Monday, 29 September 2014

Baru tiba baka ekor keras dan Madagaskar

Kami sedang mencuba 2 jenis baka baru  untuk memenuhi permintaan pelanggan kami.
Baka ekor keras
 BakaMadagaskar

Tuesday, 23 September 2014

Baka terbaru yg dalam proses

Kami JAA sedang menunggu baka ayam sabung dara utk eksperimen seterusnya.
Dijangka sampai pada jumaat ini.

Saturday, 20 September 2014

Terima kasih kepada Pegunjung semua kerana blog kami telah hit 100,000

Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca dan pelanggan yg telah menjadikan blog kami sebagai rujukan anda. Sebenarnya itu lah hasrat kami JAA un menjadikan blog kami sebagai penyampai ilmu kepada rakan sehobi.

Dengan pencapai ini kami lebih bersemangat lagi untuk berkongsi ilmu kepada semua , mungkin ini sebagai saham akhirat kami.
kami juga telah menerima maklum balas dari org perseorangan dan pelajar yg menjadikan beberapa artikel kami sebagai rujukan untuk menambah ilmu dan Thesis pelajar Universiti.
Blog kami bukan terbaik , tapi kami akan buat yg terbaik bagi berkongsi ilmu dengan pembaca semua. Tanpa anda siapa lah kami.
Segala ilmu yg dikonsi adalah pemngalaman sebenar kami dan otai yg pakar dalam bidang penternakan.
Artikel mengenai perkembangan ayam Bantam dari baru menetas sehingga ayam bertelur mengambil masa hampir 9 bulan bagi menyiapkan. walau bagaimana pun kami berpuas hati kerana ia telah menjadi rujukan penternak lain yg ingin membiak ayam Bantam Emas.

http://ayamtanduksatu.blogspot.com/2013/02/proses-perkembangan-dan-tumbesaran-anak.html
 
Wasallam.

Sunday, 14 September 2014

Tip menghantar ayam mengunakan bas ekspress



JAA telah berjaya menghantar anak ayam sabung ratu kepada pelanggan dibeberapa buah negeri. Berikut adalah tip berguna kpd penternak lain yg ingin mengepos ayam anda.
1. Iklankan ayam anda di internet spt mudah, FB dan lain lain.
2. Apabila mendapat pelangan yg jauh memerlukan penghataran mengunakan bas ekspress, hendak berbincang bagi menentukan jumlah harga utk pengeposan. Setelah dipersetujui pembeli, pembeli akan Bank In duit.
3. Cuba pergi dahulu ke stesen bas bagi mengetahui jadual perjalanan bas bagi memudahkan kita dan cuba cari driver yg boleh bawa barangan kita..
4. Selepas itu pada tarikh di tetapkan, Pastikan kotak yg sesuai dan mempunyai pengaliran udara yg baik dan sesuai untuk perjalanan jauh di pak ayam yg hendak dihantar. Beri makan yg keras seperti padi, gandum atau jagung utk memastikan ayam kita tidak lapar semasa dalam perjalanan.Sila tunggu Bas 15 minit awal supaya senang berurusan dgn driver. Driver akan menetapkan jumlah yg perlu dibayar. Bagi yg sudah biasa dgn kita mungkin bayaran lebih istimewa.
5. Ambil nombor bas , jangka masa sampai ke destinasi dan telefon driver, berikan pada pembeli kita.

Selamat mencuba bg penternak yg cuba untuk mengimpot ayam anda keluar dari negeri.