Saturday 24 January 2015

Ayam hutan hijau kacukkan @ ayam berkisar ori utk 2016

Semalam JAA telah menerima dua ekor anak betina ayam berkisar dari seorang rakan penternak yg berasal dr Indonesia. Ayam berkisar hitam dan merah.

Ayam berkisar Hitam

Ayam Berkisar Merah

Bagi menghasilkan baka baru, ayam ini akan cuba dikacukkan dengan ayam Filipina , Siam dan Malaysia supaya akan dapat dihasilkan baka antarbangsa.

 Sumber Wikipedia:

Ayam bekisar adalah hasil perkawinan antara ayam hutan hijau jantan (Gallus varius) dan ayam kampung/ayam buras betina (Gallus gallus domesticus).

Ada tiga tipe ayam bekisar, yaitu :

    Gallus aenus yang berjengger bergerigi 8 kecil, pial berukuran sedang, warna bulu pada lapisan atas ungu dengan plisir kuning emas.
    Gallus temminckii memiliki jengger bergerigi enam, pial berwarna jambu, bulu merah mengkilap dan berplisir merah kecoklatan.
    Gallus violaceus dengan jengger bergerigi bagus, ukuran pial sedang, warna bulunya ungu dengan permukaan yang halus.

Ayam bekisar memiliki ukuran lebih kecil dibandingkan ukuran ayam kampung jantan, tetapi lebih besar daripada induk jantannya. Warna bulunya hitam kehijauan dan mengkilap. Memiliki suara yang halus dan khas: tersusun dari dua nada.

Ayam bekisar, karena ia hasil persilangan antara dua jenis yang berbeda, biasanya mandul. Namun, tidak semuanya demikian. Ada pula ayam bekisar (jantan atau betina) yang bila dikawinkan dengan ayam kampung menghasilkan keturunan.

Ciri-ciri khusus dari ayam bekisar yang paling menonjol adalah bentuk bulu leher yang ujungnya bulat/lonjong bukan lancip. Jika dibandingkan dengan ayam jago biasa maka akan terlihat jelas. Bentuk ayam yang mirip sekali dengan bekisar adalah hasil silangan ayam bekisar dengan ayam kampung yang dinamakan bekikuk. Bentuk dan posturnya sama, hanya kadang-kadang pial dan bulu lehernya yang berbeda.

Ayam bekisar merupakan hewan khas Pulau Kangean, Kabupaten Sumenep, hewan ini merupakan fauna maskot provinsi Jawa Timur.

Contoh dari sumber internet:
Berkisar Hitam


Berkisar Merah

Ayam Hutan Hijau Asli.


Friday 16 January 2015

Projek 2016: Ayam Sabung Siam Baka Panus

Pihak kami akan mebawa ayam sabung baka Panus bagi tujuan pembiakkan di JAA. Diharap akan berkembang biak dengan jayanya disini.

 Panus semasa baru tiba di JAA

Gambar semasa ditempat tuan lama.
Di petik dr blog ayam siam pokdek
PANUS mempunyai keistimewaan tersendiri, bg betina panus kelebihan ia menyerap benih dari pembaka...sebagai contoh ibu panus jalan lock di cross dengan pembaka hujung ketip bulu maka anaknya akan keluar dengan jalan lock, ketip bulu dan kaki yg tepat..manakala sekiranya induk panus lock dengan serong baik di cross dengan pembaka batang kaki tembak depan deras dan pukul belakang bermakna anak yg keluar pastinya mempunyai jalan lock,  serong,pukul belakang, tembak depan dan kaki deras...
Jadi kesimpulan yg abe ingin terangkan di sini ibu PANUS  ni dia bersifat multifunction dan fully transper bloodline..tidak seperti induk lain dimana ia tidak akan keluarkan keseluruhan skill yg ada pada pembaka dan juga induknya...tidak sepertibinduk panus sekiranya pembaka ada 4 skill dan induk ada 3 skill bermakna kebanyakkan anak yg keluar akan menyerap habis keseluruhan 7 skill yg ada....
Baka panus juga sering di kategorikan ayam yg mempunyai buah magik yg sukar diduga, pandai membaca gerak lawan dan sukar untuk di tumbangkan kerana semangat juang yg tinggi

Sunday 4 January 2015

Reban utk 2015


Kami sedang membina sebuah reban besar, bagi menambah lagibaka ayam terpilih untuk dibiakkan. Hasil dari maklum balas pelanggan , kami akan cuba membawa lebih banyak ayam ratu untuk dibiakkan disini .
Kami akan cuba menjadi penbiak utama ayam baka ratu disebelah utara, walaupun itu adalah mustahil, kami bermula dengan sepasang ayam sabung pemberian Usaha Farm sehingga kini , kami telah berjaya membekalkan ayam yg berkualiti keseluruh semenanjung Malaysia pada harga mampu milik. Matlamat kami ingin berkongsi ayam baka ratu agar suatu hari nanti akan ada pertandigan ratu cantik ayam seperti pertandingan ayam serama.
Matlamat kami pada 2015, kami akan cuba membawa baka Pradu Ham Dam (PHD).

Terima kasih kepada semua yg pernah datang dan membeli baka kami.


Friday 2 January 2015

Upgrade inkubator menjadi cekap tenaga

Inkubator ini telah di naik taraf supaya menjadi jimat tenaga dengan menambah polystyrene sekeliling kerana sifat polystyrene yg dapat mengekalkan dan memerangkap haba. menjadikan ia pilihan bg upgrade.


 Sebelum: Lampu akan bernyala lebih byk dan tutup sekejap kerana plastik tidak dapat mengekalkan dan memerangkap haba dgn baik.Lampu sentiasa akan On dan Off kerap bg mengekalkan suhu oleh Thermostat.


Selepas:Lampu akan bernyala "Ön" lebih pendek dan padam "Öff" lebih lama kerana polystyrene dapat mengekalkan dan memerangkap haba dgn baik.Dengan ini pengunaan eletrik lebih jimat dan pengunaan tenaga lebih cekap.

Diharap ilmu ini dapat dikongsi oleh pemilik inkubator plastik yg lain.
Insyaallah.