Monday 24 September 2012

Ayam Bantam Sebright Silver dan Bantam sebright Emas/ Bantam Sebright Silver and Gold.

Saya bercita-cita nak biak ayam bantam bagi memenuhi permintaan yg tinggi ayam jenis ini.
Ini merupakan projek saya yang terbaru.
Ni gambar masa baru ambil awal Sept 2012, di anggarkan umur 3 bulan lebih.



selepas beberapa bulan


Ni merupakan Ayam bantam silver yg dibeli dr En Shah, so kami tengah untuk membiak baka ini . Diharapkan ia akan berkembang biak di Jarak Atas Agrofam. sekarang dah berkokok dan makin galak nak panjat yg dara. Sekarang kami nak cari jenis Golden pulak, tapi tak tau lah kalau boleh dapat. kalau sapa sapa yg ada, boleh mail kat kami ke ayamtanduksatu@gmail.com

Ni gambar terkini (hujung bulan Oktober) Bantam Silver. sampai sekarang masih tak telur lagi. tak tau kah kenapa.

Bulu dah makin cantik selepas salin bulu.

Pada 26/10/2012 ayam Bantam saya bersin dan mata beair. Cepat saya berikan ubat Tetra Clor keluaran Medion ( Bandung indonesia). harap -harap tak ada apa apa kot. Risau juga dibuatnya. Setelah 4 hari diberikan ubat nampaknya semakin baik dan cergas. Yang si betina pun saya turut beri ubat sebagai langkah pencegahan, memang susah nak membela yam bantam ni, sentiasa kena monitor dan kalau sakit kena cepat bagi ubat. Pad 30/10/2012 si jantan ni dah gila berkokok balik. salama ini memang ia suka bekokok siang dan malam, tapi semasa kena selsema ia senyap sahaja. Alhamdulillah mungkin dah sembuh tapi kena pantau lagi. Harap harap dapat membiak dgn elok.

9/11/2012, si betina kelihatan sakit, jadi saya asing kan ke sangkar ICU untuk tujuan rawatan. Ubat Tetra Clorr pun dah habis , nak kena pi Kulim beli.
Pada 11/11/2012 sejarah telah tercipta, kedua-dua ekor ayam Bantam ini telah pergi menghadap Penciptanya.
Sebenarnya ND (sampar ) telah menyerang reban kami.

Projek Fail !!

Tapi gagal sekali bukan gagal untukselama-lamanya.
Aku akan terus mencuba hingga berjaya. Insyaallah.


Golden bantam sebright/ Ayam bantam emas
Semalam 02/10/2012, ketika ambil anak kat sekolah saya berhenti sekejap di kedai jual dedak ayam. tak disangka sanga ternampak sekumpulan ayam bantam dlm sangkar. Bila diperhatikan betul-betul ternampak seekor induk bantam emas yg saya dok cari-cari. Selepas tawar menawar, sah bantam emas to milik saya.
Semoga dapat berkembang biak di Jarak Atas Agrofarm. Menurut Uncle yg jual tu, Bantam emas ni import dari Indonesia. Disana, warna oren seperti ini menjadi kegilaan ramai. Bila saya buka web site terlihat  kulit depan majalah spt variasi ini.
Hari ni 24/10/2012 Ayam bantam Emas ini telah pergi untuk selama-lama nya berjumpa pencipta Nya. Dari Allah ia datang dan dari Allah ia kembali.


Kenangan membela ayam bantam ini telah di upload di you tube sehari sebelum ia mati.


CIRI -CIRI Bantam Original
Antara ciri-ciri bantam ORI yang dapat dilihat ada 5 dan yang tidak dapat dilihat ada satu.
Ciri -Ciri Ayam Bantam :
o Bantam dewasa terutamanya yang jantan- Di leher dan bahagian belakang badan tidak ada bulu halus. Leher bantam tetap bercorak seperti di badannya juga tetapi corak di leher lebih kecil.
o Setiap helai bulu bantam ori ada corak hitam di bahagian tepinya. Manakala bulu  bantam tak ori  kadang ada corak hitam kadang kala tak ada corak yakni putih terus.
o Bantam ori tak akan tumbuh bulu lawi (bulu dua helai yang tumbuh panjang di bahagian ekor ayam jantan) Bantam tak ori akan ada bulu lawi walaupun mengambil masa yang lama untuk tumbuh.
oWarna kaki ayam bantam adalah kelabu.
o Balong bantam jantan yang ori adalah balong bunga. Bantam tak ori balong papan. Tak kira jantan atau betina. seperti gambar dibawah.
o Di bahagian dada tiada bulu tebal. Kita kan melihat kulit berwarna merah.

    Manakala ciri-ciri yang tidak kelihatan ialah; anak-anak bantam ori 100% akan mempunyai ciri-ciri ori juga. Anda lihatlah sendiri anak bantam anda jika menetas dan hidup sihat,  katakan 20 ekor semuanya dan semuanya nampak ori kira oklah induk bantam anda tu tapi jika 70% ada ciri-ciri ori dan 30% lagi ada ciri tak ori bermakna induk bantam anda itu dah tak berapa ori walau pun anda beli dengan harga yang mahal.

Ayam Bantam terbahagi kepada dua jenisyg utama :
Bantam Silver ( Putih dan Hitam) Lihat posting sebelum
Bantam Gold ( Oren dan Hitam) Lihat posting sebelum

Di petik dan di olah dr Blog Angsadaria

Link dibawah merupakan jenis Golden bantam sebright yg pernah mendiami reban kami.

http://youtu.be/zlgp6OfGrOw



Sunday 23 September 2012

Untuk Dijual/ For sale 2012

TERBARU/ For sale

Vespa untuk dijual
RM 6000 boleh nego lagi




SUDAH TERJUAL

Sold
Ada 1 ekor ibu ayam sabung untuk dijual. Ni gambar dia. Warna menarik kelabu dan merah. macam dalam gambar. harga cuma RM100.
Sold

Bapak yang ni pulak RM150 . Sebelah tu ibu ayam gajah 
pengambilan sendiri kat tasek gelugor S.P.U P.Pinang. Call Zack 012-7778510

Hasil reban Kg Besar

Harga bermula RM30, RM 50, RM75 dan RM100 bergantung pada saiz.

Anak seminggu
Sebulan ke atas
Remaja
Sold

Benih Kelabu
Sold

Tuesday 18 September 2012

Pengenalan dan "Ayam bertanduk satu" ikon kami

Ikon kami

Ketika remaja




Jarak Atas Agrofarm mempunyai seekor ayam bertanduk satu sebagai ikon kami. Ayam sabung siam rinting emas . Pada masa kini kami sedang membiakan baka Bantam silver sebright . Sekarang kita mempunyai sepasang, jantan sudah mula berkokok . Diharapkan ia akan membiak bagi merealisasaikan impian kami.
Tempat pembiakkan kami:
1.Jarak atas Tasek gelugor seberang Perai P.Pinang.  En Zaki
2. Kampung besar Tasek gelugor seberang Perai P.Pinang. En Sobri
3. Alor Setar Kedah Usaha Farm Ustaz Faisal


Gambar Oct 2012 . Dah jadi Bapak.





Adat ayam sabung , baru tanduk naik tinggi , ia akan lawan dgn ayam lain. Jadi,
 tak tau lah bila nak sempat panjang tanduk ia.

Hujung Bulan Oktober 2012 si tanduk ini juga mengadap illahi.