Tuesday 26 February 2013

Proses perkembangan dan tumbesaran anak ayam bantam emas @ batik emas / Bantam chicks growth development stage.

Telur bantam kebiasaan nya akan menetas pada hari yg ke 21. Tetapi ada juga yg hanya 18 hari seperti di JAA.

Anak bantam semasa baru menetas didalam inkubator

 Selepas 2 hari
Seminggu: Bulu pelepah batik emas telah keluar

 2 minggu: Bulu pelepah batik emas semakin banyak  keluar

3 Minggu.Bulu bahagian belakang,dada dan ekor semakin banyak keluar.
Hampir sebulan : bulu sayap sudah penuh.

Sebulan ++. balung Rose comb mula nampak bagi jantan. Bulu dikepala telah mulai penuh



Usia 2 bulan. Semua bulu telah mulai penuh.

Usia 3 bulan. Perubahan ketara pada yg jantan sahaja balung rose comb makin besar

Usia 4 bulan. makin galak berkokok.
 
 
 
 
Bila Sudah menjadi induk. 5 Bulan keatas.
Jantan
Betina
 Alhamdulillah dgn izin Allah JAA telah berjaya memuat turun gambar bantam dari kecil sampai besar untuk tujuan rujukan rakan penternak bagi memahami perkembangan ayam Bantam. Diharap pembaca mendapat faedah dari artikel ini. Wassalam.

Friday 15 February 2013

Cara mengenal pasti jantina dari telur, anak baru menetas dan sebulan keatas./ Way to identify the gender of the eggs, newly hatched young and one month of age.

 1. Bentuk telur
Pertama, telur yang bujur berkemungkinan besar anak jantan manakala berbentuk bulat pula anak betina. In berdasarkan pengalaman beberapa sahabat.  Lihat gambar dibawah, walaupun dari ibu yg sama, tapi bentuk telur berlainan.
 
Telur diatas jantan manakala dibawah betina.
 
 
 2. Bulu pelepah pada sayap . Dalam hal ini adalah sayap pada anak ayam ia itu sayap primer dan sayap sekunder. Ayam betina lebih cepat tumbuh dari pada ayam pejantan. Manakala yg jantan biasanya lebih cepat besar.

Gambar atas betina manakala dibawah jantan 

 
Perbezaan gambar sayap jantan dan betina

 
 3. Alat kelamin.
Jantan mempunyai benjolan Untuk jantan memiliki tonjolan seperti jerawat atau lubang jarum berwarna kuning, putih dan bahkan ada yang hitam sedangkan untuk calon betina tidak ada. Bagi betina pula memiliki ovarium yang merupakan sel telur yang berbentuk seperti V.  Bagaimanapun sangat sukar bg penternak baru tetapi mudah bg yg berpengalaman.

 
4.Kedudukan leher, dgn menterbalikkan anak ayam kita dapat membezakan jantan dan betina.
 
Jika seperti dibawah adalah betina.
 
Jika seperti diabawah adalah Jantan.
 
4. balung. Bagi ayam yg mempunyai balung papan, balung jantan akan kelihatan berbanding dengan betina
5. Kedudukan kaki.
Betina: kaki akan diam dibawah.
Jantan: akan diatas dan kadang kadang atas dan bawah.
Walaubagaimana pun dinasihat kan berhati-hati nanti tercekik pula anak ayam dan mati.
 
 

Nota: Beberapa gambar diambil dari blog penternak lain.

Monday 11 February 2013

Telur Ayam Sabung Siam pembaka sudah mula menetas/ Siam cockfight chicken already started to hatch

JAA telah mendapat berita gembira degan kejayaan terbaru kami anak sabung baka siam. Dengan kaedah inkubator 3 sudah menetas dan lain masih dalam pengeraman.

Pembaka utama Sabung telah mula menebuk.


Anak pertama
Sihat dan hidup


ke2

ke3




Sunday 10 February 2013

Reban terbaru untuk ayam Bantam Emas @ Batik emas telah siap./ New homes for Golden Bantam chicken is ready.

JAA telah berjaya membina sebuah lagi reban yg mempunyai 3 bahagian yg boleh menempatkan anak kecil, Remaja dan Induk. Seperti gambar diatas.
Ayam Bantam di bahagian pertama.

Si Silkie bersama anak angkatnya.

Pekerja JAA sibuk memindahkan ayam ke tempat baru.




Wednesday 6 February 2013

Tip membela ayam bantam Sebright @ Batik Emas / Tips to take care Bantam sebright chicken.

Setelah, sekali JAA gagal dalam projek pertama membiak ayam bantam, JAA telah mencuba kali kedua. Alhamdulillah, ayam bantam makin berkembang biak di JAA. Berikut merupakan tips dari JAA berdasarkan pengalaman . Diharapkan bakal penternak akan dapat sedikit matlumat yg berguna. Ilmu yang baik dan berguna tak salah jika dapat berkonsi bersama.

Utk anak Ayam.
Anak begitu sensitif dan sukar dibela. Bg unmur kurang sebulan. Anda mestilah meletakkan lampu 5volt dan paling maksima 25 volt. Volt yg tinggi akan menghasilkan haba yg yang banyak dan akan menyebabkan anak ayam boleh mati.
Peratus kelansungan hidup anak yg menetas adalah 50%. Sebarang kesilapan akan menyebabkan kematian.
Berdasarkan pengalaman saya, anak anak mati selepas menetas kerana, anak ayam bantam akan menebuk awal kurang 18 har . Ini menyebabkan anak tidak cukup hari.
Air hendak sentiasa di pantau dimana ketinggian bekas minuman mestilah rendah dan selalu ditukar bagi menggelakkan anak dari sakit kerana meminum air yg kotor akibat campuran dedak dan najis.
 Dedak yg sesuai diberikan: Gold Coin 201C

Untuk ayam Remaja.
Ayam remaja kan mula berkokok apabila mencecah 3 bulan keatas. Masa remaja adalah masa penting bg perkembangan balung, bulu dan lain-lain. makanan yg cukup dan berkhasiat akan menghasilkan ayam yg cantik dan bermutu.Balung yg besar dan cantak merupakan ciri yg dicari oleh peminat bantam.
Di usia ini juga ayam agak bersikap agresif apabila kita mencampur dgn ayam lain dlm satu reban.
 Dedak yg sesuai diberikan: Gold Coin utk pedaging bg tumbesaran ayam ( bentuk panjang)

Untuk ayam induk.
Induk mestilah selalu diberikan antibiotik untuk memberi ketahanan badan terhadap penyakit. Induk betina akan mula bertelur selepas 5 bulan keatas. Telur yg bersaiz kecil dan betina akan cuba menyorok telur selepas bertelur. Seelok-eloknya jika ada inkubator kita menggunakannya kerana jika memberi ibu  mengeram telur ia cuma kan bertelur 6 ~8 biji.Tetapi jika kita mengambil telur setiap hari, ayam akan bertelur sehingga 16 ~18biji. Tapi pastikan anda perlu memberi dedak baka bagi menggelakkan induk betina kekurangan zat.
Bermula dari 31/12/2012 ayam bantam saya masih bertelur sehingga sekarang 11/3/2013  dan jumlah keseluruhan  16 biji.

Dlm keadaan unggul; Dedak biasa kadang -kadang kena diberikan gandum atau jagung hancur ( halus).
Dalam proses / sedang bertelur : Dedak Baka dicampur sedikit dgn dedak biasa. ini bertujuan  memberikan zat yg cukup utk menghasilkan telur yg bermutu.


Reban.
Reban mestilah tinggi 2 kaki dari paras tanah. Kerana najis yg jatuh akan kering dan wap yg mengandungi kuman dan bakteria akan berterbangan.
Ayam bantam mepunyai ketahan terhadap cuaca dan penyakit kurang dari ayam kampung. Reban hendaklah ditutup sebahagian besar reban kerana sensitif terhadap udara aliran udara yg kuat.
Pastikan sekali sekala ( 2 kali seminggu) kain yg menutup reban di angkat bagi memastikan cahaya matahari dapat masuk. Ayam bantam gemar berjemur bg mencantikkan bulu dan utk kesihatan.
Contoh :

 Didalan reban kita kena letakkan kayu kecil tempat seperti burung higgap kerana ayam bantam mepunyai sayap yg besar dan akan memanjat kayu sambil bermain main. Ini kan mengaktifkan ayam dan menjadikan lebih sihat. Dengan adanya sistem sangkar yang tersusun, sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dapat memisahkan ayam dari najisnya. Lantai mestilah dari jenis dawai bersilang supaya najis akan jatuh kebawah/ ketanah. Najis akan menjadi racun jika tidak diuruskan dgn sempurna.


Kacukkan.
Kacukan dengan beberapa jenis ayam lain akan menghasilkan ayam banyam yg tahan terhadap penyakit.
Ayam yg telah dikacukkan menjadi kebal terhadap penyakit akibat gabungan DNA. Wallahualam.

Vaksin
Vaksin untuk ND/Sampar juga penting bagi menjamin ayam imun terhadap virus ND. Pastikan ayam anda diberikan vaksin sewajarnya. Contoh nya setahun sekali.

Inkubator telur
Inkubator telur merupakan satu instrumen penting dalam memastikan telur menetas disebaik mungkin. Ayam Bantam yg mengeram telur akan kurang bertelur dan akan memiminimakan penngeluaran sebuah agrofarm. Peratus penetasan melalui ibu mengeram agak rendah disebabkan masalah cuaca dan lain-lain. Pengeraman melalui inkubator yg sesuai akan memastikan suhu dan kelembapan terkawal dan kejayaan penetasan telur bertambah tinggi.
Seeloknya bahagikan beberapa bahagian inkubator seperti diatas untuk menggelakkan darah anak yg baru menetas tercalit pd telur lain. Ini juga akan menghalang anak dari bergerak kemerata-rata dan menterbalik telur yg lain. Telur ayam bantam diasingkan dgn telur ayam yg lebih besar kerana kulit telur yg nipis akan mudah retak jika berlaga semasa proses memusingkan telur. Bg yg menebuk pastikan bahagian menebuk berada diatas bagi megelakkan dr anak ayam lemas didalam telur.

Jika anda rasa tip diatas tidak betul atau tidak sesuai. Sila maklum kepada saya. setiap penternak akan mempunyai cara atai tip yg berbeza mengikut tempat, cuaca dan jenis ayam.

Ramai telah bertanya kepada saya mengenai tip mengenal pasti baka original. Saya pernah buat Post pada 2012 bg menceritakan tip-tip tersebut.