Sunday 24 August 2014

Cuba pulak Ayam Api Api Putih (Snow White Pintade/ Faraona)

JAA cuba membiakan baka ini pula, kerana percubaan pertama membesarkan seekor ayam mutiara biasa telah berjaya. Setelah tahu selok belok ayam ini, kami telah mengambil keputusan untuk mencuba membesarkan sepasang ayam mutiara putih. Diharapkan ia kan berkembang biak disini. ayam mutiara seperti burung kuang dan penjagaan tidak rumit kerana ia tahan lasak.

Wednesday 20 August 2014

Monday 18 August 2014

Penvaksinan Berjadual dan induk baru baka ratu & baka baik

Pada 16 August 2014 kami telah memberi vaksin kepada semua ayam direban kami. diharapkan semua ayam kami akan sihat supaya pembeli yg membeli direban kami lebih puas hati kerana ayam sedia divaksin. Pihak kami mempunyai prisip tidak akan menjual ayam yg tidak sihat kepada pelanggan. Alhamdullilah setakat ini, baka yg kami ternak mempunyai permintaan yg tinggi.

Bagi menghasilkan baka yg bermutu, kami telah menerima baka tebaru dan terkini.
Diharapkan kami akan berjaya dlm usaha ini.

Baka ratu ( jenis ekor panjang dan meleter ketanah)


Baka Susuh  (baka baik dari janis yg mempunyai rekod )

3 ekor anak muda yg bakal dibiakkan.




Thursday 14 August 2014

Induk muda Ayam sabung Siam Ratu

Seperti yg disasarkan untuk 2015, Kami JAA akan cuba membawa dan membiakan ayam baka ratu bagi memenuhi permintaan peminat ayam cantik @ ratu.

 Baka ratu Toon yg mempunyai ekor panjang dan meleret hingga ketanah telah pun dewasa dan mula utk dibiak baka.