Monday 20 October 2014

Baka Ayam Toon 5 logo

JAA menerima seekor baka import otai yg sedang dalam pembiakkan, baka import yg telah memenangi beberapa kali kejohanan yg di bawa kesini untuk pembiakkan. 5 logo dikatakan mempunyai warna putih pada kepala, kepak kedua dua belah , paha kedua dua belah dan ekor berwarna putih.
Panduan dari Internet spt dibawah.


Saturday 18 October 2014

Ayam Fipilina Sweater telah tiba.

JAA telah menerima sepasang baka sabung terbaru iaitu Ayam Fipilina Sweater original. Baka ini dipilih kerana ekor yg menarik.Ekor pacak naik dan besar. Walaupun saiznya hanyalah sebesar ayam hutan tetapi ianya mempunyai nilai eksotik tersendiri.
Contoh induk sweater dari Blog lain.
 Kami akan cuba silang baka bagi mendapatkan Baka Hybrid terkini yg menarik utk tujuan hiasan.
Ciri ayam filipina Asli adalah seperti berikut:
a.Kepala kecil
b.Badan kecil
c.Sayap panjang
d.Kaki kecil
e.Agak agresif
f. Bertarung secara terbang.
g.Paruh yg panjang

 Diharap akan membesar dan membiak di JAA.

Tuesday 14 October 2014

Teknik Pesum yg berkesan dan Baka Filipina yg akan sampai di JAA.

Kadangkala berlaku apabila ayam yg hendak di pesum akan bergaduh sama ada  bapa memukul ibu atau ibu memukul bapa. Perkara in terjadi kerana kedua dua induk tidak saling mengenal dan mengangap sebagai musuh. Bagi menangani masalah ini JAA ingin berkonsi kaedah berkesan yg telah di gunakan sejak setahun dulu.
Reban Jodoh.
Ruang untuk kedua dua induk disebelah satu sama lain.

Iany dipisahkan dengan jaring yg boleh dilihat oleh kedua dua induk supaya saling mengenali. Jaring plastik hijau ini ada terbaik kerana lebih fleksibel dan tidak akan mencederakan induk jika bergaduh melalui jaring ini.
Selepas seminggu ambil bapa dan pindahkan ke ruang ibu. Insyaalah kedua dua nya akan lebih cool kerana sudah kenal. bak kata orang tua " Tak kenal maka tak cinta"
Selamat mencuda dengan tips yg berguna ini.

Baka Filipina juga dalam perhatian kami dan dijangka sampai sabtu ini



Diharap baka ini juga akan berkembang biak disini (JAA).

Friday 3 October 2014

Ayam sabung Baka Jambul Helang

Kini telah sampai baka terbaru kami Ayam sabung Baka Jambul Helang. Baka yg mempunyai jambul menjadi kegilaan peminat sabung setelah di Thailand seekor ayam sabung yg mempunyai jambul helang menang dalam taruhan besar. Kami bukanlah menyabung ayam , tetapi disebabkan jambul yg eksotik. Kami cuba membiak jenis ini.

Diatas kepala mempunyai jambul helang.

 Dara 4 bulan yg baru tiba.
Kini JAA telah mempunyai banyak koleksi baka ayam sabung pelbagai negara yg unik untuk haiwan kesayangan.Antara ayam unik adalah sisik tapak, sayap dua lapis, ayam baka burma, ayam baka Veitnam, ekor panjang@rau, ayam madagaskar dan terbaru ayam sabung jambul helang.
Pada 2015 kami akan cuba sekali lagi untuk Projek ayam sabung filipina yg gagal sebelum ini.

Thursday 2 October 2014

Eksperimen terbaru kami: Menghasilkan baka Saigon Botak bermutu untuk Projek 2015

Eksperimen terbaru kami: Menghasilkan baka Saigon Botak bermutu untuk Projek
Mengikut matlumat dari sumber lain (Internet):

“Ayam saigon aduan yang terlahir memiliki kepala gundul atau botak sejak lahir secara garis keturunan merupakan ayam yang berasal dari madagascar, bukan vietnam. seperti yang sudah dihak patenkan di dunia internasional perayaman, ayam ganoi ( ayam saigon aduan ) yang merupakan ayam yang berasal dari vietnam aslinya tidak berkepala gundul. dikutip dari buku buku tua GameFowl "sabung ayam seluruh dunia" yang di tulis oleh Dr. Finsterbusch, Werner Lamkemeyer mendapat informasi tentang keaslian ayam vietnam ini. di dalam buku tersebut dijelaskan bahwa sekitar 10.000 tahun yang lalu, imigran malaioiden coklat atau kuning ( orang berketurunan asia ) mengimpor ayam gundul madagascar sebagai hewan peliharaan, ke wilayah asia ( benua nusantara dan negara-negara seperti indonesia, laos, kamboja dan vietnam ) yang diambil dari pantai timur afrika selatan sampai dengan madagaskar dan beberapa pulau kecil di sekitarnya dengan menggunakan kapal layar kecil atau kano.

Adat-istiadat sabung ayam yang ada di negara vietnam mewajibkan ayam yang diadu harus digundulin atau botak dalam setiap pertandingan, dengan asumsi bahwa ayam aduan yang gundul akan sulit dipegang, mudah dirawat atau diurut leher dan pahanya sehingga kulit menjadi merah dan tebal. maka dengan adanya ayam madagascar yang memang sudah gundul sejak lahir ini, menimbulkan ketertarikan untuk menyilangkan dengan ayam keturunan asli vietnam dan keturunan juara lainnya.
Sehingga terciptalah keturunan atau darah ayam GA DON. yang terdiri dari 2 jenis yaitu :
·         Keturunan atau darah MA LAI ( sudah terlahir dalam keadaan tidak gundul )Ayam keturunan ini terkenal dengan julukan ayam vietnam atau Ganoi
·         Keturunan atau darah MA CHI ( sudah terlahir dalam keadaan gundul ) “
Berdasarkan artikel diatas kami ingin membuktikan Ayam Saigon disilangkan biak baka dengan  dengan Ayam Madagascar akan menjadi ayam Saigon Botak @ Ganoi. Kami akan meggacukkan Ayam Saigon Asli yg mempunyai bulu nipis dikepala dengan Ayam Madagascar Asli bg menghasilkan Ayam Saigon Botak JAA. Diharapkan Projek ini akan Berjaya.

Ayam Jantan Saigon Asli balung angsa


Ayam Betina Madagascar Asli


Nantikan hasilnya nanti bagi peminat ayam Botak..

Setakat ini penghasilan ayam baka ratu kami mendapat sambutan luar biasa dari peminat semua di seluruh Negara. Kami tidak dapat menampung permintaan anda, bg yg dah membuat tempahan adalah diharap bersabar.