Monday, 21 January 2013

Wabak Sampar/ND mula menyerang di sebelah utara

Semalam 20/1/2013 JAA mendapat matlumat dari beberapa orang rakan ternak yang sampar/ND telah mula menyerang reban mereka. Dengan itu JAA telah berhenti bagi kemasukkan benih baru. bagi yang masih di JAA adalah diharap vaksin yang diberikan kan bertindak dengan baik bagi melindungi ayam-ayam JAA. bagi rakan yang belum memberi vaksin pada ayam mereka adalah diharapkan cepat berbuat demikian kerana vaksin akan berkesan apabila selepas 2 minggu atau sebulan selepas diberi. Bagi yang ada tanda tanda sampar cuba asingkan dan beri rawatan Tetra Clor , tapi yg dah serius memang tiada harapan. kalau ada tanda tanda jangan beri vaksin kerana vaksin adalah dr kuman yg lemah, jika diberikan kepada yg telah berjangkit maka ayam akan cepat mati kerana jumlah kuman dalam badan bertambah . Ini kerana antibodi yg lemah menyebabkan kuman yg lemah menjadi lebih kuat.
Alhamdulillah sampai sekarang 29/1/2013 tiada pun seekor dijangkiti Sampar.


 Apa apa pun rezeki di tangan Allah.

No comments:

Post a Comment