat remaja liar dan bermasalah dengan terapi binatang telah berjaya menjadikan mereka manusia semula. Setiap pelajar sekolah pemulihan akan diberikan pilihan untuk mebela binatang yg menjadi kesukaan mereka. Mereka akan bertanggung jawab dalam permakanan, pembersihan dan penjagaan. Dengan meberi kasih sayang pada binatang mereka dapat membuang sifat yg buruk seperti mencuri, memukul dan lain-lain.

Bahkan kajian di Hospital Bandaraya New York telah mendapati para pesakit jantung yang memiliki haiwan peliharaan lebih panjang usianya setelah keluar daripada hospital berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Kewujudan haiwan peliharaan juga didapati lebih berkesan untuk memberikan semangat dan belaian kasih sayang berbanding dengan kehadiran teman hidup dan sahabat handai.

Selain itu, pemilikan haiwan peliharaan bukan sahaja boleh mengubati rasa kesunyian, malah mampu mendidik pemiliknya rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap entiti lain serta menjadi platform awal untuk bergaul secara lebih sihat dengan masyarakat. Dengan menyayangi binatang pemilik juga akan lebih menyayangi org sekeliling. Bg anak-anak kecil ia merupakan latihan utk menyayangi org lain apabila dewasa nanti. Apabila diperhatikan insan yg menyayangi haiwan akan menghargai dan menyayangi orang lain.

Dipetik dan diolah dari beberapa Bloger sahabat.